· Produk tenusu
+ ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
· Ayam + yogurt
+ kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
· Ikan + minyak
zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
· Kekacang
lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak
sewaktu kelahiran
· Strawberi +
lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
·
Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot
dan organ dalaman
Semua makanan
diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah
kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan
strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang
kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah
diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi
menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung
mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya
untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti
kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin
yang disyorkan untuk kehamilan adalah..jeng jeng jeng..ini dia TERBAIK DARI LADANG…hihi
OsteMatrix(calcium magnesium) - 4
biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari.
Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1
la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.Magnesium
berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium
sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang
bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan
produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki
rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung
serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan
darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan
pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya
kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi
tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang
ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada
risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy
Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui
se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita
yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan
kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya
juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di
mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga
memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu
membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan
protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan
plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang
bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3
bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji
sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak
bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk
otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam
membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk
gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping
Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C
bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat
besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen
dalam darah.
Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vita-Lea Iron
Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi
ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi)
di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah
anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh
itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana
banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi
pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu
akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk
dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan
yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan
ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim
lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak
mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang
mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on
setin ESP… ...tak rugi cuba…dan rasai
kehebatannya..
No comments:
Post a Comment