Apa yang Anda Cari ?

Tuesday, 20 May 2014

Kesan apabila kanak-kanak obesiti

Jauhi makanan ringan. Jangan sesekali cuba kenalkan anak dengan minuman bergas dan juga makanan ringan ataupun lebih dikenali dengan 'junk food'.

Apa maksud Junk? JUNK ertinya sampah. Sanggupkah kita beri anak makanan sampah?

Junk food tidak mempunyai khasiat sama sekali. Kalorinya tinggi, garam dan gula yang tidak sesuai untuk anak. Tidak mempunyai nutrisi. Yang ada adalah pewarna, perisa tiruan dan mengandungi banyak MSG. Tahukah anda, MSG boleh mempengaruhi perkembangan minda dan fizikal anak-anak?

Glutamat di dalam MSG, jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan kerap boleh membunuh sel-sel otak. Ia juga boleh memberi kesan pada hormon, ketidaksuburan, lambat perkembangan fizikal dan juga boleh menyebabkan masalah OBESITI.

Kanak-kanak obesiti juga akan mengalami masalah dari segi :
1. Diejek, dibuli oleh rakan sebaya. Ia memberikan kesan buruk pada perkembangan psikologi mereka.
2. Mereka akan mempunyai keyakinan diri yang rendah dan mempunyai persepsi buruk terhadap tubuh sendiri.
3. Remaja perempuan khususnya akan cuba mengamalkan diet yang berbahaya atau mengambil pil kurus yang memudaratkan kesihatan.
4. Berisiko menghidapi penyakit jantung, diabetes type 2, kanser, ketidaksuburan, penyakit artritis dan juga ginjal serta pundi hempedu ketika dewasa kelak.
5. Masalah tulang atau sendi dan juga sukar untuk tidur.