Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Sunday, 5 October 2014

TIPS MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU

No comments:

PERNAHKAH ANDA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG MULUTNYA BERBAU?


Dan, adakah kita sedar seandainya mulut kita berbau?




Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. 

Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan : 


1. Membersihkan gigi setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor.

2. Membersihkan lidah setiap hari

Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

3. Minum air

Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.

4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. JIka hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

5. Mengunyah gula getah tanpa gula

JIka anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.

6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah
- gusi yang bengkak dan merah
- gusi yang senang berdarah apabila disentuh
- gusi yang sakit
- nanah keluar dari gusi yang bengkak
- gigi bergoyang
- gigi sensitif
- sakit pada gigi ketika mengunyah
- terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali

Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Selamat mencuba…

Thursday, 18 September 2014

KEBAIKAN ALFALFA UNTUK KESIHATAN

No comments:

Kebaikan Alfalfa


Jika anda atau seseorang yang anda kenal mempunyai Artritis, maka anda mungkin sedia maklum tentang manfaat Alfalfa terhadap penyakit tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga harus tahu, Alfalfa juga membantu dalam mencegah asma, alahan, gout, selsema, senak, masalah pencernaan, ulser, pembendungan cecar (fluid retention), PMS, masalah resdung, anemia, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan jerawat!


Bayangkan ... 

Berjalan dengan laju di sekitar tasik dengan anak-anak anda buat kali pertama sejak bertahun-tahun yang lepas ... kerana anda tidak lagi mengalami kesakitan yang disebabkan Artritis! 

Menikmati keseronokan mengemas rumah bersama isteri anda dan anda tidak lagi bersin dan selsema.

Makan apa sahaja di restoran kegemaran anda tanpa perlu memikirkan rasa ketidakselesaan di perut selepas makan. Kerana anda tahu ia tidak akan berlaku kali ini! 

Mendengar doktor anda memberitahu bahawa paras kolesterol telah menurun dengan ke paras normal sejak lawatan terakhir anda beberapa bulan yang lalu! 


Apa yang lakukan? Hanya satu perkara yang mudah ... 

Anda telah mula mengambil Alfalfa! 


Seperti artikel saya sebelum ini yang telah mengupas tentang apa itu Alfalfa, kita tengok pula apakah vitamin dan mineral yang menjadikan alfalfa sebagai satu herba yang luarbiasa. 

Anda boleh menjumpai vitamin berikut dalam alfalfa: 


Vitamin A - untuk rabun malam. Ia membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan tumbesaran dan kecergasan; menggalakkan kulit yang sihat & ia penting semasa kehamilan. 
Vitamin E - mencegah kemandulan. Ia sangat berguna dalam rawatan distrophy otot; menghalang deposit kalsium dalam saluran darah; digunakan dalam rawatan masalah jantung; dan menggalakkan rentak otot di dalam badan. 
Vitamin U - Ia digunakan dalam rawatan ulser peptik. 
Vitamin B6 - membantu dalam penyerpan makanan dan protein dan juga metabolisme lemak. Ia menghalang pelbagai gangguan saraf dan kulit dan mencegah loya. 
Vitamin K - penting untuk pembekuan darah. Juga penting untuk fungsi hati. 
Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan betul gigi dan tulang. 


Berikut adalah mineral dalam Alfalfa: 

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah beku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf. 
Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu membawa oksigen dalam darah. 
Kalium - perlu untuk otot, saraf, tindakan jantung dan tindak balas enzim; digests lemak. 
Fosforus -diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkaitan dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan kesihatan tisu saraf. 
Chlorin - membersihkan dan menyucikan badan, merendahkan gula lemak dan metabolisma kanji. 
Sodium - mengawal haba di dalam cecair badan; meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah; merangsang limpa, merangsang usus dan perut untuk tindakan yang lebih besar. 
Silikon Magnesium - membantu mencegah sembelit, perlindungan untuk kulit dan badan, merangsang otak. 



Ciri-ciri lain Alfalfa: 


Tinggi protein-Alfalfa mempunyai 18.9% berbanding daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. Otot terdiri daripada protein dan kekurangan Protein menyebabkan lemah dan keletihan.

