Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label vitamin ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label vitamin ibu mengandung. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

PETUA ANAK CERDIK DAN BIJAK DARI DALAM KANDUNGAN

No comments:

Ibu mana yang tidak mahu anaknya cerdik kan. Kalau boleh mahukan anak tu cerdik dari dalam kandungan lagi.

Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan mengamalkan pengambilan minyak ikan Omega 3


Ia adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat. Salah satu produk yang terdapat di pasaran ialah OMEGA GUARD dari SHAKLEE, dikatakan mampu membuatkan bayi yang bakal lahir cerdas. 

Dalam banyak-banyak minyak ikan, kenapa saya sarankan Omega Guard Shaklee? Cuba anda bandingkan kandungan EPA dan DHA dalam setiap jenama minyak ikan. Anda pasti akan temui jawapannya...

Semasa hamil, amalkan formulasi ini mengandungi minyak ikan yang mana baik untuk perkembangan otak yang optimum. Malah, ibu yang menyusukan anaknya juga bakal memperoleh manfaat yang sama. Itulah sebabnya supplemen kegemaran saya adalah minyak ikan Shaklee.


Tidak lupa, OMEGA GUARD juga dapat membantu dalam menguruskan badan. Banyak lagi kebaikan OMEGA GUARD ni...Nak tau, tengok kat SINI.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN
DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN
MODAL SERENDAH RM75 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 



* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Tuesday, 21 October 2014

ASID FOLIK SHAKLEE BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG

No comments:

2 MAKANAN TAMBAHAN YANG WAJIB UNTUK IBU MENGANDUNG ADALAH ASID FOLIK DAN ZAT BESI.

Asid Folik & Zat Besi

Asid Folik dan Zat Besi sangat popular dikalangan ibu yang sedang hamil. 



Bila seseorang wanita tu mula mendapati dirinya hamil, antara perkara yang di ambil berat adalah tentang pengambilan Asid Folik. Tapi sebenarnya, Asid Folik perlu diambil sejak mula wanita itu merancang untuk hamil. Sebaiknya 3 bulan sebelum hamil.

Namun begitu, ada juga wanita hamil yang tidak ambil Asid Folik tambahan dengan alasan tidak boleh telan pil. Katanya, "nanti keluar balik". Saya sendiri punya kawan yang sebegitu. Mungkin beliau tidak tahu tentang kepentingan Asid Folik ketika mengandung.

Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg. Memandangkan asid folik bersifat larut air, dos yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing. Sekiranya ada mengamalkan 1biji Vitalea Shaklee dan 1 biji B Complex Shaklee setiap hari, maka cukuplah 400mcg Asid Folik yang diperlukan oleh anda.



Mari kita ketahui mengapakah ibu hamil memerlukan asid folik?



Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.



Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 



Pernah tak anda dengar bayi lahir tanpa tempurung kepala? 


akibat kekurangan asid folik
KECACATAN LAHIR

Saya tak sanggup nak upload gambar yang real. Tak sampai hati melihat gambar bayi yang mengalami kecacatan sebegini. 



Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 



Pesanan saya untuk wanita hamil, jangan la malas atau takut untuk telan Asid Folik. Walau susah macam mana pun, cuba la telan juga untuk kebaikan anda dan bayi. Saya sebenarnya pun bukan lah jenis yang mudah nak telan ubat dan pil. Tapi bila saya mula hamil, bersalin dan menyusukan anak, saya telah banyak berubah demi kesihatan saya dan anak. 





Sekiranya anda berminat dengan Set Kehamilan Shaklee atau mana-mana produk Shaklee, anda dialu-alukan untuk berhubung terus dengan saya di 0173725667. Layanan adalah amat istimewa. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi

Saturday, 27 September 2014

KENAPA IBU MENGANDUNG MEMERLUKAN VITAMIN

No comments:


Apakah vitamin ibu mengandung? 


Makan makanan yang sihat adalah satu perakara yang sangat bagus dan merupakan pilihan yang bijak, terutamanya semasa mengandung. Mengambil Vitamin tambahan semasa mengandung juga merupakan satu idea yang baik untuk membantu mengimbangi sebarang kekurangan nutrisi dalam diet ibu. 

Vitamin untuk ibu mengandung terdiri daripada vitamin dan mineral. Umumnya, semua ibu tahu tetang kepentingan Asid Folik, zat besi, dan kalsium.




Asid folik 


Asid folik membantu mencegah kecacatan kelahiran tiub neural, yang memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang. 


Kecacatan tiub neural berkembang di dalam 28 hari pertama selepas persenyawaan, iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu yang mereka mengandung. Kira-kira separuh daripada kehamilan adalah tidak dirancang, mala dengan itu disyorkan wanita yang subur dan merancang untuk hamil mengambil 400mcg asid folik setiap hari, bermula sebelum persenyawaan lagi dan berterusan untuk tempoh 12 minggu pertama kehamilan. 


Makanan yang mengandungi asid folik termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, kacang, buah-buahan sitrus, dan banyak lagi makanan yang kaya dengan asid folik. Anda melakukan pilihan yang bijak sekiranya mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik dengan jumlah yang betul sebagai sokongan. 



Kalsium



Kalsium juga penting untuk ibu yang mengandung. Bayi yang semakin membesar di dalam rahim ibunya memerlukan banyak kalsium untuk membina tulang. Kalsium semakin perlu semasa 3 bulan terakhir kehamilan. Jika ibu tidak mendapat kalsium yang cukup, bayi akan menarik apa yang diperlukan daripada tulang ibu. Kalsium membantu menghalang daripada kehilangan kepadatan tulang ibu. 



Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah..ketika hamil si ibu mempunyai kelebihan yang membantu melindungi kalsium si ibu dalam beberapa cara: 

  • Ibu yang mengandung menyerap kalsium daripada makanan dan makanan tambahan yang lebih baik daripada wanita yang tidak hamil. Ini terjadi pada separuh terakhir kehamilan, apabila bayi berkembang dengan cepat dan memerlukan kalsium yang banyak. 
  • Semasa mengandung, wanita menghasilkan lebih estrogen iaitu hormon yang melindungi tulang. 
  • Kehilangan jisim tulang semasa mengandung biasanya akan dikembalikan dalam masa beberapa bulan selepas bersalin atau beberapa bulan selepas penyusuan bayi dihentikan.



Zat Besi


Mengapa ibu mengandung memerlukan zat besi? 

Walaupun ketika tidak hamil, badan anda tetap memerlukan zat besi kerana:

  • Ia adalah penting untuk membuat hemoglobin, protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel lain. 
  • Ia merupakan satu komponen penting dalam myoglobin ( protein yang membantu membekalkan oksigen ke otot anda), kolagen (protein dalam tulang, rawan dan tisu penghubung yang lain), dan juga enzim-enzim lain. 
  • Ia membantu untuk mengekalkan sistem imun yang sihat. 

Ketika hamil anda memerlukan lebih banyak Zat besi. Sebabnya: 

  • Jumlah darah dalam badan anda bertambah semasa mengandung sehingga anda mempunyai darah hampir 50 peratus lebih daripada biasa, jadi anda perlu lebih banyak zat besi untuk membuat lebih banyak hemoglobin. 
  • Anda memerlukan zat besi tambahan untuk plasenta dan juga bayi yang semakin membesar, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. 
  • Ramai ibu hamil memerlukan lebih zat besi kerana diet makanan meraka yang kurang mineral penting ini. 
  • Anemia-kekurangan zat besi semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran pramatang, berat kelahiran rendah, dan kematian bayi.





Diatas adalah 3 vitamin dan mineral yang paling penting untuk ibu yang sedang mengandung. Jangan ambil mudah pada 3 perkara ini. Walaupun anda memang jenis yang tidak suka, tidak biasa ataupun tidak boleh makan vitamin/pil, nasihat saya anda cuba lah sedaya upaya demi kebaikan anda dan juga bayi.  Saya dulu juga bukan jenis yang makan makanan tambahan, tapi bila pikir tentang kesihatan, saya gagahkan juga telan Vitamin. Pada permulaan memang agak sukar, lama-kelamaan dah menjadi rutin. 

Sayangi diri dan bayi anda








"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"





HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi





COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA


















* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. FB : Ummi Hanifah Abd Halim Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com * COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN HANYA ONLINE SAHAJA DENGAN HANYA MENDAFTAR AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"

Friday, 22 August 2014

NUTRISI UNTUK IBU MENGANDUNG

No comments:

Semasa hamil terdapat pelbagai produk yang bagus diamalkan bagi memberi vitamin pada si ibu, bayi dan sekaligus menjaga kecantikan si ibu selepas bersalin.


Sejak dari awal mengandung, setiap wanita perlu bijak menjaga kesihatan. Mari tengok apakah makanan yang diperlukan oleh wanita hamil.


Sihat Ceria Menawan: MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU MENGANDUNG:




Dengan produk Shaklee yang disarankan, ia dapat mengelak rekahan (scretch mark) selepas bersalin, kencing manis dan HB rendah ketika mengandung, dan alahan-alahan lain seperti yang biasa berlaku kepada wanita hamil.









Jaga lah diri anda dan bayi dalam kandungan..



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.FB : Ummi Hanifah Abd Halim Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Tuesday, 5 August 2014

KEPENTINGAN MINYAK IKAN (DHA & EPA) UNTUK IBU MENGANDUNG

No comments:

Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.


Apakah itu Asid Lemak Omega 3?

Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.




Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

• Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi.  Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.




Mengapa Pengambilan Omega-3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega-3 penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung mengalami penyusutan omega 3 dalam badan akibat daripada janin yang menggunakan omega-3 si ibu untuk perkembangan sistem saraf otak dan matanya, dan juga akibat daripada pengambilan Omega-3 yang kurang dalam pemakanan harian si ibu. Omega-3 juga digunakan selepas bersalin ketika dalam tempoh penyusuan untuk menjadikan susu ibu itu mempunya kandungan DHA & EPA yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil dan ibu yang menyusu mempunyai kesan positif ke atas perkembanga penglihatan dan otak bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega-3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

• Asid lemak omega-3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega-3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.





Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

• Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

• Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.




Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?

• Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju.




Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari

Setelah diteliti, klik link seterusnya untuk  -->>MINYAK IKAN TERBAIK DI PASARAN


Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017 372 5667. Nak call pun boleh...

Thursday, 12 June 2014

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU MENGANDUNG

No comments:

Sedikit panduan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan mencari supplements yang sesuai supaya ibu dan anak dalam kandungan berada ditahap yang paling sihat. Di sini saya kongsikan ilmu apa yang saya ada dengan anda semua.


Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung.


Selain mendapatkan keperluan zat-zat gizi daripada makanan yg diambil setiap hari, ibu mengandung juga perlu mengambil makanan tambahan sebagai membantu perkembangan janin yang sihat dan sempurna. 

Berikut adalah keperluan nutrisi yang perlu diambil oleh ibu mengandung :


1. PROTEIN - Boleh di dapati dalam ESP Shaklee

Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim, tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino yang diperlukan adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.

2. IRON (Zat Besi) -  Boleh di dapati dalam Vita-lea

Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi bertambah. Mengambil makanan yang tinggi Vitamin C akan menolong penyerapan zat besi.

3. KALSIUM - Boleh di dapati dalam Ostematrix

Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi memerlukan mineral untuk mengekalkan kakuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal serta fungsi otot dan saraf.

4. ASID FOLIK - Boleh di dapati dalam B complex dan Vita-Lea

Asid folik, sejenis Vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel darah marah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anemia dan bayi mendapat cacat saraf tunjang.

5. ASID LEMAK TEPU - boleh di dapati dalam Omega Guard

Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan perlu diambil dari makanan. Ia amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru yang terbentuk dengan pantas.

AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi.


Sesetengah orang confuse mcm mana aturan makanan vitamin Shaklee ni. Jangan confuse...sila baca di bawah.

(1) B-Complex 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

(2) Vita-Lea with Iron1 tab daily. Vita-Lea ni is a multivitamin. So, bila dah ambil Vitalea tak perlu ambil Obimin lagi.

(3) Vit-C1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

(4) OsteMatrix 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika anda minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

Mari saya kongsikan artikel daripada babycenter.com
When you’re pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don’t get enough calcium in your diet when you’re pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)

(5) Protein (ESP) Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tu boleh air kosong, ataupun juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya ibu tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.

(6) OmegaGuard 1 tab daily is enough. Selebihnya, khasiat DHA nie boleh anda dapati dari pemakanan seharian.  DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat ibu pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan ibu.

Saya quote kepentingan Omega :

The benefits for baby are:
* A better brain with higher intelligence
* Good nervous system development
* Better eyesight from retina formation
* Fewer behavioral problems after birth
* Better sleep patterns for a new born

Health benefits for mom include:
* Less chance of developing pre-eclampsia
* Protection against brain loss during pregnancy
* Less chance of pre-term labor and cesarean
* Much lower risk of postpartum depression
* Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she’s getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)

Untuk penyerapan nutrients yang lebih baik, better ambil vitamin di waktu malam. Namun kalau nak ambil semua serentak mesti sukar, kan?

Jadi, ini suggestion saya:
(1) After breakfast : Secawan ESP & 1 biji Vita-Lea.
(2) After lunch : B-Comp, Vit-C & Omega.
(3) After Dinner : 2 biji OsteMatrix. 

Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan, bonusnya, anda akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp, badan rasa ringan gitu.

Ini sekadar cadangan, tapi anda boleh juga tukar2 ikut keserasian dan keselesaan. Namun, yang OsteMatrix tue, saya sangat galakkan ambil di waktu malam.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com atau boleh pm saya di FB Page Kedai Online MamaUmmi

Cara paling mudah, anda boleh order dengan click disini -->>

ORDER SET HAMIL (FULL SET)


Thursday, 22 May 2014

VITALEA SHAKLEE MUTIVITAMIN DAN MULTIMINERAL

1 comment:

Produk UTAMA dalam SHAKLEE.....

Paling basic dan paling penting yang kita kena ambil..iaitu VITALEA WITH IRON...ia juga merupakan produk pertama dari  DR. FOREST C.HAKLEE....


APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?

Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.  ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk...wah..mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?.....

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang.  Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea.  Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.
SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE

Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

VITA-LEA SHAKLEE

Siapa Memerlukan Multivitamin

  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?  Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Oleh itu, tidak rugi untuk memiliki produk utama SHAKLEE ini.....

Hubungi saya di 017 3725667 (Call/SMS/Whatsapp).
FB page Kedai Online MamaUmmi

Friday, 4 October 2013

B COMPLEX SHAKLEE LENGKAP DENGAN ASID FOLIC

8 comments:
Hari ini saya saya nak bercerita tentang vitamin B complex. Seperti kita sedia maklum, kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B complex.  Bukan orang mengandung je yang perlukan B complex ye...


Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:



1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin



Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Tanda - tanda Kekurangan B Complex


  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?

ORDER DI SINI atau SMS/WHATSAPP ke 0173725667

Tuesday, 16 July 2013

RISIKO PUASA KETIKA HAMIL

No comments:
Selain wanita mengandung yang mengalami alahan kronik, terdapat beberapa faktor membuatkan ibu mengandung tidak perlu berpuasa.

Antaranya ialah mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, penyakit buah pinggang dan anemia semasa mengandung.

Sesetengah penyakit seperti diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat pada waktunya.

Pesakit jantung, tumbesaran bayi yang terencat dan mengalami perdarahan semasa hamil juga tidak digalakkan berpuasa.

