Apa yang Anda Cari ?

Sunday, 10 April 2016

Cara menghilang parut dari kesan melecur.

No comments:

Saya ni jenis yang boleh dikatakan kerap terkena minyak panas dan air panas. Ada je perkara yang menyebabkan kulit melecur. Dan bukan sikit-sikit punya melecur ye.

Terbaru adalah minggu lepas. Saya terkena simbahan minyak panas ketika goreng keropok lekor. Dari pergelangan tangan sehingga lengan atas.

Ianya memang sangat menyakitkan namun saya agak kurang bimbang pasal kesan atau parut dari melecur.

Biasanya kesan dari parut melecur aaya cepat hilang dan tidak kekal lama sebab saya merupakan pengguna tegar Vitamin E Shaklee dan juga Vitamin C Shaklee.

Dua jenis vitamin ni sememangnya adalah vitamin untuk kulit. Maka proses pemulihan berlaku lebih cepat dan proses menghilangkan parut juga menjadi lebih mudah. Tiada parut yang kekal lama.

Jadi, sekiranya korang ada parut tak kisahlah kat mana dan atas sebab apa pun, cuba lah amalkan Vitamin C dan Vitamin E untuk mendapatkan kulit cantik dan bersih yang diidamkan.

Selain telan vitamin E, ia juga boleh disapu terus ke atas kulit. Sekarang luka melecur saya dah kering dan boleh la saya mula manyapu minyak vitamin E pada kesan melecur setiap hari.

Tak risau lagi pasal parut..

Saturday, 9 April 2016

Kenapa Jannah muntah secara tiba-tiba?

No comments:

Tiba-tiba budak ni muntah pukul 12.45 tengah hari tadi masa kami semua sedang bersiap nak pergi kenduri kawin sepupu mak.

Muntah sekali banyak. Tak sampai beberapa minit, muntah lagi. Akhirnya kami buat keputusan batal pergi kenduri.

Confuse, apakah puncanya. Malam tadi dia makan, sarapan pagi tadi mcm biasa, lunch pun macam biasa dan menu yang sama dengan orang lain. Pukul 11 bagi dia dan abang-abangnya ubat batuk hurix sebab mereka ni batuk.

Pukul 1 lebih, buat keputusan untuk ke klinik tapi waktu tu time rehat. Banyak klinik tengah tutup. Klinik Izaham punyalah ramai orang dan doktor pun tengah solat. Patah balik ke bukit Indah, klinik Burhauddin pun tutup. Tunggu sampai pukul 2.

Dalam pada tu entah berapa kali lagi Jannah muntah.

Pkl 2.15 sampai Klinik Burhanuddin tp doktor belum sampai. Sementara tunggu doktor sampai, 2 kali nurse kena kemas sofa sebab Jannah muntah. Tu tak kira lagi yg muntah dalam plastik..

Minum setengah cawan, muntah balik 3 cawan. Ia agak menakutkan saya.

Masuk jumpa doktor dan terus dinasihatkan untuk terus ke hospital. Doktor nak bagi surat. Tapi saya buat keputusan untuk ambik ubat tahan muntah je.

Balik rumah, bagi ubat dan air garam tapi semua tu keluar balik. Berterusan lagi muntah sampai pukul 4.45.

Sekarang pukul 6.45, Jannah masih tidur. Harapnya dia bangun nanti dah takde muntah lagi.

Jannah kuat. Nak sekolah kena cepat sihat. Dia yang sungguh berselera makan tiba-tiba jadi tak nak makan langsung. Hanya nak minum sahaja itupun keluar balik.

Saya sedih...

Wednesday, 30 December 2015

Merawat keputihan wanita

No comments:

Keputihan merupakan salah satu masalah besar buat kaum wanita. Ada yang sedikit dan ada yang kritikal.

Walaupun ianya bukan satu benda yang menyakitkan, tetapi ianya menjadi satu masalah.

Bila ada keputihan ia menjadi suatu ketidakselesaan. Alat sulit akan menjadi gatal dan keputihan tersebut akan memberi kesan kotor kepada pakaian dalam.

Bila dah gatal, mesti la rasa nak garu kan? Takkan la anda nak menggaru ikut suka hati je. Malu...

Keputihan kalau dah sampai tahap kritikal sampai terpaksa makan ubat klinik. Ubat tahan gatal dan ubat antibiotik.

Ada dua produk Shaklee yang anda boleh pilih untuk mengatasi masalah keputihan. Iaitu Garlic complex dan Alfalfa Complex.

Sekiranya keputihan anda belum ditahap kritikal, memadai dengan mengambil Alfalfa Complex sahaja. Tak sampai seminggu mengamalkannya, keputihan dah beransur kurang.

Tentang kandungan Alfalfa ni anda tak perlu risau. Ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia mahupun bahan yang merbahaya. Ianya selamat untuk anda makan.

Saya sendiri makan Alfalfa ni semenjak tahun 2011 sehingga lah sekarang. Badan pun rasa ringan je sebab alfalfa ni juga memainkan peranan untul detox badan kita.

Menarik kan.

Jangan biarkan keputihan anda menghantui anda dan suami..😄😄😄

Wednesday, 23 December 2015

Agen Shaklee Saujana Utama

No comments:

Anda mencari pengedar Shaklee di Saujana Utama?

Saya sedia membantu anda.

Anda boleh mendapatkan suplemen, produk penjagaan kulit mahupun produk untuk mencuci pakaian dari saya.

Penghantaran boleh dibuat mengikut kemahuan anda. Dan mengikut waktu anda yang bersesuaian.

Saya juga menghantar ke Sri Pristana, Puncak Alam, Alam Budiman, Seri Alam dan juga Desa Coalfield.

Anda boleh hubungi saya di 017.3725667.



Wednesday, 16 December 2015

Alasan kukuh untuk anda ambil Vitamin C.

No comments:

Di Facebook, Instagram, tweeter, banyak nampak orang iklan pasal Vitamin C kan.

Kenapa agaknya Vitamin C menjadi kesukaan dan merupakan sejenis Vitamin yang kita kena ambil?

Mari saya kongsikan dengan anda faedah Vitamin C.

Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.