Apa yang Anda Cari ?

Friday, 10 October 2014

BILA PEREMPUAN DATANG BULAN

Apabila perempuan datang bulan, mesti mood berubah. 

Entry ni juga sesuai untuk bacaan kaum lelaki supaya boleh bertolak ansur dengan pasangan anda yang sedang datang bulan. Bukan selalu pun. Sebulan sekali je. Kat bawah juga saya kongsikan kepada kaum perempuan yang selalu moody, bagaimana nak kawal mood yang melampau tu.




Nampak kat gambar tu, seminggu sebelum period lagi segala jenis mood keluar. Yang menakutkan bila mood pada hari period. Benda kecil dibesar-besarkan, benda remeh temeh disukar-sukarkan. Macam nak telan orang je rasanya. Bukan kata sesiapa..ni nak kata diri sendiri. Tapi rasanya takde la kritikal macam naga tu ha..






Seteruk manapun anda dilanda emosi, ana harus kawal supaya tidak memberi kesan kepada orang sekeliling. Kalau bujang, boleh la memerap je dalam bilik. Tapi, kalau anda dah berkeluarga, mana nak larinya dari anak-anak dan suami. 


Saya nak bagi tips/panduan melawan perasaan yang kacau bilau akibat rembesan hormon-hormon Gonadotrophine (GnRH):


  1. Sedar diri yang anda sedang datang bulan. Berusaha untuk bertenang jika rasa nak marah orang.
  2. Bayangkan huduhnya wajah anda ketika sedang marah.
  3. Mandi dengan kerap..sebab kadang-kadang kita bila datang bulan senang nak marah sebab rimas dan badan tak selesa akibat berpeluh dan berminyak.
  4. Ingat marah tu dari setan..Jangan biarkan setan menguasai diri anda.
  5. Elak daripada menyertai aktiviti di tempat ramai orang, banyakkan aktiviti yang private.
  6. Banyaklah berehat. Jangan nak aktif sangat sebab bila kedatangan kebulanan ini, perempuan jadi lemah badan dan lenguh-lenguh, tak bermaya jadinya cepat nak naik angin. Suri rumah pulak, buat kerja cepat-cepat, lepas tu rehat lah..
  7. Tarik nafas bila rasa nak marah dan tak puas hati.
  8. Menangislah untuk meluahkan kemarahan anda...Anda akan tenang selepasnya.



No comments:

Post a Comment