Apa yang Anda Cari ?

Saturday 11 October 2014

PUNCA PARAS KOLESTEROL TINGGI

Paras Kolesterol tinggi berpunca daripada pelbagai sumber dan bukan hanya tertumpu pada apa yang kita makan.


Ada yang betul-betul jaga makan, namun paras kolesterol tetap tinggi. 


Adakah paras kolesterol anda tinggi? 

Anda bukan keseorangan. Anda bersama ramai lagi orang...
Dianggarkan lebih dari 6 juta rakyat Malaysia yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Sungguh besar angka tersebut. 

Fakta.., 
1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia. Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.


Berikut adalah beberapa punca kolesterol tinggi.


Diet anda 


Makan lemak tepu yang terlalu banyak boleh menyebabkan kolesterol tinggi. Anda akan perolehi lemak ini dalam makanan yang datang dari haiwan. Seperti daging lembu, telur, mentega, dan keju. Makanan dibungkus yang mengandungi minyak kelapa, minyak sawit, atau mentega koko mungkin mempunyai banyak lemak tepu. Anda juga akan mendapati lemak tepu dalam marjerin, lemak sayuran, kentang goreng, burger cheese dan makanan ringan dan lain-lain.



Berat badan anda 


Berat badan berlebihan boleh meningkatkan trigliserida dan mengurangkan HDL (kolesterol baik). 



Kadar aktiviti anda 


Kekurangan aktiviti fizikal boleh meningkatkan LDL(kolesterol tidak baik) dan mengurangkan HDL(kolesterol baik).  Bayangkan, anda bekerja di pejabat hanya duduk didepan komputer, balik rumah terus sambung depan TV, tanpa melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan. Apa akan jadi pada kesihatan anda?



Umur anda dan jantina 


Selepas anda mencapai umur 20, tahap kolesterol anda secara semulajadi mula meningkat. Pada lelaki, kadar kolesterol umumnya mendatar selepas umur 50. Pada wanita, paras kolesterol berada agak rendah sehingga menopaus, selepas itu mereka meningkat kepada kira-kira tahap yang sama seperti lelaki.



Kesihatan anda secara keseluruhan 


Jangan skip pemeriksaan kesihatan setiap tahun, dan pastikan anda mendapat penjelasan tentang risiko penyakit jantung. Mempunyai penyakit tertentu, seperti kencing manis atau hipotiroidisme juga boleh menyebabkan kolesterol tinggi.



Sejarah keluarga anda 


Jika ahli-ahli keluarga anda mempunyai kolesterol yang tinggi, anda juga boleh.



Merokok 


Semua orang pun tahu, merokok boleh mengurangkan kolesterol baik. Dan ia boleh membunuh anda. 


CARA MENGATASI MASALAH KOLESTEROL TINGGI

No comments:

Post a Comment