Ia mempunyai akar yang jauh kedalam tanah untuk mencari mineral didalam tanah yang tidak dapat dicapai oleh tumbuhan lain. Purata tumbuhan Alfalfa mempunyai akar 10-20 kaki panjang. 



Hanya dengan mengambil beberapa tablet Alfalfa setiap hari, bermula sekarang anda boleh: 

  • Melihat dan merasa lebih muda 
  • Membuang kesakitan, kekejangan dan bengkak artritis 
  • Elakkan selesema, selesema, atau jangkitan lain dengan mudah 
  • Diri anda dari asma, alahan dan masalah resdung 
  • Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol 
  • Mengurangkan senak kronik dan menyembuhkan ulser 
  • Menghilangkan bengkak akibat pengumpulan cecair 
  • Bebas daripada bau badan yang memalukan 
  • Menghilangkan keletihan 
  • Mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala PMS 
  • Mengelakkan masalah prostat 
  • Memberhentikan jankitan pada buah pinggang dan saluran kencing 
  • Menyembuhkan jerawat dan penyakit kulit yang lain
  • Mencegah dan merawat Gout
  • Mencegah dan merawat keputihan.



Sekarang anda boleh mengelakkan beberapa penyakit dengan mula mengambil Alfalfa.



ALFALFA COMPLEX SHAKLEE


Berminat untuk mencuba Alfalfa? Hubungi saya di 0173725667


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN
DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN
MODAL SERENDAH RM75 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

Wednesday, 17 September 2014

MERAWAT DAN MENCEGAH GOUT DENGAN ALFALFA

No comments:

ALFALFA MENCEGAH DAN MERAWAT GOUT

Gout cukup membuatkan anda merasa kesakitan, terseksa, tidak selesa, sengsara sehinggakan tidak boleh tidur. Walaupun bukan anda yang kena gout, melihat orang lain diserang gout pun akan membuatkan anda merasa kesakitannya.


Dalam sejarah Gout dikenali sebagai "penyakit raja-raja" atau "penyakit orang kaya".

Dahulu, ianya ia menyerang lelaki berumur 40-50. Namun, sekarang tidak lagi mengira umur. Umur 20an pun sudah ada yang menghidap penyakit ini. 

Gout adalah satu penyakit yang biasanya akan berulang. Keadaannya seperti arthritis-merah, lembut, panas, bengkak sendi. Ia terjadi pada sendi pangkal ibu jari kaki (yang paling biasa). Ia adalah disebabkan oleh peningkatan tahap asid urik di dalam darah. Asid urik menghablur, dan kristal terkumpul pada sendi, tendon dan tisu-tisu sekitarnya. 




Alfalfa merupakan makanan tambahan yang boleh membantu merawat dan mencegah  Gout.


Alfalfa adalah sejenis herba penawar gout. Alfalfa telah terbukti untuk mengurangkan tahap asid urik dalam aliran darah anda dan juga bertindak sebagai anti-radang. Ia mengandungi lapan asid amino penting dan banyak vitamin dan mineral. Alfalfa juga membantu untuk mengalirkan asid urik terkumpul ke dalam air kencing dan dapat membantu mengurangkan kesakitan.

Cara mudah, amalkan Tablet Alfalfa dari Shaklee. Harga pun murah. Jika anda amalkan alfalfa setiap hari, bukan GOUT sahaja tidak menyerang, malah anda juga terhindar dari beberapa penyakit lain. Badan anda pun akan rasa ringan je sebab Alfalfa ni juga dapat membuang toksin dalam badan anda.



Berminat untuk mencuba Alfalfa? Hubungi saya di 0173725667


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN
DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN
MODAL SERENDAH RM75 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. FB : Ummi Hanifah Abd Halim Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com * COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

Monday, 15 September 2014

RAJA TUMBUHAN DAN RAJA HERBA

No comments:
Alfalfa semakin dikenali sekarang ini. (Ia bukan artis ye). Ia adalah sejenis tumbuhan yang sebelum ini saya juga tidak mengenalinya. Yang paling dikenali ramai adalah Alfalfa Complex Shaklee. Ia dikenali disebabkan khasiatnya yang pelbagai dan menakjubkan.

