Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label herb-lax. Show all posts
Showing posts with label herb-lax. Show all posts

Sunday, 5 October 2014

TIPS MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU

No comments:

PERNAHKAH ANDA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG MULUTNYA BERBAU?


Dan, adakah kita sedar seandainya mulut kita berbau?




Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. 

Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan : 


1. Membersihkan gigi setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor.

2. Membersihkan lidah setiap hari

Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

3. Minum air

Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.

4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. JIka hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

5. Mengunyah gula getah tanpa gula

JIka anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.

6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah
- gusi yang bengkak dan merah
- gusi yang senang berdarah apabila disentuh
- gusi yang sakit
- nanah keluar dari gusi yang bengkak
- gigi bergoyang
- gigi sensitif
- sakit pada gigi ketika mengunyah
- terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali

Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Selamat mencuba…

Tuesday, 30 September 2014

HERB-LAX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN USUS ANDA

No comments:

PENCERNAAN SIHAT DENGAN HERB-LAX

Setiap sel, tisu dan organ didalam tubuh anda amat bergantung kepada sistem penghadaman yang sihat dan penyerapan zat untuk kesihatan. 


Sekiranya;
Anda seorang yang menjaga kesihatan,
Anda nak singkirkan toksin dari badan,
Anda yang jenis sukar buang air besar erti kata lain SEMBELIT, atau 
Anda ingin menurunkan berat badan atau mengempiskan perut,


Saya cadangkan Herb-lax Shaklee..

Apa sebenarnya Herb-lax ni..nama lain yg mudah untuk kita fahami adalah "Julap"..tapi Herblax bukan sebarang julap..jom kita kenali Herblax..

Perbezaan Shaklee Herblax



Ramuan asas produk ini terdiri dari kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.

Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.


Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.




Manfaat Utama Herb-Lax:



  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut (sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan-kurus)
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Rekomendasi :


Untuk kesihatan berpanjangan : 2-3kali seminggu - 4biji setiap kali sebelum tidur.

Untuk pembersihan usus / detoksifikasi, melawan kanser, mengawal berat badan : 2kali sehari - 3biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)




PERHATIAN !

Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah keadaan normal, Herblax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12jam selepas pengambilan.

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Friday, 27 September 2013

TIPS KURUS DENGAN MUDAH DAN SELAMAT

No comments:
Assalamualaikum...

Kite mengenal dulu bagaimana setiap suplement dpt membantu menguruskan badan.

Omega Guard - untuk memecahkan lemak jahat dan mengUPkan lemak-lemak baik di dalam tubuh badan. Omega juga memanaskan badan so kita memang terasa ingin minum air sahaja di mana AIR KOSONG sangatlah penting untuk percepatkan proses penurunan di samping segala racun, toksin akan dibuang dan ia akan bantu memudahkan serapan suplemen. Bila kita banyak ambil air masak maka secara automatik kita kurang rasa lapar.
Alfafa - ia adalah sejenis tumbuhan herba dan juga bersifat fiber di mana ia akan angkut segala lemak-lemak jahat melalui proses pembuangan air besar maknanya perut kita akan lawas. Tetapi bukan itu sahaja ia juga membantu kurangkan keputihan, mengurangkan gout, diabetis, cuci darah, meningkatkan kesihatan pencernaan dan juga buang angin-angin dalam badan. Tapi AWAS ye Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan bagi mereka yang punya masalah darah pekat kerana ia tinggi vitamin K. Perlu minum banyak AIR!!
Herba Lax - ia diambil seminggu sekali sahaja untuk proses detoks ataupun mudahnya untuk mengeluarkan segala  toksin dan racun di dalam badan. Pengambilannya adalah 4 biji sehari. Ambil air masak banyak juga ye kalau tidak perut anda akan memulas-mulas kesakitan. Tidak boleh makan hari-hari sebab nanti kita mengajar perut kita malas membuang dengan sendiri.
B Complex - ramai orang kata B Complex ni menaikkan nafsu makan tapi jika kita kaji betul2 penggunaannya ia sangat membantu untuk proses turunkan berat badan. Ia berfungsi sprt spark plug iaitu ia membakar gula menjadi tenaga.
Air Masak  - saya pastikan sebelum makan saya habiskan 1 liter dahulu untuk kurangkan rasa lapar dan baru makan. Saya akan pastikan saya minum sehari 4 liter ye.


