Apa yang Anda Cari ?

Showing posts with label ilmu keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label ilmu keibubapaan. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Anak Anda Sakit, Pelajarannya Merosot, EmosinyaTerjejas, Semuanya Berpunca Dari Anda.

No comments:


Zaman kanak-kanak merupakan masa pertumbuhan yang kritikal di mana pemakanan yang seimbang adalah sangat penting.

Kanak-kanak yang mempunyai diet yang kurang nutrisi, akan terdedah kepada kesan kesihatan dan penyakit untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. 

Yang paling membimbangkan adalah kesan-kesan buruk pada kanak-kanak itu sendiri iaitu:



Obesiti 

Kekurangan nutrisi adalah salah satu punca utama kegemukan kanak-kanak, satu keadaan yang boleh menjadi sangat berbahaya dan membawa komplikasi kesihatan seumur hidup. 

Obesiti adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan penekanan kepada makanan yang mempunyai tahap yang tinggi lemak, gula dan sodium. Terutama bagi kanak-kanak yang kerap makan makanan segera. Apabila asas untuk tabiat ini terbentuk, kanak-kanak cenderung untuk mengekalkan diet seperti ini hingga dewasa kelak. 

Obesiti pada kanak-kanak boleh membawa kepada keadaan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Obesiti juga boleh menyebabkan imej diri negatif, gangguan, kualiti hidup menurun dan masalah jangka panjang lain adalah psikososial yang amat sukar untuk memperbetulkan diet makan. 



Kesihatan mental dan emosi 

Menurut "Children's Defense Fund", kanak-kanak yang tidak mempunyai akses kepada pemakanan yang betul adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah psikologi seperti keresahan atau kurang keupayaan dalam pelajaran. 

Kanak-kanak ini juga ketara lebih cenderung untuk memerlukan kaunseling kesihatan mental. Satu kajian dalam "Indian Journal of Psychiatry" pada tahun 2008 menyatakan kekurangan zat besi berkaitan dengan gangguan hiperaktif kanak-kanak. 

Kekurangan iodin juga telah dikaitkan dengan beberapa kecacatan perkembangan. Tabiat pemakanan kanak-kanak tertentu yang mungkin terdedah kepada, seperti melangkau waktu makan atau ketagihan makanan bergula, juga telah dikaitkan dengan kemurungan. Selain itu, masalah-masalah kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering diperkukuh oleh obesiti dan rendah diri, yang mungkin disebabkan pemakanan tidak seimbang. 



Pendidikan 

Apabila kanak-kanak tidak mendapat jumlah vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan, ia boleh membawa kepada keletihan, kekurangan tenaga dan kegagalan untuk berkembang maju. Bank Dunia menyatakan kaitan antara pemakanan kanak-kanak yang tidak seimbang dan tahap IQ yang lebih rendah. 

Kegagalan untuk berkembang maju dalam bidang akademik dan sosial, adalah hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang, boleh mempunyai kesan yang berpanjangan sepanjang hidup seseorang jika ia tidak diperbetulkan dari awal. 



Penyakit 

Pemakanan tidak seimbang dan obesiti mempunyai risiko tinggi untuk menyebabkan penyakit-penyakit kronik. Salah satu daripadanya adalah diabetes jenis 2, yang boleh dicegah dengan perubahan gaya hidup yang sihat. 

Diabetes jenis 2  adalah akibat daripada pemakanan yang tidak seimang sejak zaman kanak-kanak, boleh membawa kepada masalah lain termasuk penyakit jantung, strok, anggota amputasi dan buta. 

Pemakanan tidak cukup nutrisi ketika zaman kanak-kanak juga mempunyai potensi untuk memberi kesan negatif ke atas kesihatan reproduktif seseorang. Pemakanan yang tidak seimbang juga mempengaruhi perkembangan tekanan darah tinggi, strok, kanser dan penyakit jantung. 



Walaupun saya menjaga pemakanan anak-anak, tapi saya sedar yang saya tidak dapat bekalkan secukupnya vitamin, mineral  dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan anak-anak. 

Dengan itu saya menambahkan makanan tambahan MEALSHAKE SHAKLEE iaitu multivitamin dan multimineral ke dalam diet harian anak-anak saya. Dan nyata terdapat banyak perbezaan setalah mereka mula mengambil MEALSHAKE.



Anda boleh baca testimoni para ibu terhadap MEALSHAKE




---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Thursday, 25 September 2014

CARA DIDIK ANAK UNTUK DUDUK DIAM KETIKA ANDA SEDANG BERCERITA.

No comments:

Bagaimana Cara Melatih Anak Kecil Untuk Duduk Diam Ketika Anda Membacakannya Buku.