Mari kita berkenalan dengan tumbuhan yang glamour ini..

Apakah itu Alfalfa?


Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Pengamal perubatan herba (herbalists) selalunya akan mengesyorkan Alfalfa untuk pesakit yang kurang nutrisi (malnutrition), lemah (debility) dan sakit berpanjangan (prolonged illness).

Apakah kebaikan Alfalfa?


(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu .



Bagaimana rupa alfalfa tu ye..

biji alfalfa

 akar pokok alfalfa

daun alfalfa

pokok alfalfa

Sekian dulu cerita tentang Alfalfa..
Esok kita sambung lagi..apa pulak kelebihan Alfalfa keluaran Shaklee berbanding Alfalfa produk lain..



"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN 
DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. FB : Ummi Hanifah Abd Halim Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com * COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Monday, 8 September 2014

LELAH, ASMA DAN PENAWARNYA

1 comment:

Asma membuat pernafasan menjadi sukar bagi lebih daripada 34 juta rakyat Amerika. Gejala Asma, yang termasuk batuk, berdehit, dan sesak dada, adalah biasa dalam serangan asma. Kadang-kadang asma dipanggil asma bronkial atau penyakit saluran udara reaktif. Asma pada kanak-kanak semakin meningkat, tetapi dengan rawatan yang betul untuk gejala asma, kanak-kanak dan orang dewasa boleh hidup dengan baik

Adakah anda tahu jenis asma? Jika anda mempunyai asma, anda tahu bagaimana gejala asma menakutkan, seperti berdehit, batuk, sesak nafas, dan sesak dada, boleh. Walau bagaimanapun, kemajuan dalam pemahaman kita asma telah membantu pakar-pakar menentukan jenis tertentu asma, seperti senaman yang menyebabkan asma (asma yang berlaku dengan melakukan senaman fizikal) dan asma waktu malam (asma yang membuatkan tidur sengsara dan adalah agak serius). Memahami jenis asma anda telah boleh membantu anda mencari rawatan yang paling berkesan apabila anda mempunyai serangan asma.

Ini adalah beberapa kategori Asma.


  • Alahan dan Asma - Asma yg berkait dengan sesuatu alahan
  • Latihan-fizikal Asma - Asma yg berpunca daripada aktiviti fizikal
  • Batuk Asma - Asma yg hadir bila anda batuk teruk
  • Asma Pekerjaan - Asma yg hadir hanya di tempat kerja
  • Waktu malam (Malam) Asma - Asma yg kerap menyerang anda di waktu malam
  • Keadaan Kesihatan - Asma yg berkait dengan sesuatu penyakit lain



Asma disebabkan oleh keradangan pada tiub bronkial dengan peningkatan pengeluaran rembesan melekit di dalam tiub. Orang yang mempunyai asma mengalami gejala-gejala apabila saluran pernafasan menjadi sempit, keradangan, atau saluran berisi dengan mukus. 

Gejala asma biasa termasuk:

  • Batuk, terutama pada waktu malam
  • berdehit
  • Sesak nafas
  • Kesesakan dada, sakit, atau tekanan

Namun, tidak setiap orang dengan asma mempunyai gejala yang sama dalam cara yang sama. Anda mungkin tidak mempunyai semua gejala-gejala ini, atau anda mungkin mempunyai gejala yang berbeza pada masa yang berlainan. Gejala asma anda juga mungkin berbeza dari setiap serangan asma itu sendiri.

Sesetengah penghidap asma tidak mendapat serangan untuk tempoh yang lama. Yang lain mungkin mempunyai gejala asma setiap hari. Di samping itu, sesetengah orang hanya boleh mempunyai asma semasa latihan atau asma dengan jangkitan virus seperti selsema.

Serangan asma ringan adalah umumnya lebih biasa. Biasanya, saluran pernafasan terbuka dalam beberapa minit untuk beberapa jam. Serangan yang teruk adalah kurang biasa tetapi bertahan lebih lama dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Ia adalah penting untuk mengenal pasti dan merawat.


