Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label anti-penuaan. Show all posts
Showing posts with label anti-penuaan. Show all posts

Friday, 5 September 2014

5 CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN SUPAYA KELIHATAN SEBAYA DENGAN ANAK ANDA KELAK.

No comments:

5 Cara Untuk Melambatkan Proses Penuaan Dan Kelihatan Muda Sentiasa

Kalau boleh, semua orang hendak kelihatan muda sentiasa.. Banyak cara boleh melambatkan proses penuaan, ada yang memerlukan belanja besar dan ada juga yang tidak. Di sini saya kongsikan 5 cara tanpa memerlukan sebarang belanja tambahan. 


Dan kesemua cara ini adalah mudah untuk saya dan anda amalkan. Jom baca...


1. Minum Banyak Air 

minum banyak air
Badan anda terdiri daripada 60% air dan aktiviti harian mengurangkan kuantiti air dalam badan. Itu sebabnya kita perlu minum banyak air setiap hari. Sekurang-kurangnya minum 8 gelas air setiap hari. Kandungan air yang mencukupi dalam badan akan menjadikan organ dalaman anda terhidrat dan juga dalam keadaan yang baik. Selain itu, ia dapat membantu sistem pencernaan dan usus anda berjalan dengan lancar serta teratur. Yang menariknya ia akan membantu kulit anda kelihatan segar, cergas dan lembut dengan menjaganya agar tetap terhidrasi dan dapat mengepam keluar bahan buangan dari badan. 


2. Kurangkan Tekanan 

Setiap orang mempunyai tekanan dalam kehidupan mereka, dan jika anda berjaya untuk menguruskan tekanan, maka anda akan mendapati kehidupan anda lebih baik. Penyelidikan mendedahkan bahawa tekanan mental mempercepatkan proses penuaan. Apabila anda tertekan, anda kehilangan keseimbangan semula jadi tubuh dan seterusnya menyebabkan kerosakan kepada badan rembesan hormon, sel-pembaikan, dan penjanaan kolagen. Terdapat banyak cara untuk mengurangkan tekanan mental. Anda boleh menarik perhatian anda untuk pelbagai perkara seperti melakukan senaman, untuk melegakan tekanan. Yoga, pernafasan dan meditasi boleh mengurangkan tekanan, meningkatkan oksigen dan aliran darah dan meningkatkan tahap tenaga.


3. Lakukan topeng muka (facial mask) dengan buah-buahan.

Membuat topeng muka sendiri dengan buah kesukaan anda. Anda boleh menepek-nepek beberapa campuran buah di wajah anda. Enzim buah-buahan, yang dikenali sebagai papain, mengelupas kulit kering keluar dan mengurangkan pemendapan melanin. Atau gosok hirisan strawberi yang mengandungi banyak beta karotena dan vitamin-A untuk membantu dalam pertumbuhan semula kolagen. Aloe-vera adalah penyelasaian anti-penuaan yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan garis-garis halus, kedutan dan melambatkan proses penuaan secara semula jadi. 


4. Latihan

Senaman merupakan salah satu langkah penting dalam mana-mana tip penjagaan kulit. Senaman fizikal akan membantu mengekalkan 'muscle-tone' dan fleksibiliti disebabkan pertambahan usia, meningkatkan kecergasan, kesihatan secara keseluruhan, membantu melindungi daripada masalah jantung serta menjadikan anda kelihatan lebih muda. Latihan akan meningkatkan aliran darah di seluruh badan yang juga boleh membantu menjaga kesihatan otak anda. Satu cara mudah untuk mendapatkan senaman adalah dengan berjalan kaki. Melangkah untuk berjalan adalah aktiviti kardio-vaskular yang sangat baik.



5. Amalan pemakanan sihat

Berpegang kepada plan diet yang seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Menjauhkan diri dari daging merah atau daging lembu dan memilih makanan laut sekiranya boleh. Memdaripada roti putih. Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan tubuh badan anda dengan anti-oksida penting yang melawan radikal bebas. Radikal bebas merupakan faktor yang menyumbang kepada masalah yang berkaitan dengan usia dan penyakit. Makan secara sihat akan membantu anda kelihatan dan rasa lebih baik, memberikan anda tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti kesukaan anda.



5 langkah diatas bukan sahaja untuk penuaan wajah, tapi termasuk untuk kesihatan keseluruhan. 

Jika diamalkan dengan konsisten, anda akan tetap rasa muda walaupun umur anda sudah mencecah ke angka 50. Kan best, umur dah 50 masih boleh panjat bukit broga bersama anak-anak.


TIPS HIDUP SIHAT DENGAN ANTI-PENUAAN

No comments:
Kita tahu beberapa punca penuaan dan beberapa formula atau tips yang boleh memperlahankan proses penuaan. Dengan mengenali punca dan formula, sekarang adalah masanya untuk kita masukkan formula tersebut ke dalam kehidupan seharian kita .
  
Sedikit perubahan gaya hidup yang mudah dan juga penambahan beberapa vitamin dan suplement penting ke dalam diet harian boleh membantu kita mencegah penyakit kronik dan meningkatkan jangka hayat kita. Anti-penuaan is possible!
  
getting healthy
1. Diet pemakan yang seimbang
2. Kekalkan Berat Badan yang Ideal, ketahui kesan berat badan berlebihan.
3. Amalkan bersenam
4. Berhenti Merokok
5. Kurangkan Tekanan
6. Dapatkan tidur yang cukup
7. Meningkatkan pengambilan
         a. Vitamin B - untuk mengurangkan tekanan dan menyokong replikasi DNA yang sihat
         b. Vitamin C & E - yang bersifat antioksidan diperlukan untuk membantu melambatkan proses penuaan
         c. Kalsium - untuk tulang sihat
8. Menambah bahan semulajadi seperti Resveratrol untuk memberi banyak kesan-kesan positif kepada anti-penuaan.

Wednesday, 20 March 2013

ANTI-PENUAAN

No comments:

Apa yang anda faham tentang Anti-Penuaan? 

Anti penuaan bukanlah sebagai cubaan melawan ketentuan Ilahi dan bukan hanya tertumpu kepada kulit yang licin tanpa kedut. Matlamat Anti penuaan adalah menghindari penyakit dan masalah manusia apabila berhadapan dengan isu-isu penuaan.

Anti penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia tua, mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia. Ia mengekalkan fungsi organ dalaman badan seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelenjar yang penting serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa muda.

Kata-kata yang sering diluahkan oleh mereka yang kurang pengetahuan mengenai anti penuaan adalah:

  • Menjadi tua dan mengalami menopaus adalah proses semula jadi maka tidak ada apa yang mampu mengubahnya.
  • Saya sudah menopaus dan mencapai usia 60-an maka tidak mungkin saya boleh kembali muda. Saya tidak percaya wujudnya kaedah yang boleh membuatkan saya lebih muda.
  • Usia tua adalah takdir yang tidak boleh ditolak.
  • Saya mengamalkan cara hidup sihat, senaman serta mengamalkan pemakanan seimbang. Sudah tentu badan saya sihat. Mengapa saya perlukan perubatan anti penuaan?

Cuba anda fikirkan fakta ini:

  • Punca utama kematian adalah usia yang tua. Orang yang mencecah usia 40 ke atas mudah mendapat kanser, kerana itu mereka digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.
  • Orang yang berusia mudah mendapat tulang rapuh. Ramai orang orang tua terlantar di hospital kerana osteoporosis yang teruk membuatkan tulang patah.
  • Orang yang tua mudah murung dan sensitif
  • Orang tua mudah mendapat darah tinggi, sakit jantung dan sakit kronik lain berbanding orang muda.
  • Paras kolestrol, gula dalam darah dan fungsi organ akan menjadi tidak baik apabila usia meningkat.


Mestikah seseorang berasa murung, letih, layu dan kelesuan apabila usia meningkat? Mestikah paras rupa berubah menjadi cengkung dan berlekuk-lekuk, wajah menjadi berpigmen serta berkedut?

Usia tidak dapat ditolak namun jika kita mengamalkan produk anti penuaan kita akan dapat menghalang penyakit-penyakit dan masalah penuaan.

Masalah penuaan bagi lelaki

  • Andropaus. Lelaki menjadi murung kurang bertenaga, mudah marah dan mudah tertekan.
  • BPH prostat menjadi bengkak dan mula mengganggu sistem urinasi (kencing). Mereka mula mendapat jangkitan kencing yang kerap.
  • ED adalah masalah menegangkan zakar.

Bagi wanita pula;

  • Menopaus
  • Masalah pada buah dada
  • Masalah rahim dan vagina.
Bagi lelaki dan wanita

  • Atherosclerosis
  • Darah tinggi dan kencing manis
  • Dementia (nyanyuk atau pelupa)
  • Lain lain yang melibatkan sakit tua seperti tulang rapuh dan sakit badan.


Dari segi wajah pula kesan kesan penuaan mengakibatkan paras rupa yang hilang cantik dan hilang serinya.

Cuba lihat di sekeliling kita. Seorang wanita atau lelaki yanng periang berubah menjadi murung dan anti sosial apabila usia meningkat. Tidak kurang juga mengalami masalah berat badan yang tidak dapat diturunkan melalui pemakanan semata-mata. Diet tidak akan berkesan tanpa pengurusan hormon yang betul. Dengan terapi hormon yang betul barulah seseorang mampu menurunkan beratnya dengan efektif.

Seseorang yang kurang hormon akan letih, lesu dan kurang gembira. Badannya terasa berat dan sukar untuk bersenam. Apabila hormon rendah tubuh akan berasa malas dan letih selalu. Apabila hormon metabolik tertentu ditambah, ia akan berubah menjadi lebih baik dan cantik. Tubuh mula membakar lemak di dalam badan. Hasil tubuh mendapat tenaga yang baik dan mula menjadi lebih langsing.

Mengapa kadar patah tulang, serta tulang rapuh sering berlaku pada orang tua. Jawapannya adalah kerana hormon tubuh sangat rendah membuatkan kadar penyerapan kalsium menjadi tidak efektif.

Mengapa orang orang tua cepat tersinggung dan mudah bersedih. Ini juga kerana tubuhnya tidak mempunyai hormon yang cukup. Hormon tertentu merangsang perasaan agar positif dan sentiasa gembira.

Apabila kelenjar hormon mengalami keletihan maka penghasilan hormon terjejas. Kelenjar-kelenjar yang keletihan akhirnya gagal berfungsi. Inilah puncanya seseorang menjadi lesu dan lemah. Bagi wanita pula kegagalan fungsi hormon seks mengakibatkan menopaus yang merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh. Justeru menjaga kelenjar hormon agar menopaus berlaku dalam suasana yang tidak mengganggu fungsi tubuh adalah disarankan.

Artikel mengenai produk Anti-Penuaan ;
1. Anti-Penuaan
2. Anti-Penuaan