Apa yang Anda Cari ?

Sunday 28 September 2014

KELEBIHAN BANGUN AWAL PAGI.

Mungkin ramai dikalangan kita yang susah sangat nak bangun awal pagi. Bukan bangun pagi ye. Kalau bangun pukul 11 pun masih pagi juga, tapi bukan awal pagi ler. Sememangnya kalau dah jadi kebiasaan, agak sukar untuk kita berubah. Nak berubah kearah yang lebih baik tu memerlukan banyak pengobanan dan memerlukan paksaan. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita tengok kebaikan bangun awal pagi dari sudut agama..


Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”

Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya.

Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dsb.

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah swt dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki.

Orang yang mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang 




Kita tengok pula kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan


Fakta 6 Kelebihan Dan Kebaikan Mandi Sebelum Subuh | Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. 

Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

Fakta 6 Kelebihan Dan Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Jom mandi sebelum subuh mulai esok!!




Kebaikan bangun awal pagi mengikut kata pakar / usahawan yang berjaya dan terkenal


Apabila menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti anda.

 Selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul 4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade, 2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.

Kemungkinan besar anda tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi

Seorang usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika anda menunggu sehingga waktu petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti bersenam atau membaca, anda mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang. Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.” kata Vanderkam.

Anda mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi

Walaupun anda bukan seorang yang suka bangun pagi, anda mungkin akan merasa tekad yang lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang. “Tekad anda umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.

Bangun di awal pagi memberi peluang kepada anda untuk menetapkan tenaga positif bagi hari tersebut

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda lupa untuk menetapkan waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Anda akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, anda berpeluang memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif) dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda sudah tahu kebaikan bangun awal pagi, sekarang anda boleh buat pilihan untuk berubah atau terus bangun lewat.





-------------------------------------------------------------------------------------------------
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"




HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi





COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment