Jika anda seorang manusia, tentu tidak akan terlepas dengan masalah stress atau tekanan. Apatah lagi jika anda seorang suri rumah tangga yang bekerja dari rumah. Entry kali ni, saya nak kongsikan sedikit sebanyak berkaitan panduan atau tips untuk tanggani stress. Untuk anda dan untuk saya sendiri amalkan..
Stress atau Tekanan Wujud Dalam Kehidupan
Percaya atau tidak, tekanan sebenarnya bagus untuk memajukan diri. Cuma yang jadi masalah apabila tekanan tersebut tidak ditanggani dengan cara bijaksana. Sebagai manusia, kita dah diperlengkapkan dengan kepercayaan atau agama sebagai salah satu kaedah untuk tanggani tekanan. Agama ada jalan sendiri supaya manusia boleh berhadapan dengan apa jua tekanan. Tidak percaya?
Haa .. jika anda sedang marah, seandainya anda yang membaca ini seorang muslim atau beragama Islam. Cubalah teknik mudah ini - ambil wudhuk dan sholat sunat. Jika anda bukan seorang Islam, maka cuba anda basuh muka anda dengan air, dan kemudian tenangkan diri. Cuba ye...jangan baca je...
14 Panduan Tanggani Stress atau Tekanan
- Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
- Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
- Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
- Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
- Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
- Membentuk pengurusan masa yang baik.
- Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
- Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
- Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
- Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
- Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
- Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
- Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
- Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
Apa yang di kongsikan ini adalah berdasarkan kepada pembacaan menerusi sebuah majalah kesihatan. Jadi, persoalan samada benar atau tidak atau samada ia berkesan atau tidak, adalah bergantung pada diri anda.
Masalah akan wujud. Stress akan ada.
Persoalan, adakah anda... saya dan kita semua mampu untuk tanggani dengan baik supaya ia boleh menjadikan kita manusia lebih baik dari semalam.
Entry credit to HASRULHASSAN
Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...
No comments:
Post a Comment