Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Hidupku. Show all posts

Friday, 2 January 2015

Tidak Sabar Untuk Hari Pertama ke Sekolah

No comments:
Hari pertama Along ke sekolah. Orientasi je...pada 1/1/2015

hari pertama sekolah
Hari pertama sekolah

Bangun seawal pukul 6.10 pagi, lantas ke bilik air dan mandi. Bila dia bangun, Jannah pun bangun sekali. Lepas mandi kena Subuh dulu ye.

Seperti saya masa kecil dulu, sebelum ke sekolah mestilah mengaji dulu. Lepas mengaji pulak sarapan. Pada mulanya, Along menolak untuk bersarapan. Namun selepas dibebel, dia akur. Sepiring bihun bersama segelas susu. Bukan dia seorang yang minum susu, adik-adik turut serta minta susu pagi-pagi tadi. 

Keadaan agak kelam kabut sikit bila dia masih belum pandai menguruskan pakaiannya sendiri, baju tak reti lagi nak masuk kedalam seluar, tali kasut pun tak reti ikat lagi.

Sampai sekolah check nama, dia berada di kelas F. Ada sebanyak 12 kelas. dan setiap kelas ada 40 pelajar. Sungguh ramai jika dibandingkan dengan sekolah saya dulu yang hanya ada 2 kelas. Masuk barisan terus jumpa kawan satu sekolah tadika Smart soleh, Aqil.

Lepas dengar cikgu disiplin berucap, anak-anak masuk ke kelas untuk ujian. Tak tahulah ujian apa, tapi along ata senang je. Hahaha..kalau dia jawap salah pun bukan dia tahu. Tu yang dia kata senang.

Sementara anak ambil ujian, ibu bapa beratur la untuk bayar yuran dan ambil buku teks. Segala berjalan lancar bila Soleh dan Jannah ditumpangkan kat rumah kakak. Maka tidak perlu untuk acara mengejar mereka. 

Selesai je Along ujian dan selesai juga la urusan yuran dan buku. Pukul 11 bergerak keluar dari sekolah.

Mula balik sekolah pada 12hb Januari. Dekat 2 minggu lagi..Ada lagi la masa nak bergaduh dengan dia kat rumah. Hehehe..biasa la tu..

Monday, 22 December 2014

KELAS AEROBIK SAUJANA UTAMA 3 MEMBAKAR LEMAK DAN MEMBUANG SELULIT

No comments:
Baru balik dari kelas aerobik. Start pukul 8.30pm habis pukul 10pm. Kutingglkan anak-anak dengan babah mereka kat rumah.
kelas aerobik saujana utama
kelas aerobik wanita

Seronok rasanya dapat mengeluarkan peluh. Dah lama tak bersukan, berjogging dan bersenam. Bukannya takde masa, tapi lebih kepada malas. Bila ada orang ajak terus bersemangat, tanpa pikir 10 kali.

Lokasinya kat Saujana Utama 3, atas kedai khat (sebelah burger Lava). Sampai-sampai terkejut gak, mak ai ramainya. Semua perempuan, tempat tertutup dan selesa. Inipun katanya takde la ramai sangat, biasanya lagi ramai. Tak boleh nak upload gambar kat sini nanti mendedahkan aurat kaum wanita lain pulak.

Dengan coach yang maybe dah nak masuk umur 50an, tapi badan cergas dan body pun mantap. Ye la, orang dah biasa beraerobik tak sama la dengan orang yang tidak. Rata-rata kat dalam tu adalah mak-mak orang yang nak dapatkan kembali kecergasan dan bentuk badan yang langsing. 

Biasanya aerobik ni ambil masa sejam je, tapi hari ni dia lanjutkan dekat ke sejam  setengah. memang puas hati. Yang lagi puas hati adalah masuk secara percuma. Bukan untuk semua orag ye. Tapi untuk mereka yang baru pertama kali datang.

Step orang pertama kali datang? Pasti la ke laut...Ada aku kisah? Janji peluh keluar. 1 jam lebih non-stop. Lepas tu tak pulak bawa bekal air. Padan muka aku.


