Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label lecithin. Show all posts
Showing posts with label lecithin. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

KURUS DENGAN SHAKLEE

2 comments:

Bagaimana boleh kurus dengan Set Kurus Shaklee



Sebelum tu, kita tengok dulu produk yang terkandung dalam set kurus shaklee dan membantu anda untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik.





BAKAR LEMAK

Untuk membakar lemak-lemak yang dah bertepek kat dalam badan tu, dicadangkan mengambil OmegaGuard atau Lecithin atau kedua-duanya sekali..Lecithin membantu mengelmulsikan lemak dan Omega Guard membantu mengawal selera makan dengan mengimbangi paras gula dalam badan. Kedua-duanya bertindak dalam memecahkan dan membakar lemak dan kolesterol yang berlebihan dalam badan…


BUANG LEMAK

Dah bakar lemak tapi if tak buang sama jugak..proses ini dinamakan detox…Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien. ..cadangan yang sesuai untuk proses detox adalah Alfalfa Complex  atau Herb Lax…Herb Lax sangat sesuai untuk orang2 yang ada masalah sembelit. tapi tidak sesuai untuk diambil oleh ibu2 yang menyusu anak kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak…


BINA OTOT

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bila otot dalam badan anda lebih banyak, maka lebih mudah berlaku pembakaran lemak-lemak. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).



*Untuk cara makan dan free consultatation, sila berhubung terus dengan saya...


Testimoni pelanggan bila mula fokus dengan Omega Guard untuk turunkan berat badan.


"Hari pertama saya amik 3 biji Omega Guard selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet"

"Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air"

"Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang"

"Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan."

"Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak."


Bagi yang takut gemuk kerana air, disarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.


Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi customer diatas, dia tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega Guard dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan alfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!


Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang




---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi



COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA


Thursday, 22 May 2014

LECITHIN SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN

No comments:

Lecithin adalah HOT PRODUCT dalam menurunkan berat badan. Sebab ia murah dan berkesan dan pastinya selamat. Tapi.. Sebenarnya selain menurunkan berat badan, terdapat banyak lagi kegunaan LECITHIN.

Apakah lecithin ni?

Lecithin adalah keperluan setiap sel dalam badan. Ia adalah merupakan gabungan kolina, inosite dan asid2 lemak yg lain.

Kandungan dalam LECITHIN adalah:
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.


Sumber makanan yang tinggi LECITHIN:

  • Soya
  • Telur
  • Lecithin Shaklee dibuat dari soya yang diproses secara semulajadi.


Faedah dan kegunaan LECITHIN:

  • Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
  • Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
  • Mengawal penggumpalan platlet darah.
  • Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
  • Membersihkan saluran darah
  • Menggalakkan metabolisma lemak.
  • Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.
  • Mengawal kehilangan air oleh kulit.
  • Menjaga kesihatan membran sel.
  • Menjaga kesihatan saraf.
  • Penting dalam penghasilan hormon.
  • Untuk rambut yang sihat.


Siapa yang memerlukan LECITHIN

  • Pesakit DIABETES – mereka tak boleh kekurangan lecithin
  • Pesakit BUAH PINGGANG – kolina dalam lecithin meringankan tugas buH pinggang untuk memproses protein
  • Penderita KEGUGURAN RAMBUT – memerlukan lecithin kerana kekurangan inositol (komponen dalam lecithin menyebabkan keguguran rambut).
  • Pesakit STROK.
  • Orang yang banyak mengambil karbohidrat kerana ia boleh membentuk lemak dalam darah.
  • Orang yang mengalami KOLESTEROL TINGGI.
  • Orang yang mengalami masalah fokus, terutama koordinasi anggota badan.
  • Pelupa.
  • Ibu menyusu untuk lancarkan air susu dan merawat bengkak susu.
  • Mereka yang nak kurus, termasuk ibu yang menyusu.

Kesan kekurangan LECITHIN

  • Rambut gugur
  • Tidak dapat fokus dengan baik
  • Sering sakit dan mengalami keradangan.
Dapatkan Lecithin Shaklee hari ini. Pastinya yang HALAL sahaja.

Bagaimana Lecithin membanu menurunkan berat badan, klik di sini : Membakar lemak untuk berat badan ideal

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, blh berhubung terus dgn saya di 017-3725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com

Friday, 9 May 2014

KURUSKAN BADAN DENGAN LECITHIN SHAKLEE. BERKESAN KE?

No comments:
Kaitan antara Lecithin dan penurunan berat badan seolah-olah tidak dapat disangkal, jika anda orang yang mudah percaya apa yang dikataka oleh kebanyakan pengedar Shaklee. Tapi, adakah ia betul-betul berkesan?