Mari kite baca testimoni dari seorang pengguna SHAKLEE

"Minggu lepas saya terasa macam nak timbang berat badan. Sejak lepas bersalin saya agak kurang memberi perhatian pada berat badan sebab tak kisah kalau kuat makan sikit sebab sedang menyusukan anak. Dengan erti kata lain, agak gemuk jugaklah... :)) Tapi saya tak risau sebab nanti2 kuruslah... Biasanya begitulah...

Tapi minggu lepas baru saya perasan seluar jeans yang saya pakai tak ketat seperti sebelumnya. Ada terasa longgar di bahagian paha. Jadi lepas solat pada suatu hari, saya pun ambil penimbang tanpa ada sebarang rasa risau. Maklumlah.. Saya dah tau badan saya berat.. Tapi agak terkejut saya apabila saya dapati berat saya telah turun 6 kilo!! Saya ingat alat penimbang tu rosak. Tapi apabila saya suruh anak lelaki saya menggunakannya, saya pasti bahawa alat tu memang tak rosak. Sebaliknya memang saya dah ringan sikit!

Hatipun berbunga2....

Sebenarnya saya tak mengamalkan apa2 ubat kurus. Yang saya amalkan cuma supplemen Shaklee"

So, bagi anda yang tidak mahu ada sebarang kesan sampingan yang datang daripada ubat, atau mahu menguruskan badan dengan kos yang lebih rendah berbanding pergi ke pusat2 pelangsingan, boleh mencuba supplemen Shaklee. Tapi perlu ada consultasi yang sempurna ya...

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.
Email ke tollgategirl@yahoo.com atau sms/whatsapp ke 0173725667

Wednesday, 1 May 2013

TIP DAN PETUA KENAPA WANITA KURUS

No comments:
Hari ni saya nak kongsikan satu tips yang sangat berguna tetapi tidak ramai yang mengamalkannya...

Ramai pengguna memilih untuk terus mengambil produk makanan dari pasaraya tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu...

Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram. WOW!!!!! hebat bukan...

tips nak kurus wanita tips dan petua kenapa wanita kurus

Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya
Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki
Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan.

Jadi, lihat dahulu label pada produk makanan yang anda ingin beli. Anda tentu tahu apa yang bagus dan apa yang tak bagus. Amalkan juga pada anak-anak kita. Supaya dalam masa lagi 20 tahun, anak kita tidak sibuk nak cari produk pelangsingan badan ataupun terpaksa berjumpa doktor tiap2 bulan kesan daripada tabiat makan yang tidak sihat sejak dari kecil.

Monday, 18 March 2013

10 TIPS RINGKAS NAK KURUSKAN BADAN…

No comments:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan yang boleh menurunkan berat badan secara mendadak. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Selamat mencuba...

Wednesday, 13 March 2013

PECAH LEMAK & BUANG LEMAK

No comments:

Seperti tajuk entry kat atas tu, jom kita sama2 memecahkan lemak2 sekaligus menyingkirkan dari badan kita.



Apa yang anda perlukan adalah:


1. Herb-lax
2. Omega Guard kalau budget kecik boleh gantikan dengan lecithin.

Mudah sahaja, ambil 3 biji Omega guard sehari, sebaiknya selepas waktu makan tengah hari dan ambil 2-4 biji herb-lax sebelum tidur. Cukupkan pengambilan air sebanyak 3 liter sehari.


Omega guard akan memecahkan lemak2 tepu dan herb-lax akan menyingkirkan lemak tersebut dari badan kita.

bukan setakat itu sahaja kebaikan omega guard dan herb-lax, banyak lagi kebaikan yang anda dapat dari dua produk tersebut. 
Maklumat lanjut tentang Omega guard di SINI dan Herb-lax di SINI

SMS / Whatsapp saya di 0173725667

Monday, 11 March 2013

MASALAH USUS TIDAK SIHAT MENYEBABKAN MAKAN APA-APA SUPPLEMENT PUN TAK MENDATANGKAN HASIL

No comments:

Ramai dalam kalangan kita mengambil jalan singkat untuk mencantikkan kulit yang berjerawat dan ingin menguruskan badan dengan membeli krim-krim kecantikan dan pil-pil menguruskan badan tetapi selepas 3 bulan, 6 bulan, setahun, masih juga tidak menampakkan kesan. Apa pulak kaitan dengan masalah usus?