Mengenali petanda-petanda awal Asma

Tanda-tanda amaran awal adalah perubahan yang berlaku sejurus sebelum atau pada permulaan serangan asma. Tanda-tanda ini mungkin bermula sebelum petanda biasa asma dan tanda-tanda awal bahawa asma anda semakin buruk.

Dengan mengenal pasti tanda-tanda ini, anda boleh menghentikan serangan asma atau menghalang satu daripada menjadi lebih teruk. Tanda-tanda amaran awal asma termasuk:

  • Batuk yang kerap, terutamanya pada waktu malam
  • Kehilangan nafas dengan mudah atau sesak nafas
  • Rasa sangat letih atau lemah semasa bersenam
  • Berdehit atau batuk selepas senaman
  • Merasa letih, mudah marah, cepat marah, atau muram
  • Berkurang atau perubahan dalam fungsi paru-paru
  • Tanda-tanda selesema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakan hidung, sakit tekak, dan sakit kepala)
  • masalah tidur

Di Shaklee kami dapat membantu anda dalam menangani / mengurangkan kan penyakit ASMA anda. Hanya dengan Alfalfa Complex, dengan kos yang sangat minima dan mudah, hanya telan beberapa biji anda akan berasa sangat lega. Anda akan rasa perubahannya, anda tidak lagi diserang Asma seperti kebiasaannya. 

Anda juga boleh mengambil Nutriferon untuk menguatkan sistem imun anda.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan saya di 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com atau boleh layari produk
Saya menawarkan harga yang paling berpatutan dan penghantaran yang cepat.





Thursday, 12 June 2014

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU MENYUSU

4 comments:

SET-SET PENYUSUAN YANG MEMENUHI KEPERLUAN PEMAKANAN IBU

Produk-produk yang membantu memenuhi keperluan nutrisi dan pemakanan seorang ibu menyusu.

Sebenarnya tujuan memenuhi pemakanan bagi ibu menyusu bukanlah untuk menambahkan susu ibu mereka, kerana untuk memperbanyakkan susu ibu, siibu perlu mengosongkan payudara lebih kerap. Pemakanan ini bertujuan untuk menyokong kesihatan siibu kerana sekiranya nutrisi siibu tidak lengkap maka nutrisi akan diambil dari tubuh badan siibu tersebut. Jika ini berlarutan, siibu mungkin akan merasa sakit2 belakang, cepat letih, cepat jatuh sakit, ibu mudah stress dan lain-lain lagi. Semua ini akan mempengaruhi kuantiti susuibu.

Terdapat 4 set penyusuan yang popular:-


1. SET B

Set ini mengandungi Multivitamin, Vitamin C, Vitamin B Complex dan Alfalfa
Sesuai untuk memenuhi keperluan nutrisi harian siibu dan susuibu.
Membantu meningkatkan kesihatan dan mungkin boleh membantu dalam masalah keputihan, eczema anak yang menyusu, meningkatkan imun sistem ibu dan sembelit
Alfalfa dapat bertindak sebagai booster penghasilan susuibu.
Set ini sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah dalam penyusuan mereka

2. SET EU FOUR PACK     >>>>>>>>BEST SELLER<<<<<<<<<
Set ini mengandungi Multi vitamin, Vitamin C, Vitamin B Complex dan Ostematrix
Sesuai bagi ibu-ibu yang selalu dilanda masalah PMS dan susu merundum apabila PMS (haid).
Ostematrix merupakan gabungan Kalsium, Magnesium, Vit D dll yang dapat memenuhi keperluan harian 1000mg Kalsium untuk ibu menyusu.
Kalsium adalah penting untuk pembentukan tulang dan gigi, juga mencegah osteoporosis di hari tua.
Sesuai untuk ibu yang tidak suka minum susu atau allergi dengan produk tenusu
Ostematrix dapat mengekalkan kecergasan dan meningkatkan tenaga walaupun kurang tidur

