Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label kesihatan jantung. Show all posts
Showing posts with label kesihatan jantung. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

SAKIT JANTUNG

No comments:

SAKIT JANTUNG
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".
sakit-jantung


Faktor Penyebab

Asap Rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat
Kandungan Lemak Yang Tinggi

  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
  • jantung.  Bersenamlah.

Darah Tinggi

  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

Kencing Manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

  • Kelesuan (F).
  • Aktiviti menjadi terhad (A).
  • Dada terasa sesak (C).
  • Buku lali bengkak atau edema (E).
  • Sesak nafas (S). 
FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia & http://www.ipislam.edu.my


Tuesday, 29 January 2013

Omega Guard Shaklee Adalah Minyak Ikan Terbaik di Pasaran

No comments:
Apa itu OMEGA GUARD SHAKLEE...

Omega Guard Shaklee adalah makanan tambahan minyak ikan yang berkualiti tinggi. Kandungan utama Omega Guard adalah EPA & DHA. 


EPA & DHA amat penting untuk kesihatan kita. Omega-3 mesti ada dalam dalam diet seharian kita kerana tubuh manusia tidak boleh menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri. 

Kenapa mesti dan apa sebenarnya kegunaan omega-3 dan apa yang omega-3 ini lakukan untuk kesihatan manusia?



Penyelidikan secara meluas telah menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 dapat mengurangkan keradangan, membantu untuk mencegah penyakit radang seperti penyakit jantung dan artritis. Omega-3 juga penting untuk otak, yang memberi kesan kepada tingkah laku dan fungsi kognitif. Omega-3 juga sangat perlu kepada ibu mengandung untuk perkembangan mata dan otak janin. 


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


  1. Minyak ikan dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
  3. Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk omega-3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask  omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

perbezaan minyak ikan Shaklee dengan jenama lain
Ha...yang depan sekali yang Bold tu Omega Guard Shaklee la. Nampak tak kandungan EPA dan DHA adalah lebih tinggi dalam Omega Guard Shaklee. Rugi je beli jenama lain tu sebab EPA dan DHA yang kita nak tu sikit sangat. Tak memenuhi keperluan harian pun.

Banyak lagi kebaikan Omega Guard ni selain dari yang dah saya bagitau kat atas tadi. Meh baca lagi..

24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee:
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mencegah strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil dalam membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain.
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Anda boleh cadangkan Omega Guard ni pada siapa selain diri anda sendiri?

  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Ibu Hamil
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Dah rasa teruja dengan kebaikan Omega Guard ni, jangan tunggu lama lagi.Teruskan order anda sekarang.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Minyak Ikan terbaik di pasaran ni, sila SMS/Whatsapp saya di 0173725667

Tuesday, 15 January 2013

MENGURANGKAN RISIKO UNTUK PENYAKIT JANTUNG

No comments:



Mengekalkan jantung yang sihat dan kuat boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Ia tidak menjadi sukar jika anda mengikuti beberapa garis panduan.
kesihatan jantung
Kehilangan berat badan. Dua pertiga daripada rakyat Amerika mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Menurunkan berat badan yang berlebihan dapat membantu jantung? Jawapannya adalah YA!

Menurut kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam American Journal Fisiologi anda boleh memperbaiki cara fungsi jantung anda dengan hanya kehilangan 12% daripada berat badan anda, sama ada melalui pemakanan, senaman atau kedua-duanya.

Anda boleh mempunyai jantung yang lebih muda hanya dengan menurunkan berat badan anda yang berlebihan.

Tuesday, 1 January 2013

TIP MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

No comments:
Banyak penyakit yang boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan jantung atau strok antaranya tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, fibrilasi atrium atau kencing manis . Mengambil tindakan seawal mungkin dapat membantu untuk mengurangkan peluang anda mendapat serangan jantung dan strok.

Set Healthy Circulatory Shaklee dibawa khas dalam membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Suplement untuk jantung
Untuk mengekalkan jantung yang kuat dan sihat, anda tidak perlu menunggu sehingga umur anda mencecah 40an atau anda mendapat simptom2 penyakit jantung. 

Amalkan gaya hidup yang sihat dari awal untuk masa depan anda dan keluarga anda.

1. Sedikit latihan setiap hari. 
Senaman yang sederhana dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 30% kepada 50%. Cuba luangkan masa 30 minit untuk senaman aerobik sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Selain itu cuba untuk berjalan kaki selama 15 minit pada waktu pagi dan sebelum makan tengah hari.