Bila barangan yang diambil itu tidak menampakkan kesan, maka terimalah kenyataan bahawa badan kita mengandungi banyak TOKSIN dan USUS BESAR kita juga KOTOR sehingga tidak berlakunya PENYERAPAN khasiat daripada makanan kesihatan yang kita ambil ke dalam sel-sel di dalam tubuh badan kita. 



Oleh itu, jika anda inginkan kecantikan yang semulajadi maka, anda seharusnya menjaga kesihatan terlebih dahulu. Bagaimana menjaga kesihatan? Pastikan usus besar anda bersih! Alah, setakat usus! Ada apa dengan usus kita?



   


Tahukah anda BARAH USUS sudah diramalkan mengambil alih penyakit jantung sebagai pembunuh pertama pada abad ke 21? Adalah sesuatu yang bijaksana untuk kita memberi perhatian terhadap kesihatan usus besar kita untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini. 

Sebelum kita memulakan penjagaan kebersihan usus besar, kita perlu mempunyai pengetahuan tentang saluran pencernaan iaitu termasuk USUS KECIL dan KOLON atau USUS BESAR. Jika sisa buangan dibenarkan berkumpul di dalam usus kita dan terbiar MELEKAT PADA DINDING USUS dalam suatu tempoh tertentu, ia akan menghasilkan bahan yang berbahaya. 

Ini akhirnya akan diserap ke dalam saluran darah menyebabkan KEGAGALAN FUNGSI HATI dan menjejaskan sistem metabolik tubuh. Keadaan ini dikenali sebagai KOPROSTASIS atau nama glamournya tanda awal SEMBELIT!!- faktor asas yang menjadi punca kepada beberapa jenis PENYAKIT KRONIK. Sebaik saja KOPRORASIS dibenarkan terbentuk, seperti karat yang di degil di atas sehelai kain, ia amat sukar ditanggalkan. Perkara terpenting kepada pesoalan di sini ialah pencegahan.



FAKTA TENTANG KOLON ATAU USUS BESAR


1. Usus dihuni oleh bakteria baik dan jahat/ perosak
2. Usus dihuni oleh lebih daripada 100 jenis bakteria dan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 100 trilion.
3. Jumlah ini mewakili 20,000 kali ganda penduduk di planet bumi. (Subhanallah, hebatnya penciptaan manusia!)
4. Usus yang sihat, nisbah ideal bagi bakteria baik kepada bakteria jahat ialah 80:20 tetapi malangnya amat sukar dicapai berikutan pelbagai faktor persekitaran negatif.
5. Secara amnya, bakteria JAHAT jauh MENGATASI bakteria yang BAIK.



TANDA-TANDA MASALAH USUS


Bagaimana kita mengetahui bahawa usus kita tidak sesak dan berada dalam keadaan seimbang? Cara yang palin mudah untuk mengetahui pergerakan kumbahan kita adalah dengan memeriksa keadaan najis:


  1. Warna dan bau – Warna lebih gelap dengan bau yang tidak tertahan, menunjukkan keadaan paling buruk
  2. Bentuk – Bentuk pisang dengan ukuran 3 sentimeter lebar dan 6 sentimeter panjang dianggap ideal
  3. Kekerasan – Ketidakupayaan mengekalkan bentuk adalah tanda usus besar tidak sihat (sembelit dan selalu cirit birit)
  4. Tempoh masa – Tidak terlalu lama di dalam tandas ( ini 5 minit meneran tak keluar-keluar jugak). Masa yang ideal ialah 2-3 MINIT sahaja.
  5. Jumlah – Berat bahan buangan adalah lebih kurang 1 KG. Najis yang tenggelam menandakan usus tidak sihat dan najis yang terapung menunjukkan perut yang sihat.

TANDA LAIN BAGI MASALAH USUS

1. MASALAH KULIT DAN BERJERAWAT
2. NAFAS BERBAU (takkan selalu nak guna listerine aje!)
3. PERUT BUNCIT
4. SAKIT BAHU
5. LETIH KETERLALUAN
6. SEMBELIT ( tipulah ni kalau tak pernah sembelit)
7. KERAP SAKIT KEPALA


Sekiranya anda mengalami petanda2 yang anda mempunyai masalah usus, jangan ambil mudah. Segera la cari penyelesaian. 


Kami di Shaklee dapat membantu anda untuk menyokong kesihatan usus..

Herb-lax dapat membantu....Apa itu Herb-lax? Klik SINI


Nak order Herb-Lax?


HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"