3. SET B + ESP
Set ini mengandungi Multi vitamin, Vitamin C, Vitamin B complex, Alfalfa dan Energising Soy Protein(ESP).
ESP merupakan sumber Protin yang tinggi dan boleh meningkatkan tenaga siibu.
Ianya dalam bentuk powder, dan ini membolehkan penghasilan susuibu dengan cepat.
Set ini serba sedikit boleh membantu memperbanyakkan susuibu tetapi siibu mungkin atau masih akan mengalami masalah PMS dan susu merundum

4. SET 3M      >>>>>>>>>>>>HIGHLY RECOMENDED<<<<<<<<<<<<<<<<<
Set ini terdiri dari Multi vitamin, Vitamin C, Vitamin B Complex, Alfalfa, Ostematrix dan ESP
Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan
Masalah penyusuan bermaksud, siibu masih menghadapi masalah penyusuan walaupun telah mengepam setiap 2 jam dan meminum air sebanyak 3L setiap hari... Dengan set ini, segala masalah kekurangan nutrisi pemakanan dapat di atasi dan dipenuhi agar tubuh badan siibu dapat berfungsi dengan baik.
Set ini juga dapat membantu susu merundum pada masa PMS disamping dapat meningkatkan kecergasan dan tenaga dari kedua-dua Ostematrix dan ESP
Sesuai untuk ibu yang ingin mengumpul stok yang banyak


Penting!. Proses penyusuan selama 2 tahun adalah tidak mudah, memerlukan tekad, komitment dan usaha penuh dari ibu. Ianya menuntut Sesi pengepaman yang kerap atau konsisten setiap hari. Pemakanan yang lengkap dan sihat juga sangat penting. Dalam menjalakan tugasan harian, siibu selalunya mengenepikan pemakanan yang sihat. Kadang-kadang siibu terpaksa memakan fast food kerana ini cara termudah....Maka dengan ini pengambilan supplemen amat disarankan. Dengan Supplement yang disarankan, si ibu bukan hanya dapat meningkatkan susu ibu, ia juga dapat meningkatkan tahap kesihatan, tenaga, kecergasan, kecantikan kulit, rambut, kuku dan juga kesihatan dalaman wanita. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA




Friday, 27 September 2013

TIPS KURUS DENGAN MUDAH DAN SELAMAT

No comments:
Assalamualaikum...

Kite mengenal dulu bagaimana setiap suplement dpt membantu menguruskan badan.

Omega Guard - untuk memecahkan lemak jahat dan mengUPkan lemak-lemak baik di dalam tubuh badan. Omega juga memanaskan badan so kita memang terasa ingin minum air sahaja di mana AIR KOSONG sangatlah penting untuk percepatkan proses penurunan di samping segala racun, toksin akan dibuang dan ia akan bantu memudahkan serapan suplemen. Bila kita banyak ambil air masak maka secara automatik kita kurang rasa lapar.
Alfafa - ia adalah sejenis tumbuhan herba dan juga bersifat fiber di mana ia akan angkut segala lemak-lemak jahat melalui proses pembuangan air besar maknanya perut kita akan lawas. Tetapi bukan itu sahaja ia juga membantu kurangkan keputihan, mengurangkan gout, diabetis, cuci darah, meningkatkan kesihatan pencernaan dan juga buang angin-angin dalam badan. Tapi AWAS ye Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan bagi mereka yang punya masalah darah pekat kerana ia tinggi vitamin K. Perlu minum banyak AIR!!
Herba Lax - ia diambil seminggu sekali sahaja untuk proses detoks ataupun mudahnya untuk mengeluarkan segala  toksin dan racun di dalam badan. Pengambilannya adalah 4 biji sehari. Ambil air masak banyak juga ye kalau tidak perut anda akan memulas-mulas kesakitan. Tidak boleh makan hari-hari sebab nanti kita mengajar perut kita malas membuang dengan sendiri.
B Complex - ramai orang kata B Complex ni menaikkan nafsu makan tapi jika kita kaji betul2 penggunaannya ia sangat membantu untuk proses turunkan berat badan. Ia berfungsi sprt spark plug iaitu ia membakar gula menjadi tenaga.
Air Masak  - saya pastikan sebelum makan saya habiskan 1 liter dahulu untuk kurangkan rasa lapar dan baru makan. Saya akan pastikan saya minum sehari 4 liter ye.