Begitu juga mereka yang berat badan tidak mencukupi atau tidak bertambah.

"Mereka yang tidak dapat mematuhi arahan meminum air yang mencukupi iaitu sehingga 2 liter sehari turut dinasihatkan untuk tidak berpuasa.

"Juga mereka yang tidak dapat mengambil makanan yang menyihatkan," terangnya.

Mereka yang kekurangan air di dalam badan juga digalakkan berbuka puasa segera kerana khuatir menjejaskan kandungan.

Ia boleh dilihat daripada air kencing ibu mengandung. Jika ia sikit dan pekat seperti warna teh o, ia menunjukkan badan kekurangan air yang diperlukan.

Ujarnya, mereka diberi pilihan dan perlu mengawasi badan sendiri selain mendapat konsultasi daripada doktor.

Berjumpa dengan doktorTegas Dr. Nurhazinat, ibu mengandung perlu mematuhi jadual janji temu dengan doktor supaya dapat mengawasi keadaan ibu dan anak.

Terang kepada doktor sejarah penyakit selain tahap alahan agar doktor dapat menentukan mereka sesuai atau tidak untuk berpuasa.

Selain itu, doktor juga akan mengawasi saiz kandungan selain kesihatan ibu mengandung.

Berat badan ibu mengandung hendaklah sentiasa menaik, jika ia tidak berubah dan menurun semasa puas, ia bukan tanda yang baik.

Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda risiko kehamilan, dapatkan nasihat doktor cara pemakanan yang sihat untuk ibu dan kandungan.

"Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah.

"Sebab itu amat penting untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memberitahu doktor sebarang perubahan," ujarnya.

Banyakkan air Terangnya, paling penting bagi ibu mengandung ialah mematuhi jumlah air yang diperlukan dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter.

Ini kerana air ketuban berkurangan yang disebut oligohidramnios.

Walaupun berpuasa, ada cara untuk melengkapkan lapan hingga 10 gelas air dalam sehari itu.

Pastikan anda mengambil air ynag diperlukan sepanjang waktu berbuka hinggalah sahur.

"Cadangan saya, cuba minum tiga gelas air ketika berbuka, 3 gelas sebelum tidur dan tiga gelas lagi termasuk air susu sewaktu sahur," terangnya.

Juga kurangkan aktiviti yang memenatkan ketika berpuasa seperti beriadah dan membeli-belah serta rancang jadual kerja dengan baik.

Elakkan tempat yang panas supaya kurang mengalami dinyahhidratkan.

MakananKebiasaannya, makanan manis seperti kuih-muih Melayu menjadi pembuka juadah berbuka puasa membuatkan kita berasa kenyang.

Namun sebenarnya makanan manis sebegitu tidak memberikan sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi serta diperlukan.

"Makanan yang paling baik ketika berbuka puasa ialah makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan telur.

"Cuba kurangkan makanan manis sangat terutama ketika berbuka kerana ia akan menyebabkan paras gula naik dan kemudian turun mendadak lalu menyebabkan rasa pening.

"Selain itu, karbohidrat kompleks seperti kurma dan bijirin amat bagus untuk sahur," terang Dr. Nurhazinat.

Makanan terbaik untuk bersahur ialah makanan yang membekalkan tenaga seperti nasi dan roti,

Tambahnya, makanan tambahan yang biasa diperlukan oleh ibu mengandung perlu diamalkan dengan disiplin iaitu multivitamin dan susu

Sumber : Utusan.com.my

Saya mengalami tempoh berpuasa ketika sarat mengandung sebanyak dua kali, Syukur Alhamdulillah dengan Supplement Shaklee, saya berjaya berpuasa tanpa sebarang masalah. Dan semakin ramai wanita hamil diluar sana yang mengamalkan supplement Shaklee. Ibu Sihat, baby sihat, ayah senang hati..

Wednesday, 8 May 2013

TANDA IBU HAMIL KURANG DARAH

2 comments:

Ibu hamil ada kalanya boleh pengsan dengan tiba-tiba saja. Ketika sedang berdiri di pejabat ataupun mungkin juga di pusat membeli belah ada masanya ibu hamil mungkin berasa pening-pening disertai dengan pandangan kabur. Tubuh juga terasa longlai hingga seterusnya menyebabkan diri rebah dan tidak sedarkan diri.

hamil

Sekiranya berlaku di tempat yang ramai orang, anda mungkin boleh selamat kerana ada yang boleh memberi pertolongan, tapi bagaimana sekiranya anda sendirian di dalam lif ataupun ketika sedang menaiki tangga. Ia mungkin boleh membahayakan.

Penyebab utama keadaan ini adalah anemia atau kadar hemoglobin atau sel darah merah yang terlalu rendah (6g/100ml) sedangkan ukuran normal sekitar 12g/100ml. Tubuh seharusnya mendapat bekalan darah yang lebih banyak bagi mengangkut oksigen dan juga makanan ke janin.

Sekiranya volume darah anda tetap sama seperti sebelum hamil sedangkan jumlah darah yang ada dipakai untuk keperluan anda dan janin maka secara automatik volume darah jadi berkurangan. Akibatnya jumlah oksigen ke otak akan berkurangan dan anda akan jatuh pengsan.

Penyebab Lain
Pada awal kehamilan hingga ke pertengahan trimester kedua, pembuluh darah ibu hamil akan melebar. Sering kali volume darah yang tersedia tidak cukup untuk mengisi ruangruang kosong di pembuluh darah yang melebar ini.

Akibatnya terjadi tekanan darah rendah. Inilah yang akan membuatkan ibu hamil mudah pening dan pengsan. Seharus nya setiap kali merasai gejala ini, ibu hamil ber waspada dan segera mendapat pemerik saan doktor.

Kesan Lain
Selain daripada pengsan, anemia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti keguguran, pendarahan dan jangkitan sebelum dan selepas bersalin. Selain itu ibu hamil juga mungkin mengalami kesukaran men jelang proses bersalin akibat kontraksi yang tidak muncul dengan baik.

Tambah Darah
Bagi mengelakkan berlakunya kesankesan yang buruk, ibu hamil perlu menambah jumlah darah melalui pengambilan makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B12.

Oleh itu ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan-makanan yang dapat mem bentuk sel-sel darah merah seperti hati, ikan teri, daging merah, kacang-kacang, sayuran berwarna hijau, kuning telur dan buah-buahan selain mengambil vitamin C, daging, ayam dan ikan untuk memudahkan penyerapan zat besi.

Di samping mengatasi masalah kekura ngan sel darah merah melalui pola makanan yang tepat, gejala mudah pengsan juga boleh diatasi dengan ber usaha melancarkan peredaran darah. Caranya adalah dengan :
• Melakukan senaman ringan seperti yoga atau jalan kaki.
• Elakkan bangun secara tiba-tiba daripada posisi tidur atau duduk, sebaliknya ambil masa dan bangkit perlahanlahan.
• Jangan berdiri terlalu lama.
• Jangan terlalu kerap berada dalam keadaan sesak atau suasana bising dan hiruk pikuk.
• Jika anda ibu yang bekerja, ambillah waktu untuk berehat seketika dengan berlunjur kaki.
• Minum air yang cukup.

Kami di Shaklee, mengesyorkan anda mengambil Vitalea sebanyak 2 biji sehari untuk menangani masalah kurang darah. Ramai wanita hamil telah berjaya mengatasi masalah kurang darah dengan pengambilan Vitalea.

Sebotol Vitalea mengandungi 120biji, ini bermakna sebotol untuk kegunaan 2-4 bulan 

Lain2 suplement untuk wanita hamil : MAKANAN TAMBAHAN WANITA HAMIL
Untuk mendapatkannya, sms/call saya di 0173725667