2. Tetapkan matlamat yang bersesuaian untuk menurunkan berat badan. 
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, anda tidak perlu untuk kurus dengan mendadak untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Ini kerana dengan penurunan 5% hingga 10% daripada berat badan anda sudah dapat menurunkan tekanan darah, tahap kolesterol dan gula dalam darah.

3. Ambil ubat jantung anda. (sekiranya telah disahkan menghidap penyakit jantung)
Satu kajian mendapati bahawa 130,000 rakyat Amerika mati setiap tahun kerana mereka tidak mengambil ubat-ubatan jantung menbgikut apa yang telah doktor mereka sarankan. 

4. Jaga pemakanan.
Makan mengikut diet yang sihat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 24%. Isi pinggan anda dengan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, dan daging tanpa lemak.

5. Makan coklat sedikit. ( I LOVE CHOCOLATE)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang makan coklat lebih daripada sekali seminggu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak hampir 40%, kencing manis kira-kira 30%, dan strok kira-kira 30%. Sehingga penyelidik menentukan jumlah coklat yang sebenar untuk mengurangkan risiko, sebaiknya ambil coklat dalam kuantiti yang kecil supaya anda tidak mendapat berat badan berlebihan dan akan membuatkan jantung anda bekerja keras.

7. Jangan merokok. 
Merokok secara mendadak meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Anda tidak perlu menjadi antara salah seorang dalam statistik perokok. Setiap tahun, kira-kira 46000 orang mati akibat penyakit jantung yang berkaitan dengan pendedahan kepada asap rokok mereka.

8. Berjumpa la dengan doktor gigi. 
Mencuci gigi anda setiap 6 bulan boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 24% dan strok sebanyak 13%. Seseorang doktor gigi juga boleh melihat tanda-tanda penyakit jantung - seperti gusi bengkak atau gigi longgar.

9. Memberi perhatian kepada gejala/simptom/tanda luar biasa.
Jangan berharap simptom2 anda akan pergi begitu sahaja. Berjumpalah doktor anda untuk sebarang tanda-tanda luar biasa - seperti sesak nafas, perubahan dalam rentak jantung, atau keletihan. Terdapat banyak rawatan awal yang doktor boleh lakukan untuk merawat masalah jantung - sekiranya anda berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suplement Shaklee boleh berhubung terus dengan saya Pengedar sah Shaklee di talian 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com

Wednesday, 27 June 2012

VITAMIN UNTUK WANITA

No comments:
WANITA DAN KESIHATAN
WANITA SIHAT
Kesihatan merangkumi aspek-aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan saikologi serta jiwa dan rohani. Setiap aspek ini patutlah dititikberatkan sama-rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita.Malah ramai di kalangan kita yang mengabaikan, tidak mengambil berat atau tidak peduli langsung tentang kesihatan diri sendiri.
1. Isu- isu utama kesihatan wanita
2. Beberapa langkah untuk mengawal kesihatan wanita
2.1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita 


2.2 Amalan pemakanan - 
Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.
Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganyatetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.


 2.3 Riadah dan gerak tubuh - 
Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidret dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.
Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.
Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.
Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.


 2.4 Menangkis tekanan jiwa atau stress - 

Berhubungan dengan kesihatan wanita, kita sering kaitkan wanita dalam perananya untuk penzuriatan atau kelahiran bayi, kesuburan dan kemandulan, hubungan seksual antara suami isteri, penyakit-penyakit ginekologi, atau penyakit yang melibatkan organ-organ peranakan dan lain-lain alat yang dikaitkan dengan reproduksi manusia.
Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalah tinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.

Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentukpada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal. Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.

Setelah mengetahui janganlah kita mengambil sikap sambil lewa, kita patut mengambil langkah-langkah positif untuk menjaga dan mengesan penyakit di peringkat awal.Jika langkah-langkah penjagaan kesihatan dilakukan terus-menerus dan sempurna, Insya-Allah penyakit tidak akan menyerang kita. 
VITAMIN UNTUK WANITA
Di SHAKLEE kami menyarankan GLA Complex, Ostematrix dan OmegaGuard untuk Wanita.
Kebaikannya adalah : 
1) Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
2) Menggalakkan kulit yang cantik
3) Menggalakkan tulang yang kuat
4) Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
5) Melegakan sakit-sakit sendi.

Tidakkah anda sayang akan diri anda???
Jika anda sayang akan diri anda, SMS saya ke 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan harga yang istimewa.


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.