Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

8 SENAMAN MINDA UTUK BERJAYA

No comments:


Sebelum ni saya kongsikan 7 tips untuk bagi otak kita berfikir lebih pantas hari ini saya kongsikan pula 8 SENAMAN MINDA UNTUK BERJAYA.




Kejayaan atau kegagalan bermula dari minda kita sendiri. Jadi, jangan salahkan sesiapa sekiranya kita gagal dalam hidup. Minda yang positif akan memberi hasil yang positif. Kita semua mahukan hasil yang positif, betul tak?



Terdapat 8 senaman yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang postif.




1. Fikirkan masa hadapan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Selalu lah lakukan senaman ini kerana mereka yang mempunyai minda postif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini. Mereka yang berjaya mempunyai visi dan selalu memikirkan masa hadapan. Kurangkan berfikir tentang apa yang sudah terjadi, maksudnya benda yang lepas.


2. Punyai matlamat dalam minda.

Anda ada matlamat hidup? Sekiranya ada, Tahniah! kerana anda adalah tergolong didalam 2% yang mempunyai matlamat hidup. Kita sepatutnya mempunyai matlamat yang jelas dalam minda kita. seperti No.1 tadi, memikirkan masa hadapan, seringkali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.


3. Komitmen kepada kecemerlangan

Orang yang berjaya sering memikirkan cara untuk berjaya dan menjadi hebat di dalam bidang mereka. walaupun baru bermula dan belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Berikan komitmen kepada minda kita untuk berjaya.


4. Fokuskan kepada penyelesaian

Apabila ada masalah, jangan terlalu memikirkan nya. Fokus dan fikir kan jalan penyelesaian. Latih minda untuk berfikir tentang keputusan yang ingin dicapai dan jauhkan dari segala pemikiran negatif.


5. Orientasi keputusan

Setiap individu mempunyai kekuatan tersendiri. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang kita miliki akan memberikan hasil keputusan yang terbaik. Dimanakah kekuatan kita yang perlu kita fokuskan. Tapi pastikan kekutan yang postif ye.


6. Fikirkan kegagalan membawa kita kepada kejayaan

Cuba anda kaji balik, disebalik cerita ikon2 yang berjaya pastinya pernah mengalami kegagalan sebelum berjaya. Ini kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. 


7. Dedikasi dalam memperbaiki diri

Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu akan menjadi lesu dan berada ditakuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu2 baru, sama ada dari membaca buku, internet, majlis ilmu atau melalui pengalaman mereka yang telah berjaya. Perbaiki diri melalui ilmu.


8. Lakukan sesuatu SEKARANG!

Apa yang anda perlu lakukan setalah membaca 7 senaman minda diatas? Lakukan sesuatu ke arah kejayaan sekarang. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang sering kita lakukan. Memang saya akui, yang paling sukar adalah untuk meMULAkan sesuatu..




Mari kita gunakan 8 senaman minda diatas untuk kita menuju kejayaan.

Friday, 27 September 2013

PENYUSUAN SUSU IBU SATU FENOMENA / TREND?

No comments:
Ingat!!! Penyusuan susu ibu bukan lah satu fenomena atau satu trend.

Jangan terlalu taksub hanya disebabkan ramai wanita di sekeliling anda yang menyusukan bayi. Tak salah jadikan mereka sebagai contoh, namun jangan lupa anda harus mendalami ilmu tentang penyusuan susu ibu. Tanpa ilmu, sukar untuk anda berjaya memberikan bayi anda sepenuhnya susu ibu.

Kebelakangan ini, saya jumpa beberapa orang yang baru bergelar ibu tak kurang juga yang sudah mempunyai beberapa anak tidak faham akan konsep sebenar penyusuan susu ibu.

Banyak yang perlu diketahu selain daripada KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU.
Apa lagi yang perlu anda tahu :

  • bagaimana untuk stimulate susu
  • posisi dan pelekapan yang baik
  • keadaan2 yang boleh menggangu penyusuan susu ibu
  • kaedah penyimpanan susu ibu
  • teknik memerah susu
  • teknik menggalakkan pengaliran susu
Jangan bergantung pada milk booster semata-mata dan akhirnya anda salahkan milk booster bila anda tidak berjaya memberi bayi anda susu badan.




Nak berikan yang terbaik untuk anak bukan lah mudah. Anda harus banyak bersabar, rajin, berusaha dan sanggup mempelajari sesuatu yang anda rasa tidak perlu..

Monday, 8 April 2013

KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2012

No comments:

Berikut ialah keputusan penuh malam kemuncak ABPBH 2012
Keputusan Penuh Malam Kemuncak ABPBH 2012
Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza - PEMENANG
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal - PEMENANG

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique - PEMENANG
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz - PEMENANG
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah - PEMENANG
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz - PEMENANG
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda - PEMENANG
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam - PEMENANG
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin - PEMENANG

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak - PEMENANG

Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias - PEMENANG
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi - PEMENANG
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana - PEMENANG
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail - PEMENANG
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana - PEMENANG
4. Linda Onn
5. Raja Azura

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Search

Bintang Paling Popular 2012
Shaheizy Sam

Friday, 15 March 2013

PUNCA MULUT BERBAU

No comments:
Masalah mulut berbau (halitosis)
Saya rasa ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang.

Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?

1. Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah.Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.

Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat .Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

2. Mulut kering kerana kekurangan air liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selian itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.

Punca kekurangan air liur

- mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
- bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
- berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
- pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
- pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
- penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
- kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
- stress : mengurangkan pengaliran air liur

Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?

Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit

Friday, 22 February 2013

10 CARA UNTUK TINGKATKAN TENAGA

No comments:

1. Meningkatkan Pengambilan Magnesium Anda

Diet yang seimbang boleh membantu untuk memastikan keperluan vitamin dan mineral dipenuhi. Tetapi jika anda masih mendapati diri anda terlalu letih lesu, anda mungkin kekurangan magnesium.

Pengambilan harian yang disyorkan magnesium adalah kira-kira 300 miligram bagi wanita dan 350 miligram bagi lelaki. Untuk memastikan anda mendapat cukup, mencadangkan:

  • Tambah segelintir badam, hazelnuts atau cashews dalam diet harian anda.
  • Meningkatkan pengambilan bijirin
  • Makan lebih ikan lebih


2. Berjalan Sekitar Kawasan

Walaupun ia mungkin kelihatan seolah-olah banyak bergerak akan memberi anda untuk berasa lebih letih, yang sebenar adalah sebaliknya. Pakar mengatakan bahawa peningkatan aktiviti fizikal - terutamanya berjalan - dapat meningkatkan tenaga.

3. Ambil tenaga dari tidur seketika

Kajian oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan mendapati bahawa 60 minit "kuasa tidur" bukan sahaja boleh menterbalikkan kesan-numbing minda sarat maklumat, ia juga boleh membantu kita untuk lebih mengingati apa yang kita telah belajar.

4. Jangan Langkau Sarapan - atau Mana-mana waktu makan yang lain

Kajian menunjukkan bahawa orang yang mangambil sarapan, berada dalam mood yang lebih baik, dan mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari.

Selain itu, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pemakanan Kesihatan mendapati bahawa tidak mengambil makanan pada siang hari akan membawa kepada keletihan yag lebih teruk menjelang penghujung hari tersebut.

5. Mengurangkan Tekanan dan Deal Dengan Kemarahan

"Tekanan adalah hasil daripada kebimbangan, dan kebimbangan menggunakan banyak atau seluruh tenaga kita," kata Baard, seorang ahli psikologi sukan di Universiti Fordham di Bronx, NY

Seperti bimbang atau takut, tekanan boleh menjadikan mental dan fizikal letih - walaupun anda telah menghabiskan masa sepanjang hari di atas katil. 


