Apa yang Anda Cari ?

Tuesday, 14 October 2014

KENAPA PERLU AJAR ANAK CARA BERSIN

Masa makan tengah hari semalam, Along cerita yang kawan kelasnya bersin kena dekat dia. Kemudian dia tanya, "kenapa mama suruh Along bersin macam ni? (dia lakukan seperti dalam gambar dibawah). Dalam kelas Along, cuma Along dengan Arissa je yang bersin macam tu. Kwan-kawan yang lain bersin je kat orang."

cara bersin yang betul
cara bersin

Berdasarkan topik yang Along keluarkan semalam, saya nak kongsikan sikit tentang kenapa kita perlu ajar anak kita cara bersin yang betul.




Sebelum itu ;

Bersin yang terlalu kerap melebihi daripada tiga kali adalah menandakan seseorang itu kemungkinan akibat diserang penyakit selsema.

Daripada lyas bin Salamah bin Al-Akwa’, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah ﷺ  bersabda: “Orang yang bersin itu didoakan sehingga tiga kali. Adapun jika lebih (dari tiga kali), maka dia itu terkena selsema.” (Hadis Riwayat Ibnu Majjahr.a.)


Dari Iyas bin Salamah dari ayahnya dari Nabi ﷺ  seperti hadis di atas, “Seorang lelaki bersin berhampiran Rasulullah ﷺ  dan saya melihatnya, maka Rasulullah bersabda : “Yarhamukallahu” (Semoga belas kasih Allah untukmu), kemudian ia bersin lagi, maka Rasulullah bersabda : “Orang ini terkena selsema.” dan Nabi mengatakan, “Kamu selsema!” pada bersin yang ketiga.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi r.a.)

Selain daripada mendoakan orang yang bersin, penting untuk kita menutup muka ketika bersin. Apabila kita bersin, hendaklah kita memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain.

Daripada Abu Hurairah: “Sesungguhnya Nabi ﷺ  kalau bersin menutup mukanya dengan tangan atau dengan kain bajunya dan merendahkan suaranya.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi r.a.)



Kenapa perlu ajar anak cara bersin dengan betul?


Menutup muka dengan saputangan 

Bagi anak-anak kita yang sedang aktif, tak kan mahunya dia sentiasa memegang saputangan. kalau diberi saputangan, ntah kemana dia campak. Jadi, bila mereka bersin, mereka akan terus sembur kemana saje ataupun menutup muka dengan tangan. 

Menutup muka dengan tapak tangan 

Kanak-kanak ni mana rajin nak pergi bilik air untuk basuh tangan bila lepas bersin.  Kemudian, virus ditangan akan tersebar dengan cepat melalui sentuhan. Lepas tu tangan pegang kawan, pegang meja, pegang buku, lepas tu kawan pulak pegang buku tu. Kawan pulak yang dapat penyakit. 



Inilah sebab dan salah satu punca anak-anak ditaska mudah diserang penyakit. 



Jawapan saya pada soalan Along "Along suka ke kalau kawan along bagi penyakit dekat Along?" 

Dia jawab "Takkkk"



Lepas bercerita LAGI dengan panjang lebar, yang tulis LAGI tu sebab sebelum ni pun dah bernah bagitahu...saya pun sambung..."Sebab tu lah Mama suruh Along tekap muka pada lengan. Kemungkinan lengan kita untuk bersentuh dengan orang adalah susah. Dari Along sorang sakit, selsema, nanti habis satu kelas kena selsema. Kan tak elok macam tu."




Cara mudah untuk ajar, bagitahu cara yang betul dan cerita kenapa. Kemudian, setiap kali bila dia bersin ingatkan dia lagi bagaimana cara yang betul. Jangan aspect ajar sekali dah boleh ikut..Kena ingatkan beberapa kali jugak la.

Bila kita ajar anak yang sulong, automatik anak-anak yang lain akan ikut walaupun yang kecil baru setahun lebih. Sebab dia dah mula faham dan mula mengkiut apa orang sekeliling buat.



Saya pernah rasa bila anak setiap 2 minggu akan demam dan selsema ketika duduk di taska. Memang tertekan jugak masa tu sebab asik nak bagi anak makan ubat. 



Dan perkara biasa di taska, hingus meleleh lap kat tangan, kemudian tangan tu pegang kawan-kawan. Bersin pun bersepah-sepah, sembur kat kawan. Peranan kita sebagai ibu untuk didik anak cara bagaimana cara bersin dengan betul. Tak kan nak harap pengasuh kat taska tu nak ajar. 



Bila anak-anak mula bersin, saya mula bagi NUTRIFERON untuk kuatkan sistem imun mereka.

kuatkan sistem imun
NUTRIFERON

Sekian je cara bersin dari saya..


Banyak dugaan dalam menyiapkan satu entry..Maklumlah buat entry sambil anak-anak berlegar depan mata dengan ragam masing-masing. Lepas ni dah boleh mula masak untuk makan tengah hari..