Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 15 October 2014

KISAH JANNAH (Part 4)



"Ulat....kuar. Jangan duduk dalam gigi Nana. Nanti gigi Nana rosak"
 Itulah dialog saya setiap hari ketika menggosok gigi Jannah. 

Pagi ni, dari bilik air kedengaran suara Jannah berdialog yang lebih kurang sama.
"Yat...war. Angan dok alam gigi nana. Gigi nana encak" macam tu la bunyinya....lepas tu dia gelak..

Senyum la saya sorang-sorang kat dapur..

Ini bukan gambar Jannah.

Sebenarnya, dialog ni telah saya gunakan sejak Along masa kecik, masa dia baru mula belajar gosok gigi ketika usia setahun. Dialog yang sama saya gunakan untuk Soleh dan Jannah. Mula-mula tu, susah juga nak gosok gigi budak-budak ni. Tapi dengan dialog tersebut, ia memudahkan proses menggosok gigi mereka. Dan ketiga-tiga pun sama, lepas saya gosokkan gigi, mereka akan sambung gosok sendiri.

Sebut pasal penjagaan gigi, mak saya memang betul-betul menjaga gigi kami. Bila gigi susu mula goyang, mak akan suruh kami goyang je gigi tu bagi cepat tercabut. Supaya gigi baru yang akan tumbuh, duduk sebaris, tidak berlapis-lapis. Berkat usaha mak, memang gigi saya cantik tersusun. Eh puji diri sendiri pulak. Tapi..betul, doktor gigi puji gigi saya. Selain doktor, boss tempat kerja masa interview pun puji gigi saya Jadi, rasa malu la kalau saya tak boleh nak jaga gigi anak-anak yang cuma 3 orang je. Mak saya jaga gigi kami 9 beradik..


Ni la rupa gigi berlapis bila gigi depan tak cabut, dan gigi kekal pulak tumbuh.
masalah gigi
gigi berlapis


Untuk memastikan gigi anak cantik dan tidak rosak, maka kurangkan la junk food pada anak-anak. Seperti jajan, ice cream, gula-gula, coklat dan benda-benda yang merapu kat luar tu. Apa-pun, kita kena ajar dari kecik. Kalau dah 5 tahun baru nak ajar, memang agak susah sikit.