Benarkah Lecithin adalah salah satu supplement yang paling popular untuk menurunkan berat badan? Teruskan baca untuk mencari kebenaran.










Ini hanya sedikit testimoni dapat saya selitkan..Renung-renungkan dan selamat membuat keputusan.
Jangan lama sangat buat keputusan tu, takut nanti berat badan semakin bertambah-tambah.

Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

Friday, 27 September 2013

TIPS KURUS DENGAN MUDAH DAN SELAMAT

No comments:
Assalamualaikum...

Kite mengenal dulu bagaimana setiap suplement dpt membantu menguruskan badan.

Omega Guard - untuk memecahkan lemak jahat dan mengUPkan lemak-lemak baik di dalam tubuh badan. Omega juga memanaskan badan so kita memang terasa ingin minum air sahaja di mana AIR KOSONG sangatlah penting untuk percepatkan proses penurunan di samping segala racun, toksin akan dibuang dan ia akan bantu memudahkan serapan suplemen. Bila kita banyak ambil air masak maka secara automatik kita kurang rasa lapar.
Alfafa - ia adalah sejenis tumbuhan herba dan juga bersifat fiber di mana ia akan angkut segala lemak-lemak jahat melalui proses pembuangan air besar maknanya perut kita akan lawas. Tetapi bukan itu sahaja ia juga membantu kurangkan keputihan, mengurangkan gout, diabetis, cuci darah, meningkatkan kesihatan pencernaan dan juga buang angin-angin dalam badan. Tapi AWAS ye Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan bagi mereka yang punya masalah darah pekat kerana ia tinggi vitamin K. Perlu minum banyak AIR!!
Herba Lax - ia diambil seminggu sekali sahaja untuk proses detoks ataupun mudahnya untuk mengeluarkan segala  toksin dan racun di dalam badan. Pengambilannya adalah 4 biji sehari. Ambil air masak banyak juga ye kalau tidak perut anda akan memulas-mulas kesakitan. Tidak boleh makan hari-hari sebab nanti kita mengajar perut kita malas membuang dengan sendiri.
B Complex - ramai orang kata B Complex ni menaikkan nafsu makan tapi jika kita kaji betul2 penggunaannya ia sangat membantu untuk proses turunkan berat badan. Ia berfungsi sprt spark plug iaitu ia membakar gula menjadi tenaga.
Air Masak  - saya pastikan sebelum makan saya habiskan 1 liter dahulu untuk kurangkan rasa lapar dan baru makan. Saya akan pastikan saya minum sehari 4 liter ye.


Mari kite baca testimoni dari seorang pengguna SHAKLEE

"Minggu lepas saya terasa macam nak timbang berat badan. Sejak lepas bersalin saya agak kurang memberi perhatian pada berat badan sebab tak kisah kalau kuat makan sikit sebab sedang menyusukan anak. Dengan erti kata lain, agak gemuk jugaklah... :)) Tapi saya tak risau sebab nanti2 kuruslah... Biasanya begitulah...

Tapi minggu lepas baru saya perasan seluar jeans yang saya pakai tak ketat seperti sebelumnya. Ada terasa longgar di bahagian paha. Jadi lepas solat pada suatu hari, saya pun ambil penimbang tanpa ada sebarang rasa risau. Maklumlah.. Saya dah tau badan saya berat.. Tapi agak terkejut saya apabila saya dapati berat saya telah turun 6 kilo!! Saya ingat alat penimbang tu rosak. Tapi apabila saya suruh anak lelaki saya menggunakannya, saya pasti bahawa alat tu memang tak rosak. Sebaliknya memang saya dah ringan sikit!

Hatipun berbunga2....

Sebenarnya saya tak mengamalkan apa2 ubat kurus. Yang saya amalkan cuma supplemen Shaklee"

So, bagi anda yang tidak mahu ada sebarang kesan sampingan yang datang daripada ubat, atau mahu menguruskan badan dengan kos yang lebih rendah berbanding pergi ke pusat2 pelangsingan, boleh mencuba supplemen Shaklee. Tapi perlu ada consultasi yang sempurna ya...

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.
Email ke tollgategirl@yahoo.com atau sms/whatsapp ke 0173725667

Friday, 23 August 2013

KESAN GEMUK DAN BANYAK LEMAK

No comments:

Memang berbadan besar dan gemuk tampak kurang menarik, tetapi lebih membimbangkan ialah risiko bermacam penyakit akibat pengumpulan lemak dalam badan.

Malah, pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik.

Menurutnya, lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.

Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

a. Mati awal (disebabkan penyakit)

# Diabetes

# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

# Strok.

# Tekanan darah tinggi.

# Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

# Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

# Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.


b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan

# Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

# Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

# Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

# Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

# Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

# Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.


c. Kesan psikologi

# Resah dan gelisah.

# Tertekan dan murung.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:

a. Penurunan kadar kematian

# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.

# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.

# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.

b. Tekanan darah tinggi — tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.

c. Diabetis

# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).

# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.

d. Kolesterol

# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.

# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.

# Penurunan 30 peratus trigliserid.

# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.

                                                                                                                                  
Bagaimana untuk mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan?

Dr Faridah berkata, tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.

“Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya dipaksa isteri atau sayangkan kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.

“Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh membahayakan kesihatan. Usah terpengaruh kata-kata manis iklan kerana tindak balas badan kita ke atas sesuatu produk tidak sama dengan orang lain.

“Paling penting ialah ambil tindakan awal. Jika berat badan bertambah, segera mulakan sesi bersenam dan kawal makan. Jangan tunggu hingga mengalami masalah berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya lebih sukar.

“Jika semua langkah tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor. Doktor akan memeriksa kesihatan terlebih dulu sebelum seseorang diberi ubat mengurangkan berat badan untuk mengelak komplikasi dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku,” katanya.

Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga.

Wednesday, 1 May 2013

TIP DAN PETUA KENAPA WANITA KURUS

No comments:
Hari ni saya nak kongsikan satu tips yang sangat berguna tetapi tidak ramai yang mengamalkannya...

Ramai pengguna memilih untuk terus mengambil produk makanan dari pasaraya tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu...

Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram. WOW!!!!! hebat bukan...

tips nak kurus wanita tips dan petua kenapa wanita kurus

Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya
Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki
Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan.

Jadi, lihat dahulu label pada produk makanan yang anda ingin beli. Anda tentu tahu apa yang bagus dan apa yang tak bagus. Amalkan juga pada anak-anak kita. Supaya dalam masa lagi 20 tahun, anak kita tidak sibuk nak cari produk pelangsingan badan ataupun terpaksa berjumpa doktor tiap2 bulan kesan daripada tabiat makan yang tidak sihat sejak dari kecil.

Monday, 18 March 2013

10 TIPS RINGKAS NAK KURUSKAN BADAN…

No comments:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan yang boleh menurunkan berat badan secara mendadak. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Selamat mencuba...

Thursday, 18 October 2012

LECITHIN MEMECAHKAN LEMAK-LEMAK DALAM BADAN

No comments:

TIDAK keterlaluan dikatakan bahawa selulit merupakan musuh utama bagi sebahagian wanita yang mementingkan penampilan diri. Kehadirannya menjadikan kulit di bahagian paha, pinggul serta perut merekah dan menggeleber. 


Masalah tersebut kerap dikaitkan dengan keturunan kerana jika ibu mempunyai selulit, kemungkinan besar anaknya akan juga mengalami perkara sama. Begitupun, umur yang meningkat dan tidak menjaga tubuh turut mengundang selulit. Semakin usia bertambah, lemak dan selulit akan berkumpul sehingga mencacatkan penampilan. 

Diet yang tidak dijaga seperti gemar mengambil alkohol, makanan berminyak dan berlemak, kafein dan gula, adalah antara penyebab timbulnya selulit. 

Ini diburukkan lagi jika seseorang itu kurang menjalani aktiviti mengeluarkan peluh seperti berjoging dan bersenam, serta kerap menghadapi tekanan. 

Ketidakseimbangan antara penyimpanan lemak dengan penggunaan semula bukan sahaja menambah selulit, tetapi menjadikan ia degil dan sukar dihilangkan. Malah, seseorang yang berjaya mengurangkan lemak serta menguruskan badan belum tentu dapat menghapuskan selulit. Ini kerana tubuh yang langsing bukan jaminan tiada lemak dan selulit.

Memang tiada jalan pintas bagi menghilangkan selulit, namun

Tuesday, 3 July 2012

KEBAIKAN LECITHIN SELAIN KURUSKAN BADAN

No comments:

13 Kebaikan Lecithin, Bukan Sekadar Kuruskan Badan!


Sekarang ni Lecithin menjadi sebutan dalam hal ehwal menguruskan badan, menurunkan kadar kolesterol, memecahkan lemak, dan sebagainya.
Namun, tahukah anda fakta lanjut tentang Lecithin?
lecithin
Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..
ikuti 13 kelebihan Lecithin yang saya petik dari artikel Kak Cery:
Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… i likeee…Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.…
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)
Wow, menarik kan fakta tentang Lecithin n
credit to  http://vitaminsemulajadi.com