Bayaran dia ada dua pilihan. Sama ada walkin dan bayar atau sign up. Untuk yang walk-in sekali masuk RM10. 
Dan untuk yang sign up ada 3 pilihan:

  1. 8 sessi RM69
  2. 12 sessi RM99
  3. unlimited up to 42 sessi RM120.
Bagi aku bayaran ni okey la memandangkan aku yang tak reti nak aerobik sendiri.

Yang lagi best adalah masa aerobik. Kalau orang tak boleh datang malam, ada pilihan untuk datang sessi pagi atau petang. Sehari ada 3 sessi. Mula anak sekolah nanti, aku nak pergi sessi pagi lepas hantar anak-anak pergi sekolah. Malam-malam boleh la menghadap anak-anak dan pelajaran mereka. kan kan kan..

Orang Saujana Utama, jom la sama-sama kita mengeluarkan peluh selama sejam. Dapat seminggu sekali pun ok la..

Penghargaan buat kak Iz yang telah memberi peluang pada aku untuk keluarkan peluh.



Wednesday, 12 November 2014

NI SEMUA SALAH DIA. SEKARANG SEGALANYA TELAH BERUBAH

No comments:
Ni semua salah Shaklee. Disebabkan produk-produk Shaklee, kesihatan dan corak pemakanan aku sekeluarga telah banyak berubah. 

Tapi, segalanya telah terlambat. Apakah yang telah terjadi?


Jom baca kisah sebenar. 



Alkisahnya terlalu banyak perubahan yang berlaku..


Tiada lagi susu F & N peneman milo,

Kerana Melshake lebih sedap dan berkhasiat..Ada 10 sebab kenapa Mealshake dan bukannya Susu Pekat F & N.

Tiada lagi nescafe meneman dikala letih,

Kerana Cinch Tea telah memberi ku tenaga. Bukan sekadar memberi tenaga tetapi banyak lagi manfaatnya.

Tiada lagi ubat klinik ketika demam dan selsema,

Kerana adanya Nutriferon yang hebat untuk menguatkan sistem imun. Sedangkan ubat klinik hanya menahan penyakit tersebut.

Tiada lagi ubat batuk ketika dilanda batuk,

Kerana adanya Omega Guard yang membantu mencairkan kahak2. 

Tiada lagi manjakani untuk kewanitaanku,

Kerana adanya Alfalfa yang nyata lebih banyak manfaatnya selain untuk kewanitaan.

Tiada lagi Nebulizer untuk anak-anak disebabkan semput,

Kerana adanya Omega yang dapat mencegah anak kena semput.

Tiada lagi moisturizer atau lotion untuk kulit yang bersisik,

Kerana adanya ESP yang melembabkan kulit yang kering dan bersisik.

Tiada lagi susu formula untuk babyku yang kurang dari 2 tahun,

Kerana adanya Milk Booster Shaklee. Siap ambik 2 orang anak susuan lagi..sbb susu dah melimpah ruah..

Tiada lagi keluar pagi balik petang untuk mencari rezeki,

Kerana adanya Shaklee tempat aku menjana pendapatan hanya dari rumah.

Tiada lagi yuran taska/nurseri untuk taska Nurs,

Kerana adanya Aku dirumah untuk menjaga dan mendidik anak sendiri.

Tiada lagi Daia/Breeze untuk basuh baju,

Kerana aku telah jumpa pencuci yang lebih selamat.

Ha....tu antaranya.. 


Alhamdulillah rasa bersyukur sangat kerana banyak perubahan yang baik telah berlaku..


Jadi, jika anda nak rasa nikmat kesihatan yang lebih baik, sihat tanpa ubat, jom la kita sembang-sembang kat 0173725667

Tuesday, 11 November 2014

GAMBAR KAWASAN TANAH RUNTUH KETIKA DALAM PERJALANAN KE CAMERON HIGHLAND

No comments:
Nak kongsi dengan korang gambar-gambar tanah runtuh sepanjang perjalanan pergi dan balik kami ke Cameroh Highland hujung minggu lepas.


Kami sekeluarga bersama 4 biji kereta geng-geng Silat Cekak ke Cameron Highland. Perancangan telah dibuat sejak 1 bulan yang lepas. Walaupun berita mengatakan terdapat banjir di Tanah Rata namun hasrat kami tetap diteruskan.


Bergerak pada hari Jumaat pagi, Along pun ponteng sekolah. 


Dari Sungai Buloh, keluar kat Exit Tapah dan lalu jalan yang berliku-liku. Sepanjang jalan yang berliku tersebut, terdapat banyak kesan tanah runtuh di lereng-lereng bukit. Sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ni. Perasaan saya seakan teruja. 

Sempat jugak la bercerita dengan Along bagaimana kejadian tanah runtuh boleh berlaku.









Di jalan-jalan yang berliku tu terdapat beberapa pondok buloh tempat orang asli berniaga. Dan kelihatan beberapa budak memakai pakaian sekolah sedang menunggu bas untuk ke sekolah. 


Sampai di Cameron semuanya berjalan lancar. Tak pergi pun tempat yang dikatan banjir tu. Sebab kawasan banjir tu adalah kawasan penginapan diorang dan bukannya tempat untuk dilawati. 


Sepanjang di Cameron Highland, cuaca boleh dikatakan baik. Hanya gerimis sahaja dan tidak pun mengganggu program kami disana.



Perjalan balik pun kami gunakan jalan yang sama. Perjalan kali ni disertai dengan hujan, kabus, jalan licin dan juga tanah runtuh menjadikan perjalanan kami lebih mencabar. Walaupun sekadar menjadi co-pilot, namun mata tetap fokus kepada jalan. 


Apapun yang kita buat, kita mesti FOKUS..FOKUS..FOKUS..



 Dalam keadaan hujan dan keadaan yang berisiko tu,  operasi pembersihan tanah runtuh tetap dijalankan. Terharu gak melihat mereka yang bekerja ditengah-hujan macam tu. Kalau kita rasa kerja kita susah, ada lagi yang lebih susah dari kita.



Sepanjang perjalan hanya satu sahaja kemalangan, lori kecil terbalik.



Apapun, seronok dapat merasai pengalaman tersebut, sesuatu yang baru dalam hidup saya. 

Cerita tentang Cameron Highland dan gambar-gambar menarik disana akan saya kongsikan di lain artikel ye.


Tuesday, 28 October 2014

KUNJUNGAN 40 ORANG ANAK-ANAK SYURGA KE RUMAH SAYA.

No comments:

Hari ni saya menerima kunjungan 40 anak-anak dari Smart Soleh Integrated Pre- School (SSIP). Bulan Oktober punya tema untuk SSIP adalah adab bertandang ke rumah Jiran. 


Dan saya adalah jiran kepada SSIP. Perancangan untuk bertandang kerumah saya telah diberitahu oleh Pengurus SSIP, Puan Zulia sejak 2 bulan yang lepas. Maka hari ini, dengan suka hati saya menerima kunjungan mereka.


Pukul 9 pagi, anak-anak bergerak dari SSIP siap dengan buah tangan dari SSIP untuk tuan rumah.


Sampai dirumah saya, ucapan oleh Teacher Sha, Pengurus SSIP dan saya juga dijemput untuk bercakap. ish ish ish. Kemudian anak-anak membaca surah Ya Siin ayat 1 hingga ayat 15, dan juga bacaan doa.

Selesai bacaan doa, diteruskan pula dengan upacara sambutan hari jadi untuk anak-anak yang menyambut hari lahir bulan September dan Oktober. Banyak pula kek diorang ni. Makanan pun banyak. Tuan rumah cuma sediakan air Ribena je..Kelas kau Jah.....

Dan setiap anak-anak yang menyambut hari lahir, dapat hadiah dari SSIP termasuk la anak Tuan Rumah. 

Tepat pukul 11 pagi, anak-anak bergerak balik ke SSIP dan tinggal Teacher dan Tuan rumah mengemas rumah. 


