Apa yang Anda Cari ?

Friday, 29 August 2014

Betul ke KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI

Ini dia tip bagaimana anda (suami) mahu mendapat layanan yang tip top dari isteri anda..



JADI ISTERI SEBENARNYA TIDAK PENAT JIKA....

Dari tinta seorang penulis.. Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama2 bekerja. Namun kerja rumah dia yg buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak2. Suami tolong sikit2 sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami...letih..penat..tension...

Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.

Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.

Bukan ikut budaya Melayu.. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sgt kerja, suami tolong sikit2...Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yg hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali...

Sebab tu perempuan yg baik ialah perempuan yg bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis...



Wajib bagi wanita ..
💃bercantik2 untuk suami,
💃menyayanginya sepenuh hati,
💃berlemah lembut padanya,
💃tidak meninggikan suara,
💃setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,
💃berkata baik padanya.
💃sentiasa syukur
💃sentiasa bermanis muka.

Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking2 suami, ada pula mood2 hari ni nak bercakap, esok nak diam....ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis2....

JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.

Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtanggTUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
😎suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
😎siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
😎siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri?
👩Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis.
👩Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja d i rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp)
Email : tollgategirl@yahoo.com
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment