Manfaat kalsium untuk kesihatan sangatlah besar. Bukan sekadar menguatkan tulang, kalsium juga memberikan kesan positif bagi seluruh tubuh.
Berikut ini lima manfaatnya untuk kesihatan yang mungkin belum anda ketahui:
Mencegah osteoporosis
Kalsium sangat penting untuk menjaga kekuatan tulang dan gigi, terlebih bagi kanak-kanak dan remaja. Kekurangan kalsium ditambah tidak mendapat asupan vitamin D akan sangat mempengaruhi kepadatan tulang.
Memasuki usia 20 tahun, kalsium akan sangat diperlukan kerana tulang sedang dalam masa perkembangan. Dan memasuki usia 30 tahun, bermulalah masa-masa pereputan tulang. Oleh kerana itu, mulailah menabung kalsium sebelum usia anda memasuki 30 tahun.
Melangsingkan tubuh
Ingin mendapatkan tubuh langsing? Rajinlah mengambil kalsium. Terbukti kalsium mampu melangsingkan kerana memberikan kesan positif pada metabolisme tubuh. Kalsium mengandungi lemak yang mudah dibakar sehingga baik untuk mencegah kenaikan berat badan. Ahli gizi menyarankan agar menyediakan produk susu tiga kali sehari dan kurangkan pengambilan kalori untuk mendapatkan diet sempurna.
Melawan PMS
Kalsium ternyata dapat mengatasi gejala-gejala PMS yang boleh mengganggu aktiviti anda. Ketika wanita tidak mendapatkan keperluan kalsium daripada produk susu dan vitamin D yang cukup, maka hormon yang berkaitan dengan kalsium di tubuh dapat bertindak balas negatif menghadapi estrogen dan progesteron. Keadaan ini menyebabkan gelaja-gejala PMS yang boleh menggangu aktiviti anda.
Para ahli pakar menyarankan, sekurang-kurangnya diperlukan 1000 mg kalsium untuk penggunaan sehari-hari ditambah 1000 hingga 2000 vitamin D.
Kalsium melawan kanser
Selain pola yang makan sihat, ternyata mengambil kalsium yang cukup mampu melawan kanser, khususnya kanser ovari dan payudara. Namun jangan sampai berlebihan dalam mengambil kalsium kerana dapat meningkatkan risiko kanser prostat. The National Cancer Institute tidak mengesyorkan suplemen kalsium untuk mencegah kanser, namun menyarankan pengambilan kalsium dalam pola diet seharian anda.
Kalsium yang menyihatkan jantung
Sebanyak 99% kalsium terdapat pada tulang dan gigi anda. Sedangkan 1% lain berperanan penting dalam fungsi tubuh, di antaranya transmisi saraf dan fungsi otot. Ketika tubuh mendapat pengambilan kalsium yang cukup maka ia berpengaruh pada kesihatan jantung kerana prestasi penghantaran saraf dan fungsi otot tubuh yang baik.
Pengambilan kalsium yang cukup juga mempengaruhi kesihatan tekanan darah. Namun sebolehnya elakkan pengambilan kalsium berlebihan (atau lebih dari 2000mg sehari) kerana dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.
Manfaat kalsium sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuh. Namun jangan sampai kurang ataupun berlebihan dalam mengambilnya.
Apapun mesti diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Makanan tambahan kalsium yang terbaik, lihat di -->> SUPPLEMENT KALSIUM TERBAIK
No comments:
Post a Comment