Apa yang Anda Cari ?

Monday, 13 October 2014

KISAH JANNAH (Part 3)

Kisah Jannah berada hujung entry ye.


Malam ni saya berkesempatan untuk melawat blog-blog yang tak pernah pun saya kunjungi sebelum ni..seperti akubiomed.com, ariffshah.com, puterikasih.com dan banyak lagi. 


Rasa seronok tengok cara mereka berblog. Santai tapi dapat menyentuh hati pembaca dan juga ada ilmu-ilmu yang mereka selitkan. Antara ilmu yang mereka kongsikan adalah tentang perlindungan diri vs ASB loan dan tips jaga gigi anak 

Majoriti blog yang saya lawat malam ni menggunakan wordpress. Maka, dia punya outlook memang menarik ditambah lagi dengan blogger ni yang sememangnya kreatif. 

Jangan tak tahu, dari suka-suka berblog, perkongsian tentang kehidupan, tentang keluarga, mereka ni juga menghasilkan pendapatan dari blog mereka melalui nuffnang. Tidak susah, tidak perlu buat apa-apa pun, asal ada orang klik iklan nuffnang kat blog mereka, maka ada la income nya..bijak mereka ni.

blogger

Nak siapkan satu entry yang ringkas ni pun ambil masa dekat setengah jam. Kenapa? Al kisahnya sebab melayan kerenah si kecik Jannah yang tidak selesa tidur di bawah (bukan di bilik). Seperti biasa, selagi saya tidak naik ke atas, dia juga tidak akan naik. Dia akan tunggu dan tidur di bawah. Maka, tiap2 malam begini la keadaan dia. Dia akan ambik satu bantal letak di sebelah kerusi tempat saya menghadap laptop. Sekejap-sekejap dia akan merengek. Kasihan, tapi kalau saya naik sekali dengan dia, alamatnya saya pun akan tidur sekali. Nasib baik la abang dia yang 2 orang tu tak banyak hal bila disuruh naik tidur. 

Dah dekat pukul 1, tamat di sini dulu. Dia dah rengek lagi sekali. Selamat malam..eh silap..Selamat pagi..