Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label ESP SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label ESP SHAKLEE. Show all posts

Friday, 3 October 2014

PROTEIN SOYA SHAKLEE

No comments:


Hari ni 2 pelanggan order ESP... jadi, saya nak kongsi dengan pembaca apa itu ESP dan kenapa kita perlukannya dan akibat jika badan kekurangan Protein.




ESP  ( Energizing Soy Protein) adalah antara killer product di Shaklee dan kebaikan ESP ini adalah dalah untuk semua, namun ianya sangat popular dikalangan ibu-ibu yang menyusu, wanita yang nak kurus dan wanita yang nak kulit cantik dan gebu.



Untuk wanita berkerjaya yang perlukan tenaga untuk uruskan rumah tangga, untuk wanita yang ingin menjaga keremajaan kulit, untuk pembesaran janin yang lebih baik, untuk menganjalkan kan kulit dan macam-macam lagi lah.. Mari kite kupas apa sebenarnya kepentingan Protein kepada kita?


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN


Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susu ibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.




PENTINGKAH PROTEIN?


"Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body." Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.


25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.


Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

  1. 66% Water
  2. 25% Protein
  3. 8% Fats
  4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN




Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosaIa mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!


Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ialah;

  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply ; increase berat badan baby healthily. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.


Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....JANGAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Namun, diingatkan.. ESP tidak boleh diambil lebih daripada 3 sudu besar sehari, ok. Ada sebabnya kenapa perlu dihadkan. 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

MANFAAT ESP SHAKLEE UNTUK IBU DALAM PANTANG

No comments:

Energizing Soy Protein (Protein Soya Shaklee) adalah sumber protein yang sangat berkualiti. 


Satu tin untuk seisi keluarga, sesuai untuk ibu, bapa dan anak. Selain untuk proses pemulihan dalam pantang, ESP Shaklee juga membantu penyusuan susu ibu, membantu tumbesaran anak dan juga kesihatan si ayah.



"ESP Shaklee sangat best..selain sebagai milk booster untuk mereka yang kurang susu awal-awal bersalin, esp bagi tenaga jugak..tak penat walaupun kena kerap bangun malam..memang rasa berbeza dengan ESP baru ambil 6 hari"

"Dengan mengamalkan ESP Shaklee, stretch mark saya cepat hilang dan keloid iaitu kesan dari pembedahan juga semakin rata dan cantik.. Susu badan juga terlebih-lebih sehingga saya terpaksa mengambil anak susuan"

Itu dia antara beribu-ribu testimoni pengguna ESP Shaklee. Ibu dalam pantang dicadangkan untuk mengambil ESP Shaklee. Ini kerana, protein merupakan komponen penting untuk pembinaan sel, membantu pemulihan dan baik pulih luka supaya cepat sembuh. Bila sel baru yang sihat terbentuk, sistem badan pun dapat berfungsi dengan baik sekaligus badan pun cergas sepanjang tempoh berpantang. Takde la lembik je...

Oleh kerana ESP Shaklee mempunya formula yang membebaskan gula/glukos secara perlahan-lahan, jadi kandungan gula dalam darah maintain dan tidak naik mendadak. Tenaga pun berterusan. Namapun 'Energizing', jadi memanglah sumber tenaga anda!



Tentang Energizing Soy Protein yang mesti anda tahu..




  • Mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Menguat dan mencantikkan kulit, rambut, kuku dan membina otot 


---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Thursday, 25 September 2014

CARA MENGHILANGKAN STRETCH MARKS

No comments:

Adakah anda bermasalah dengan Stretch Marks selepas bersalin..


Bukan anda seorang, tapi ramai yang risau. Tanda strech marks ni membuatkan kita kurang keyakinan diri dan merasakan kulit tidak lagi secantik dahulu. Jangan biarkan lama-lama stretch mark ini kerana ianya akan membuatkan kita kelihatan tidak berkeyakinan. 



Apakah Stretch Marks?


Stretch Marks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.


Tips Bagaimana meminimakan stretch marks sewaktu hamil


1. Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.

2. Minum 8 gelas air masak atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.


3. Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.


4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretch marks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak coco butter dan sebagainya.


5. Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretch marks yang ada. Pengambilan yang konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan yang lebih baik.




Saya sendiri mengamalkan ESP Shaklee sepanjang tempoh mengandung anak ke-3. Selepas bersalin, stretch mark tidak banyak, tidak teruk dan cepat hilang. Ternyata berbeza dengan mengandung anak pertama dan ke-2 dimana ketika itu saya tidak kenal lagi akan protein Soya..





"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"




HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi



 COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

Monday, 23 June 2014

BAGAIMANA ESP SHAKLEE BOLEH MENGURANGKAN BERAT BADAN

No comments:

Percaya tak, kajian pakar menunjukkan 95% wanita pernah mencuba untuk mengurangkan berat badan. Bermacam cara dan kaedah yang mereka gunakan. Contohnya berpuasa, sedut lemak dan juga pil kurus. Pakar pemakanan pula akan mencadangkan diet yang sihat untuk mengurangkan berat badan tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.


Protein penting dalam pengurangan berat badan. Kenapa pulak? Jika anda sedang diet, anda haruslah makan 4 hingga 6 sajian protein sehari. Anda juga dicadangkan untuk mengambil fito-proteion bagi menggantikan protein dari sumber haiwan yang mengandungi banyak lemak dan kolestrol. 


Jom tengok secara ringkas bagaimana protein boleh kurangkan berat badan..


  • Pengambila asid amino yang mencukupi merangsang kapasiti pembakaran lemak badan dan meningkatkan kadar metabolisma.
  • Protein membantu mengawal selera makan dan menghentikan rasa mengidam nak makan.
  • Diet protein-tinggi boleh meningkatkan keberkesanan dan merendahkan rintangan terhadap insulin yang membantu mengurangkan perut buncit.





Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

CARA MUDAH MENJAGA KESIHATAN DAN KECANTIKAN RAMBUT

No comments:

Tiada cara yang lebih baik untuk memastikan rambut yang sihat bersinar selain dari menambah pemakanan kita dengan Protein berkualiti tinggi. 


Kenapa? Kerana 88% dari rambut terdiri dari protein. Protein penting kepada rambut kerana : 


  • Menguat dan memulih rambut dari kerosakan akibat produk dan rawatan kimia (seperi pewarna dan pengerintingan), penstailan dan pengeringan rambut pada suhu tinggi (hair dryer).
  • Mengurangkan hujung rambut bercabang, rapuh dan tidak berseri. Protein menjadikan rambut lebih bermaya, licin dan sihat.
  • Mengawal rambut berkusut dan kerinting supaya lebih mudah diurus dan lurus
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih cepat dan panjang tanpa putus
  • Memperbaiki ketumpatan folikel untuk rambut lebih lebat dan bermaya
  • mengurangkan rambut gugur dan botak awal akibat kekurangan protein.

Patut la dah nampak banyak perubahan pada rambut sejak saya amalkan ESP Shaklee. Kalau dulu, saya memang ada masalah dengan rambut. Rambut kasar, tebal, bercabang, tak bermaya, dan kusut. Ambik ESP Shaklee dulu hanya lah untuk tambah susu badan, banyak lak bonus extra. Kulit jadi cantik, kuku jadi kuat, rambut pun sihat..




Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

PROTEIN SOYA TERBAIK

No comments:

Kepentingan protein untuk tubuh badan kita tidak dapat dinafikan lagi..


Jika badan kekurangan Protein, apa yang akan berlaku adalah :

  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.
Sesiapa yang sememangnya mengamalkan Protein Soya, pasti sudah dapat merasai kebaikannya.

Yang belum dan tak pernah tahupun tentang kehebatan Protein Soya Shaklee (ESP Shaklee), teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan utama ESP shaklee.


KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE

  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.
Sekarang dah tau antara kebaikan Protein Soya Shaklee, sila sms/whatsapp saya di 0173725667 untuk urusan pengeposan..



Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

Friday, 13 June 2014

KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE

No comments:

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, menarik dan terbaik, anda perlu menjaga ia dari dalam disamping luaran. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal. 

VITAMIN SHAKLEE membantu anda menyediakan nutrien yang diperlukan oleh kulit anda setiap hari. Set Kulit ini merangkumi B-complex, Vitamin C dan juga Vitamin E.


B-complex 

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.


Vitamin C 


antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E  

Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP 

Kerana kulit anda dibuat terutamanya daripada protein, anda memerlukan protein yang mencukupi untuk mengekalkan kulit yang sihat.  Protein soya juga telah terbukti untuk meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan risiko kanser payudara dan osteoporosis.
Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

GLA complex 

Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan) [ Source : emedicinehealth ] Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.**



Vitamin C dan Vitamin E adalah antioksidan yang bagus untuk kulit cantik kerana kita sering terdedah dengan persekitaran alam sekitar yang tercemar, sinaran UV yang memancar terik, asap-asap daripada kenderaan serta pencemaran udara lain.

Kenapa perlu mengambil antioksidan ini?

Penuaan kulit muka bermula daripada radikal bebas yang kerjanya merosakkan kulit. Radikal bebas ini terhasil daripada persekitaran yang kotor terutama sinaran UV. Jadinya untuk lebih mudah faham, saya umpamakan radikal bebas sebagai anasir jahat dan ANTIOKSIDAN sebagai WIRA yang bertindak memusnahkan radikal bebas. Ala-ala cam jadi perisai kulit la.





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

FB Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com


* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.



Thursday, 12 June 2014

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU MENYUSU

4 comments:

SET-SET PENYUSUAN YANG MEMENUHI KEPERLUAN PEMAKANAN IBU

Produk-produk yang membantu memenuhi keperluan nutrisi dan pemakanan seorang ibu menyusu.

Sebenarnya tujuan memenuhi pemakanan bagi ibu menyusu bukanlah untuk menambahkan susu ibu mereka, kerana untuk memperbanyakkan susu ibu, siibu perlu mengosongkan payudara lebih kerap. Pemakanan ini bertujuan untuk menyokong kesihatan siibu kerana sekiranya nutrisi siibu tidak lengkap maka nutrisi akan diambil dari tubuh badan siibu tersebut. Jika ini berlarutan, siibu mungkin akan merasa sakit2 belakang, cepat letih, cepat jatuh sakit, ibu mudah stress dan lain-lain lagi. Semua ini akan mempengaruhi kuantiti susuibu.

Terdapat 4 set penyusuan yang popular:-


1. SET B

Set ini mengandungi Multivitamin, Vitamin C, Vitamin B Complex dan Alfalfa
Sesuai untuk memenuhi keperluan nutrisi harian siibu dan susuibu.
Membantu meningkatkan kesihatan dan mungkin boleh membantu dalam masalah keputihan, eczema anak yang menyusu, meningkatkan imun sistem ibu dan sembelit
Alfalfa dapat bertindak sebagai booster penghasilan susuibu.
Set ini sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah dalam penyusuan mereka

2. SET EU FOUR PACK     >>>>>>>>BEST SELLER<<<<<<<<<
Set ini mengandungi Multi vitamin, Vitamin C, Vitamin B Complex dan Ostematrix
Sesuai bagi ibu-ibu yang selalu dilanda masalah PMS dan susu merundum apabila PMS (haid).
Ostematrix merupakan gabungan Kalsium, Magnesium, Vit D dll yang dapat memenuhi keperluan harian 1000mg Kalsium untuk ibu menyusu.
Kalsium adalah penting untuk pembentukan tulang dan gigi, juga mencegah osteoporosis di hari tua.
Sesuai untuk ibu yang tidak suka minum susu atau allergi dengan produk tenusu
Ostematrix dapat mengekalkan kecergasan dan meningkatkan tenaga walaupun kurang tidur

3. SET B + ESP
Set ini mengandungi Multi vitamin, Vitamin C, Vitamin B complex, Alfalfa dan Energising Soy Protein(ESP).
ESP merupakan sumber Protin yang tinggi dan boleh meningkatkan tenaga siibu.
Ianya dalam bentuk powder, dan ini membolehkan penghasilan susuibu dengan cepat.
Set ini serba sedikit boleh membantu memperbanyakkan susuibu tetapi siibu mungkin atau masih akan mengalami masalah PMS dan susu merundum

4. SET 3M      >>>>>>>>>>>>HIGHLY RECOMENDED<<<<<<<<<<<<<<<<<
Set ini terdiri dari Multi vitamin, Vitamin C, Vitamin B Complex, Alfalfa, Ostematrix dan ESP
Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan
Masalah penyusuan bermaksud, siibu masih menghadapi masalah penyusuan walaupun telah mengepam setiap 2 jam dan meminum air sebanyak 3L setiap hari... Dengan set ini, segala masalah kekurangan nutrisi pemakanan dapat di atasi dan dipenuhi agar tubuh badan siibu dapat berfungsi dengan baik.
Set ini juga dapat membantu susu merundum pada masa PMS disamping dapat meningkatkan kecergasan dan tenaga dari kedua-dua Ostematrix dan ESP
Sesuai untuk ibu yang ingin mengumpul stok yang banyak


Penting!. Proses penyusuan selama 2 tahun adalah tidak mudah, memerlukan tekad, komitment dan usaha penuh dari ibu. Ianya menuntut Sesi pengepaman yang kerap atau konsisten setiap hari. Pemakanan yang lengkap dan sihat juga sangat penting. Dalam menjalakan tugasan harian, siibu selalunya mengenepikan pemakanan yang sihat. Kadang-kadang siibu terpaksa memakan fast food kerana ini cara termudah....Maka dengan ini pengambilan supplemen amat disarankan. Dengan Supplement yang disarankan, si ibu bukan hanya dapat meningkatkan susu ibu, ia juga dapat meningkatkan tahap kesihatan, tenaga, kecergasan, kecantikan kulit, rambut, kuku dan juga kesihatan dalaman wanita. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA




KELEBIHAN SET MENYUSU SHAKLEE

1 comment:
INI BUKAN CERITA DONGENG ATAU PROPA YE.....

Kenapa saya pilih SET MENYUSU SHAKLEE dan terus jatuh cinta?...sedangkan banyak lagi milk booster kat market.



Dua tahun lepas, saya minta pakcik google recommend kat saya milk booster, niat di hati untuk bagi anak dapat susu badan sepenuhnya...



Pakcik google pun recommend la kat saya macam-macam milk booster....saya pun dah x ingat...saya search sampai page ke 10 kalau tak salah...salah satunya set menyusu Shaklee.

dan saya akhirnya memilih set menyusu shaklee kerana testimoni yang memberangsangkan.
saya mulakan dengan trial pack untuk stock sebulan. 

Bila dah mula makan, maka rajin la saya google kebaikan pil-pil yang masuk kedalam perut ni. Ooooooooooooooo banyak lagi khasiat vitamin-vitamin ni selain jadi milk booster. Walaupun agak lambat kesannya, tidak lah sehari dua makan supplement terus susu jadi melimpah ruah...Almaklumlah Vitamin bukannya ubat ataupun drug maka saya teruskan juga....



2nd month saya continue dengan trial pack lagi. 



3rd month saya ambik 2 set trial pack sekali, untuk bagi hubby rasa kebaikan vitamin ni. Ye la, nak jugak bagi cik abang rasa kebaikan dan kelebihan supplement Shaklee. Satu lagi sebab saya bagi dia makan adalah kerana saya ada terbaca Alfalfa juga dapat membantu orang yang ada penyakit GOUT. 


4th month, saya beli full pack disebabkan saya telah jatuh cinta dengan vitamin shaklee...Beli untuk tambah susu, tapi dapat bonus lain pulak...siapa tak nak?

Apa yang ada dalam set menyusu Shaklee ni? Baca di sini




Kenapa saya jatuh cinta dengan Set menyusu Shaklee selain daripada MILK BOOSTER:


  • Kulit bertambah cantik dengan adanya B Complex dan Vit C dan ESP
  • Luka, parut2 dan stretch mark cepat pulih dengan adanya Vit C & ESP.
  • Kulit bertambah cerah dengan adanya ESP
  • Rambut dah kurangkan gugur dengan adanya ESP yg menguatkan rambut dan kuku
  • Suami pun rasa best, dah x yah mkn manjakani dgn adanya Alfalfa. Macam anak dara..
  • Badan bertenaga, tidur pun lambat. Kalau dulu belum pkl 9 dah terlepek. ini kerana dengan bantuan B complex dan VITALEA.
  • Tidak lagi diserang sakit kepala dengan adanya B complex dan OSTEMATRIX
  • Baby cepat kenyang dengan pengambilan ESP dan susu juga menjadi pekat.
  • Tidak lagi mengalami kejang kaki dengan adanya OSTEMATRIX
  • Senang bangun pagi pun sebab ada OSTEMATRIX
  • Dulu saya ni jenis susah buang air besar, kadang2 sampai seminggu sekali. Sekarang tiap2 hari saya dapat membuang lagi...dengan adanya ALFALFA

Sekarang saya bukan saja consume vitamin shaklee, saya juga amalkan gaya hidup selamat dengan menggunakan produk kebersihan seperti sabun basuh baju, pelembut, pencuci serbaguna, pencuci pinggan mangkuk. Selamat, bebas dari bahan merbahaya..






Saya sama sekali tidak pernah menyesali tindakan saya mencuba produk Shaklee 3 tahun yang lepas. 

Kesihatan saya semakin bertambah baik.





---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim

Instagram: mamaummi




Wednesday, 28 May 2014

Menu bersahur yang sihat

No comments:

Dah nak masuk bulan puasa ni, pasti orang dah mula pikir tentang menu sahur dan menu buka puasa.

Yang mempunyai gastrik mula la risau "macam mana nak puasa ni, boleh ke tahan.."

Bersahurlah dengan ESP. Sangat mudah dan anda tidak akan rasa kelaparan sepanjang hari.

ESP dapat memberi rasa kenyang lebih lama dan dapat memberi tenaga..ini kerana dengan ESP, tenaga akan dilepaskan secara perlahan-lahan.

ESP ni sangat sesuai untuk mereka yang malas nak bangun masak,panaskan makanan. ESP Shaklee ni sangat mudah,letak je 1-2 sudu ke dalam air suam/air milo/atau apa-apa jus kegemaran anda dan Shake..taraaaa...sedia diminum. Mudah je kan...

Eh..lupa pulak nak bagitahu...ada bonus bila anda amalkan ESP Shaklee ni..Bonusnya...kulit semakin gebu, parut2 semakin memudar dan jangan terkejut bila saiz seluar semakin mengecil...

image

Monday, 27 January 2014

KEBAIKAN PROTEIN

No comments:

SEBELUM ini anda mungkin sering mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting dan bermanfaat untuk kesihatan anak anda. Namun, tahukah anda bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan?

Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.

Peranan penting protein

* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.

* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).

* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.

* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.

* Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.


Sumber protein

Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.


Panduan Diet Malaysia telah mengesyorkan bahawa anda:

1) Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.

2) Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.

3) Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun atau ke bawah.

4) Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.

5) Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.

6) Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.


Berapa banyak protein yang anak anda perlukan?

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 hingga 46 gram protein setiap hari.


Keseimbangan

Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

Berminat untuk mendapatkan Soya Proyein Shaklee, sila pm/sms 0173725667