Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label pemakanan sunnah. Show all posts
Showing posts with label pemakanan sunnah. Show all posts

Friday, 29 August 2014

DISEBALIK MASINNYA GARAM

No comments:

GARAM. Bila sebut garam, biasanya berkait dengan orang perempuan. Sebab garam yang kebanyakan orang tahu adalah untuk kegunaan dalam masakan. Garam yang berlebihan dalam masakan juga boleh mendatangkan penyakit.


Selain untuk masakan, garam juga digunakan sebagai pembasmi kuman, bahan pembuat detergen, bahan-bahan kimia, baja, dan juga racun perosak. 

Nanti dahulu...yang ada jerawat, kelemumur, sakit kepala dan sakit gigi teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana garam dapat menyembuhkan anda.

Kegunaan garam dalam penyembuhan

JERAWAT - Untuk menghilangkan jerawat, sapukan campuran jus halia dan garam pada jerawat. 

KELEMUMUR - Cuci rambut dengan air garam dapat menghilangkan kelemumur

SAKIT KEPALA - Letak secubit garam pada lidah untuk beberapa minit. Kemudian, minum segelas air sejuk. Cara ini dapat menghilangkan sesetengah sakit kepala.

MASALAH GIGI & MULUT - Berkumur secara teratur dengan air garam dapat mengurangkan rasa sakit gigi akibat gigi berlubang. Boleh juga masukkan garam ke dalam gigi yang berlubang. Kaedah ini juga dapat menyegarkan mulut serta menghilangkan bau mulut.

MASALAH PERUT - campurkan satu atau dua sudu teh jus bawang merah dengan secubit garam batu dan makan selepas makan dapat melancarkan sistem pencernaan. Manakala campuran sedikit garam dengan air panas dapat menyembuhkan sakit perut dan membantu menyelesaikan masalah buang air besar.

MUNTAH - Campurkan jus halia dan jus lemon dalam sukatan yang sama dengan sedikit garam.

CACING - Makan pisang yang ditaburi garam batu dan jus lemon ketika perut kosong pada waktu pagi. Kaedah ini dapat menghancurkan cacing dalam perut.

# Elakkan daripada menggunakan garam buatan yang tersedia di pasaran.
Anda boleh memilih untuk menggunakan garam bukit.





FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Wednesday, 27 August 2014

MADU DAN KUTU

No comments:
Meremang bila tengok kutu yang merayap kat kepala..

Biasanya kita boleh jumpa kutu di kepala kanak-kanak. Tapi, bukan semua kanak-kanak ada kutu ye. Hanya segelintir sahaja. Dan kutu mudah sangat berjangkit. Bahaya juga jika kita dedahkan anak-anak kita pada mereka yang berkutu..


Jangan tak tahu, orang dewasa pun ada kutu juga..

Apa kaitan kutu dengan madu?

Madu mempunyai 1001 kebaikan dan khasiat. 

Kalau anda nak tahu, bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan kuman dan kulat. 

Jadi, bila madu disapu pada rambut yang berkutu, madu tersebut mampu membunuh kutu-kutu dan juga menghilangkan kelemumur. Sebaiknya, carilah madu yang asli supaya tidak semut pula yang hurung kepala..

Lepas tu jangan lupa basuh kepala hingga bersih. Buat la beberapa kali sehingga semua kutu-kutu tersebut mati..

Sekian sahaja untuk madu dan kutu...

*Madu makanan sunnah


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA