Apa yang Anda Cari ?

Saturday, 9 April 2016

Kenapa Jannah muntah secara tiba-tiba?

Tiba-tiba budak ni muntah pukul 12.45 tengah hari tadi masa kami semua sedang bersiap nak pergi kenduri kawin sepupu mak.

Muntah sekali banyak. Tak sampai beberapa minit, muntah lagi. Akhirnya kami buat keputusan batal pergi kenduri.

Confuse, apakah puncanya. Malam tadi dia makan, sarapan pagi tadi mcm biasa, lunch pun macam biasa dan menu yang sama dengan orang lain. Pukul 11 bagi dia dan abang-abangnya ubat batuk hurix sebab mereka ni batuk.

Pukul 1 lebih, buat keputusan untuk ke klinik tapi waktu tu time rehat. Banyak klinik tengah tutup. Klinik Izaham punyalah ramai orang dan doktor pun tengah solat. Patah balik ke bukit Indah, klinik Burhauddin pun tutup. Tunggu sampai pukul 2.

Dalam pada tu entah berapa kali lagi Jannah muntah.

Pkl 2.15 sampai Klinik Burhanuddin tp doktor belum sampai. Sementara tunggu doktor sampai, 2 kali nurse kena kemas sofa sebab Jannah muntah. Tu tak kira lagi yg muntah dalam plastik..

Minum setengah cawan, muntah balik 3 cawan. Ia agak menakutkan saya.

Masuk jumpa doktor dan terus dinasihatkan untuk terus ke hospital. Doktor nak bagi surat. Tapi saya buat keputusan untuk ambik ubat tahan muntah je.

Balik rumah, bagi ubat dan air garam tapi semua tu keluar balik. Berterusan lagi muntah sampai pukul 4.45.

Sekarang pukul 6.45, Jannah masih tidur. Harapnya dia bangun nanti dah takde muntah lagi.

Jannah kuat. Nak sekolah kena cepat sihat. Dia yang sungguh berselera makan tiba-tiba jadi tak nak makan langsung. Hanya nak minum sahaja itupun keluar balik.

Saya sedih...