Mari kite baca testimoni dari seorang pengguna SHAKLEE

"Minggu lepas saya terasa macam nak timbang berat badan. Sejak lepas bersalin saya agak kurang memberi perhatian pada berat badan sebab tak kisah kalau kuat makan sikit sebab sedang menyusukan anak. Dengan erti kata lain, agak gemuk jugaklah... :)) Tapi saya tak risau sebab nanti2 kuruslah... Biasanya begitulah...

Tapi minggu lepas baru saya perasan seluar jeans yang saya pakai tak ketat seperti sebelumnya. Ada terasa longgar di bahagian paha. Jadi lepas solat pada suatu hari, saya pun ambil penimbang tanpa ada sebarang rasa risau. Maklumlah.. Saya dah tau badan saya berat.. Tapi agak terkejut saya apabila saya dapati berat saya telah turun 6 kilo!! Saya ingat alat penimbang tu rosak. Tapi apabila saya suruh anak lelaki saya menggunakannya, saya pasti bahawa alat tu memang tak rosak. Sebaliknya memang saya dah ringan sikit!

Hatipun berbunga2....

Sebenarnya saya tak mengamalkan apa2 ubat kurus. Yang saya amalkan cuma supplemen Shaklee"

So, bagi anda yang tidak mahu ada sebarang kesan sampingan yang datang daripada ubat, atau mahu menguruskan badan dengan kos yang lebih rendah berbanding pergi ke pusat2 pelangsingan, boleh mencuba supplemen Shaklee. Tapi perlu ada consultasi yang sempurna ya...

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.
Email ke tollgategirl@yahoo.com atau sms/whatsapp ke 0173725667

Thursday, 27 June 2013

CARA ATASI MASALAH SEMBELIT

No comments:
Dah lama saya nak kongsikan betapa hebatnya alfalfa dalam membantu menangani masalah orang yang ada sembelit.

Pengalaman saya sendiri, sejak dari kecik memang saya ni jenis susah buang air besar.
Selalu pergi klinik bukan sebab demam, tapi sakit yang disebabkan tidak membuang air besar beberapa hari. Bagi yang ada sembelit tentu tau.


Gejala ni berterusan sehingga saya sudah berkahwin. Sampai dah masuk bilik air, keluar balik mengadu kat husband tak boleh buang air besar. Sampai seminggu sekali baru buang, itu pun dengan puas meneran, sampai darah pun keluar sekali.

Doktor kata minum air banyak, makan betik, pisang dan ambik sejenis cecair dari klinik, pun tak berjaya selesaikan masalah sembelit.

Masalah berterusan sehingga sekian lama.

Pada tahun 2012, saya telah berkenalan dengan Alfalfa Shaklee. Saya kenalnya sebagai milk booster. Tak tahu pulak yang dia boleh membantu orang sembelit macam saya ni. Dengan pengambilan Alfalfa secara konsisten, dengan sendirinya masalah sembelit saya hilang.

Sekarang, setiap hari saya dapat buang air besar dengan sangat lancar, tanpa meneran sampai keluar air mata dan tanpa terkejar-kejar seperti makan julap.


Antara lain khasiat Alfalfa tengok di sini.

Monday, 19 November 2012

MANFAAT SUSU IBU

No comments:

Amalan penyusuan ibu bukan sahaja sesuatu yang digalakkan oleh agama Islam malahan disokong oleh asas-asas saintifik. Dari segi isi kandungannya, susu ibu memang begitu lengkap sebagai makanan pertama dan utama bagi bayi.

Susu ibu mengandungi zat-zat makanan yang cukup. Malahan nisbah zat-zat tersebut juga seimbang dengan keperluan seseorang bayi bermula dari masa kelahiran dan seterusnya. Kandungan zat tersebut juga sentiasa berubah mengikut keperluan seorang bayi dari semasa ke semasa. Tambahan pula susu badan mengandungi beberapa jenis antibodi yang dapat melindungi seseorang bayi itu daripada diserangi oleh cirit-birit, penyakit saluran pernafasan serta beberapa penyakit kulit yang tertentu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung atau susu formula atau susu lembu. Dengan memeluk anak kecil dan mengalirnya air susu daripada ibu kepada anak, maka kasih sayang ibu turut mengalir.

Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

Rangsangan,Seperti yang anda sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan seperti kerap menyusu. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.

Jika bayi tidur lebih daripada tiga jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada empat hingga lima jam. Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan sebanyak 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin bagi menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin yang masuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan lebih susu.

Kekerapan, Selepas itu, anda juga perlu menambah masa dan kekerapan untuk bayi menghisap susu. Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara dasarnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep pemberian susu mengikut kemahuan (supply and demand).

Jika seseorang ibu lebih kerap menyusukan bayi mereka, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Anda juga perlu mengepam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik sahaja bangun tidur. Luangkan juga masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari anda mempraktikkannya. Ada juga yang perlu menunggu lama sehingga dua minggu bagi melihat hasilnya.

Mengikut pengalaman saya sendiri, mengepam pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual mengepam yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

Pemakanan, Pengambilan pemakanan yang seimbang amatlah penting bagi ibu yang menyusu. Secara peribadinya, saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar, kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

Terdapat pelbagai jenis pemakanan atau suplemen yang menggalakkan pengeluaran susu telah dikomersialkan. Keberkesanannya bergantung kepada individu.


Halba, oat, alfalfa, air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang dan betik muda merangsang pengeluaran susu ibu. Terdapat banyak juga suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu di pasaran. 

Makanan atau jamu (ramuan herba) yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan.

Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi. Daripada pengamatan saya, ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini.

Saya memohon berbanyak maaf jika maklum balas yang saya berikan berkenaan jamu menimbulkan ketidakpuasan sesetengah pihak.

Untuk mendapatkan makanan tambahan bagi ibu menyusu klik di sini : milk booster shaklee

Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin ibu menyusu sila hubungi saya di hp : 0173725667

Monday, 9 July 2012

MILK BOOSTER SHAKLEE

No comments:
Set Breastfeeding Shaklee
Set Breastfeeding Shaklee dengan Alfalfa disediakan dalam bentuk Trial Pack B Shaklee (Breastfeeding Set) untuk kegunaan 30hari, sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Apa yang terdapat dalam Set ini :

trial pack breastfeeding shaklee

B Complex
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C) 
Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen, bertindak sebagai anti-oksidan, bertindak mengikut pelepasan masa. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.

Dalam Breastfeeding Set (pek sebulan) menyediakan : 
  • 30 tablet of Vitalea@Multivitamin 
  • 30 tablet of B Complex 
  • 30 tablet of Vitamin C  
  • 90 tablet of Alfalfa

Lengkap untuk kegunaan 30 hari.
Jika anda inginkan dalam bentuk Full Set (botol) dengan harga (hubungi saya utk harga istimewa)
  • 120 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 120 tablet B Complex
  • 180 tablet Vitamin C
  • 330 tablet Alfalfa 
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari, juga jadual mengepam yang konsisten.

Dapatkan sekarang......
Email saya tollgategirl@yahoo.com atau sms ke 0173725667

Thursday, 10 May 2012

GLA COMPLEX - MERANGSANG KEHAMILAN

No comments:
TIPS MERANGSANG KEHAMILAN & MAKANAN TAMBAHAN YANG DISARANKAN 
Hamil dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui pengalaman mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada sesetengahnya memerlukan bantuan atau melakukan teknik-teknik tertentu sebelum terjadinya kehamilan.

Kepada anda yang menghadapi kesukaran untuk hamil, barangkali anda boleh mencuba TIPS berikut:
1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung. (Shaklee Vita-leadan Shaklee B complex mengandungi Asid Folik yang mencukupi)
2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur.
3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.
4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.
7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil.
8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma).
9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha, meminta lah kepada NYA. 

Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri:
1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.
2) Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
4) Vitamin E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.
5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.
6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InshaAllah..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di tollgategirl@yahoo.com atau SMS ke 017-3725667 (Ummi) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut