Apa yang Anda Cari ?

Monday 1 September 2014

MENYESAL CUBA PRODUK SHAKLEE

Aku mula mencuba produk Shaklee pada awal tahun 2011. Masa tu beli trial pack set menyusu. Berbulan-bulan gak la beli trial pack ni. Tu yang menyesal, bila dah guna dan rasa produk ni bagus, beli pulak full pack supplement untuk husband sekali. Mcam-macam aku beli, untuk kulit la, untuk otak la, untuk gout la..

Kemudian, Pengedar tu offer pulak untuk jadi ahli..Register lah aku pada tengah tahun 2011. Dah 2 tahun lebih la jugak. Tengok tu, tak pasal-pasal pulak sampai tahap daftar keahlian. Ingat nak cuba je..tak ke menyesal, kena lagi keluar duit RM75 untuk pendaftaran.

Pendaftaran sebanyak RM75, mahal kan?..dengan gaji yang masa tu tak sampai pun RM2000...Bulan ke-2 selepas register, aku ada la beli barang. Masa tu tak ambik tau pun tentang bonus, point. Tup tup bulan berikutnya aku perasan ada duit masuk dalam akaun maybank, dalam RM30++..Dekat 2 minggu aku tertanya-tanya mana datangnya duit tu..Masa tu sumber pendapatan hanyalah dengan kerja Glomac. Entah kenapa, selalu pulak aku tengok maybank2u tu. Mengharap duit turun dari langit kot.. Dalam pikir-pikr mana datang duit, sampai pulak Envlope dari Shaklee, dalam tu ada statement BONUS. BONUS? PELIK bin AJAIB..Eh Eh!..amount dia sama la dengan duit yang masuk dalam Maybank. masa tu senyum kegembiraan la...sebab tau beli barang dapat cash rebate...

Lepas tu, cari balik upline, bagitau Shaklee bagi bonus. Upline kata kalau nak buat duit dengan Shaklee, bagitau dia. Dia akan ajarkan selok belok..Tapi tak terus buat keputusan masa tu..Lama jugak la baru buat keputusan untuk buat side income..Dapat sekadar RM500++ sebulan cukuplah untuk cover takaful dan duit taska anak-anak. 

Mula la buat blog, page dan banyak benda yang aku TERPAKSA belajar..buang masa betul..Malam-malam dok hadap blog dan page sebab siang hari bekerja. Bila anak-anak dah tidur baru boleh buka laptop. Tiap-tiap bulan bonus bertambah. Tak sampai 6 bulan aku dapat 2 kali ganda dari apa yang aku jangkakan. Dapat dalam RM1000++.okay la tu..boleh gak hulur lebih pada mak abah.

Lepas 2 tahun, bonus Shaklee lebih dari gaji aku makan gaji. Gaji masa tu RM2200++. Dengan bonus dan gaji, memang dah cukup selesa. Dapatla menyimpan. sebelum tu tak pernah menyimpan pun. Harapkan menyimpan kat ETIQA je la..

Apa yang buat aku lagi MENYESAL? Bila bonus Shaklee bulan-bulan dah masyukkkkk, mula la rasa malas nak kerja. Nak berhenti...aku pun RESIGN pada February 2014..,Bila dah berhenti kerja, takde lagi la istilah Cuti tahun, MC, Bonus tahunan, Medical Claim, Company trip (eh! ade ke company trip?), Yang ada adalah anak-anak beserta keletah mereka yang membuatkan mulut aku tak diam.

TAPI, Rupanya bila aku duduk rumah,.......ada pulak dugaan duduk rumah ni..
DUGAAN SURI RUMAHTANGGA.


Oh Tidak!!!!!

INGIN SERTAI KAMI MENJADI SURIRUMAH BERDUIT?
Hubungi saya di 017-3725667  (SMS/Whatsapp/Telegram/Wechat)
Bersedia membantu anda dari Zero ke Hero..


Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017.3725667. Nak call pun boleh...

2 comments:

  1. Best la sis boleh buat income lebih dri gji bulanan..

    ReplyDelete
  2. Memang best..lagi best bila dapat besarkan anak2 sendiri..tak perlu maid atau nurseri atau pengasuh.

    ReplyDelete