Membacakan buku cerita kepada anak anda adalah sangat bagus untuk perkembangannya. Ia membantu anak anda mengasah kemahiran mendengar, menggalakkan si kecil untuk menggunakan imaginasi dan dapat mengajar si kecil untuk duduk diam. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak merasa sukar untuk berada di satu tempat pada satu-satu masa, termasuk lah anak saya. Belum habis satu muka, dah selak muka sebelah. Belum habis satu buku, dah ambil buku lain. Tetapi, jangan beri alasan untuk tidak membacakannya buku cerita hanya kerana anak anda jenis yang tidak sabar dan aktif.


masa bercerita

Mari sini, saya nak kongsikan beberapa tip atau langkah untuk mendidik anak supaya boleh duduk diam ketika kita membacakannya buku cerita.  


1. Dapatkan buku cerita yang sesuai untuk umur beliau. Sesetengah buku untuk lingkungan umur yang luas, seperti dua hingga enam tahun. Pemilihan buku penting untuk menarik minat anak anda. Cerita-cerita untuk kanak-kanak prasekolah mungkin terlalu kompleks untuk anak kecil anda.  

2. Sediakan anak anda untuk masa cerita. Minta dia untuk tidak mengganggu ketika anda sedang bercerita, tetapi baritahu anak anda bahawa dia akan dapat bertanya soalan selepas cerita selesai. 


3. Bersiap sedia sebelum masa cerita bermula. Ini memberi masa untuk anak anda mencari keselesaan buatnya. Semakin selesa anak anda, semakin besar kemungkinan beliau untuk duduk diam sepanjang tempoh bercerita.

4. Menyediakan insentif bagi anak anda, seperti memegang mainan kegemarannya atau membenarkan dia duduk di atas riba anda. Mencari tempat yang agak terpencil untuk meminimumkan gangguan luar sekiranya dia berkeras untuk tidak duduk diam. Sebaiknya jauhkan daripada rak buku bagi menghalang anak anda menyibukkan dirinya dengan buku-buku lain. Beritahu dia bahawa selepas habis satu buku dia boleh boleh memilih buku yang lain.

5. Bagaimanapun, kita sendiri perlu tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Duduk diam dan mendengar cerita. Jangan berbual dengan pasangan ataupun anak anda yang lain sehingga selesai masa bercerita. Pastikan telefon bimbit anda dimatikan atau senyap sehingga anda meninggalkan tempat bercerita. 







"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"




HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi




 COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

Wednesday, 24 September 2014

KEPUTIHAN KETIKA MENGANDUNG

No comments:

Keputihan ketika mengandung. 


Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. 


Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan? Keputihan adalah seperti berikut:


  • lelehan itu menjadi pekat 
  • berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • terdapat kegatalan
  • sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda 
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.



Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. 

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika: 

  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.


Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya. 

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahu doktor anda. Jangan berdiam diri. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu. 

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri. 

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil. 

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan. 


Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:

  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.



Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. 

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga. 

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat. 

Sumber : babycenter











"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"




HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


 COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 


CARA MENGAJAR BAYI TIDUR

No comments:

Bagi sesetengah ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi mungkin ada rasa sedikit terganggu dengan waktu tidur bayi yang tidak menentu. Bila anda baru hendak tidur, bayi anda pula bangun. Pasti anda suka bila waktu tidur bayi anda teratur. Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik pada bayi anda..





Berikut adalah beberapa perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu bayi anda tidur pada usia 0-3 bulan ini: 



Belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih 

Semasa usia enam hingga lapan minggu, bayi anda tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia akan terasa terlalu letih dan tidak akan dapat lena dengan mudah. 

Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya? Jika anda mengesan tanda-tanda ini atau tanda mengantuk yang lain, cuba letakkan dia ke dalam katilnya atau buaian. 

Lama-kelamaan anda akan memahami mengenai ritma dan pola harian bayi anda dan akan tahu bila masanya dia sudah bersedia untuk tidur. 


Mula mengajarnya perbezaan di antara siang dan malam 

Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam dan kadangkala bayi anda akan berjaga apabila anda baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas kelahiran, anda tidak akan dapat lari dari masalah ini. Tetapi apabila bayi anda berusia kira-kira dua minggu, anda sudah boleh mengajarnya membezakan malam daripada siang. 

Apabila dia giat dan berjaga pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau suara kanak-kanak lain. Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu, kejutkan dia. Pada waktu malam, berhenti dari bermain dengannya ketika sudah masuk dalam bilik ataupun ketika menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Tidak lama lagi, dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur. 


Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri 

Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, tetapi masih berjaga. 

Bagaimana cara anda menidurkan bayi anda adalah penting. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda lakukan semasa hari-hari permulaan itu tidak mempunyai kesan yang berpanjangan, tetapi sebenarnya ada. Bayi sedang belajar bagaimana untuk tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada lapan minggu permulaan, dia akan mahu didodoi setiap kali. Inilah sebabnya sesetengah pakar tidak menyokong anda mendodoi atau menyusukan bayi anda untuk tidur, walaupun dia masih di usia yang muda. Untuk mewujudkan cara tidur bayi yang mantap, anda perlu menggunakan strategi yang sama setiap malam. 


Entry : kredit to babycenter



"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"




HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


 COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

Monday, 22 September 2014

BANTU BAYI ANDA MENJADI LEBIH PEKA

No comments:

Membantu Bayi Anda Menjadi Lebih Peka kepada sekeliling..