6. Minum Lebih Air Lebih dan Kurangkan Alkohol

Anda mungkin sudah tahu bahawa ia sangat mudah untuk mengelirukan isyarat lapar dengan dahaga (kita fikir kita perlu makanan sedangkan kita sebenarnya memerlukan air). Tetapi adakah anda tahu bahawa dahaga juga boleh menyamar sebagai keletihan?

Walaupun alkohol pada mulanya membantu anda tertidur, ia juga mengganggu tidur nyenyak, jadi anda tidak mendapat rehat yang anda fikir anda - walaupun anda tidur cukup lapan jam.


7. Makan Lebih Bijian dan Kurangkan Gula

Kunci di sini adalah menjaga gula darah seimbang supaya tenaga adalah malar.

Apabila anda makan makanan manis, anda akan mendapat kenaikan gula dalam darah, yang memberi anda  pecah tenaga dengan segera. Tetapi itu diikuti oleh penurunan pesat gula dalam darah, yang seterusnya boleh meninggalkan anda dengan keadaan yang dalam keletihan.

Jika anda makan banyak bijirin penuh, apa yang anda dapat adalah tenaga anda akan konsisten dan seimbang, jadi menjelang malam hari ini anda akan berasa kurang penat

Malah, satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa makan bijirin lebih menyeluruh membantu meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, membolehkan untuk melepaskan yang perlahan dan mantap.

8. Mengambil tenaga dari Snek

Kuasa Snek hanya diambil diantara waktu makan utama.


9. Jadikan Ia satu Latte

Menggabugkan kafein dengan 'sustaining power of protein' yang rendah lemak.
Semua susu yang bertukar java anda ke dalam minuman protein, yang menyediakan bukan sahaja tenaga tambahan, tetapi tambahan kalsium yang baik untuk tulang anda. 


10. Periksa Thyroid Function anda dan Complete Blood Cell Count

Ia sudah tentu tidak akan memberi rangsangan segera. Tetapi jika anda sentiasa merasakan tenaga anda pada tahap yang rendah - terutamanya jika anda masih berasa letih walaupun selepas rehat semalaman dengan baik -anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang ujian darah untuk tiroid serta anemia.

Tiroid boleh menjadi masalah khusus untuk wanita - ia sering terjadi selepas bersalin dan kerap semasa perimenopause - tetapi ujian darah yang mudah boleh mengesahkan jika ini adalah masalah anda.

Wednesday, 30 January 2013

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER SEBANYAK YANG MAMPU

3 comments:
Malam tadi, tengah buat2 blogwalking terjumpa satu blog yang ada satu entry ni agak menarik minat blogger2 semua. tajuk entry ni : 
Segmen: Jom Tambah follower Sebanyak Yang mampu
Menarik kan? Blogger yang tak mau ada banyak follower...
Jom kita semua join segmen  Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu ini yang di create oleh Blogger Yaya. Kalau korang rajin meh la letak link korang kat ruangan komen bawah entry saya ni.... Senang sikit aku nak blogwalking kat Blog korang. Jangan lupa FOLLOW blog saya ni ye!



Apa-apa pun segmen ni yang penting nya boleh jadi ruangan untuk kenal-kenal dengan blogger yang ada. Al-maklum la, kite ni perlu lah support menyaport betol x?? korang ajak la kawan-kawan join sekali k.. 
Bukan susah pun nak join. Apa yang penting jom kita BlogWalking!!!

Nak Join???

klik SINI
Segmen ini akan Berakhir: 15 Februari 2013


Nak mengambil suplement/vitamin untuk amalkan gaya hidup sihat pun boleh contact saya....
saya merupakan pengedar sah shaklee...
Harga TERBAIK!!!!!! untuk rakan2 blogger...
PM/SMS 0173725667 

Wednesday, 23 May 2012

KENAPA TAKAFUL BUKAN INSURAN

No comments:
Kenapa kite digalakkan untuk mengambil bahagian dalam TAKAFUL????


Sudah sudah la... anda masih belum terlambat...
sila hubungi saya 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com