Saya ringkaskan sikit apa yang teacher tu ajar kat anak-anak ketika bertandang ke rumah jiran.

  1. Tidak boleh bising
  2. tidak boleh berlari
  3. Minta izin jika hendakkan sesuatu
  4. diam ketika orang sedang bercakap
Tapi tadi teacher tak cakap pun kena bawa buah tangan..
Saya dapat sebekas bahulu, sebakul buah-buahan dan juga satu set pinggan & cawan.
Rejeki..rejeki...

Smart Soleh Integrated Pre-School terbaik!!!!!




Saturday, 25 October 2014

AKTIVITI SAMBUTAN MAAL HIJRAH

No comments:

Aktiviti sambutan tahun bermula dari lewat petang semalam. Lewat asar petang semalam, aktiviti dimulai dengan membaca doa akhir Tahun mohon segala amal dalam tahun lepas diterima olehNya. Dan mohon diampunkan segala dosa.

Selesai sahaja solat maghrib malam semalam, disambung dengan doa awal tahun pula. Selesai solat Isyak, saya sekeluarga bergerak ke rumah mertua di Ampang. Esok nak ke Seremban untuk Sambutan Awal Muharram anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. 

Pkl 7 pagi tadi saya dan suami bergerak menuju ke Seremban. Sebelum keluar sempat bersaran dengan Cinch Tea sahaja. 

Anak-anak semua tinggal dengan mak mertua. Sebenarnya ni adalah pertama kali saya berpisah dengan Jannah untuk satu tempoh masa yang lama. Risau gak kalau dia buat perangai masa ketiadaan saya. Masa nak keluar rumah, semua anak-anak dah bangun. Macam mama ni...boleh ke Jannah lepaskan saya? dalam hati dah mula risau.

Tapi rupa-rupanya, takde hal langsung dengan dia. Sebaliknya Soleh yang menagis teresak-esak sebab kena tinggal. 

Sebelum sampai ke Seremban, sempat singgah di RnR untuk tapau sarapan. Lokasi sambutan adalah di Dewan Datuk Haji Maideen.


Acara bermula dengan Solawat Badar. Kemudian disusuli dengan berzanji Marhaban, Rawi, qasidah dan Solawat.

kacaknya suami saya..huhuhu

Aktiviti pagi berhenti pada pukul 12. bersambung dengan makan tengahari yang disediakan. Petang pula sambutan Hari tenaga Pengajar, saya la tu.. amanat dari guru utama dan penyampaian anugerah-anugerah khas.


Perarakan keluar Guru Utama selepas tamat program petang tadi.

Sempat pulak aku bergambar dengan Orang lama dalam PSSCM.
Ni pulak team ahli-ahli dari Johor.

Sebenarnya program ni melibatkan ahli seluruh negara.bukan negeri Johor je ye..Tapi ntah kenapa aku terambik pulak gambar ahli-ahli Johor ni je.

Thursday, 23 October 2014

SIMULASI SI CILIK CERDIK HAJI

No comments:

Pada 2 oktober yang lepas, eh dah lama dah tu, baru nak cerita kat sini.....Along pergi program Simulasi Si Cilik Cerdik Haji yang diadakan di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 

Pada mulanya, Along tak nak pergi sebab dia ingat kena pergi haji betul-betul. Bila kat sekolah buat latihan dan teacher bagi penerangan, baru dia tau dan nak pulak pergi. Tapi masa tu tarikh untuk penyertaan dah pun tutup. Atas jasa baik penasihat SSIP iaitu Puan Zulia, akhirnya dapat jugak along menyelit masuk program tu.


Ini lah dia para peserta program dari SSIP
Dari pakaian, passport, sling bag, flight ticket, rambut tahallul pun ada... seperti betu-betul pergi haji. 

 Sampai ke tempat simulasi dari SSIP










Program tersebut mendapat liputan dari medial elektronik dan media cetak. Wajah along tak terkecuali dari masuk ke kaca skrin TV. 




 Semoga Along dapat pergi Haji cepat-cepat, tak perlu nak tunggu dah berusia baru jejak kaki ke tanah suci..