Jika bayi anda terjaga dari tidur, tetapi tidak memberi perhatian kepada anda, tentu anda risau..bimbang jikalau ada yang tidak kena dengan bayi anda. Untuk membantu bayi anda lebih peka anda boleh mencuba 3 teknik dibawah:


Teknik Pertama: 

Langkah 1.
Jika Bayi anda dibedung, bukakan ikatan bedungnya.
Langkah 2.
Pegang bayi anda dalam kedudukan tegak di atas riba atau bahu anda. 
Langkah 3.
Bercakap dengan bayi anda. Tukar kepantasan anda bercakap dan juga nada suara anda. (Bayi biasanya lebih tertarik kepada suara yang nyaring.) 


Teknik Kedua: 

Langkah 1.
Pegang bayi anda kira-kira 8 hingga 10 inci dari muka anda. 
Langkah 2.
Bercakap kepada bayi anda. 


Teknik Ketiga: 

Langkah 1.
Letakkan tangan anda di atas mata bayi anda. 
Langkah 2.
Lindungi mata bayi anda dari lampu/cahaya.

Lakukan 3 tekik di atas dengan kerap boleh membantu bayi anda lebih peka kepada persekitaran.





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. FB : Ummi Hanifah Abd Halim Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com * COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN HANYA ONLINE SAHAJA DENGAN HANYA MENDAFTAR AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"

Wednesday, 3 September 2014

CARA MENGAWAL KANAK-KANAK YANG AKTIF

No comments:

Bagaimana Mengawal Anak yang aktif


Mempunyai atau menjaga kanak-kanak yang aktif, kadang-kadang boleh mencabar dan sukar untuk menanganinya. Sudah tentu, kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak ini akan duduk diam dan tenang. Kanak-kanak ini mempunyai semangat ingin tahu tentang segala-galanya dan mereka akan sentiasa cuba untuk mencuba sesuatu yang tidak kita jangka dan ada kalanya akan mengakibatkan kecederaan. 

Di sini, saya hendak kongsikan bagaimana cara mengawal kanak-kanak yang aktif. Saya sendiri akan melakukan cara-cara ni kepada anak saya yang memang tidak boleh duduk diam.


Berikut adalah beberapa cara untuk mengendalikan kanak-kanak aktif: 


  • Bacakan buku cerita pada anak anda. Ini untuk memastikan mereka terlibat sama dalam beberapa waktu dan akan meningkatkan tahap tumpuan dan imaginasi. 
  • Berbual dengan anak anda. Ini dapat menarik perhatiannya untuk beberapa lama. Setiap kali mereka bangun dari tidur, cuba untuk berbual. Sambil buat kerja rumah, anda juga boleh berbual dengan mereka.
  • Sekali-sekala, cuba anda sembunyikan mainan anak anda. Kemudian, cuba suruh mereka cari permainan tersebut. Aktiviti ini akan memastikan dia sibuk untuk tempoh masa yang panjang dan juga dapat meningkatkan kuasa pemikirannya. 
  • Main secara interaktif dengan anak anda.. Semua kanak-kanak suka bermain dengan ibu bapa mereka. Aktiviti ini bukan sahaja akan membantu mereka supaya sibuk, tetapi ia juga dapat meningkatkan hubungan antara anak dan ibu bapanya. 
  • Kawasan larangan akan membuatkan kanak-kanak ingin lebih tahu. Oleh itu, sebaiknya dinasihatkan untuk tidak mengatakan bahawa terdapat kawasan larangan didalam rumah. Sekiranya ada, pastinya mereka akan menuju ke tempat tersebut lebih dulu. 
  • Anda boleh meletakkan bayi anda yang aktif di tempat duduk bayi atau 'rocker' dan berikannya mainan lembut. Ini dapat memberikan anak anda masa untuk duduk diam, dan dapatlah anda menguruskan kerja-kerja rumah.



  • Kenalpasti minat anak anda, beri galakan kepadanya serta memujinya supaya dia mahu bermainnya bersama-sama dengan anda. Aktiviti itu mungkin seperti membina blok, melukis, mewarna, aktiviti dapur, dan perkara-perkara yang menyeronokkan yang lain.
  • Mengadakan aktiviti seni dan kraf untuk meningkatkan tahap tumpuan.
  • Satu lagi cara yang penting untuk menjaga kanak-kanak yang aktif adalah dengan memberinya tanggungjawab dan juga beberapa kerja. Anda boleh meminta anak anda membantu mengambil barangan untuk anda, menyiram pokok ataupun mengemas barangan yang telah mereka sepahkan. 
  • Berikan beberapa kerja kepada anak anda setiap hari - sesuatu yang mereka boleh melakukan setiap hari. Apabila mereka menyelesaikan tugas mereka, jangan lupa untuk memuji mereka. Mereka akan berasa gembira dan akan lebih berminat dalam aktiviti-aktiviti dirumah untuk menerima pujian. 


Sekian sahaja perkongsian saya...






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA