Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 19 November 2014

Kalau dah sihat, buat apa nak makan supplement. Nanti terlebih racun dalam badan.

Saya terbaca komen seseorang, katanya..
"Kalau sihat buat apa nak makan supplement nanti terlebih racun dalam badan". Supplement mengarut?




Saya tak  tahu la penulis ni tersalah taip atau apa..
Setahu saya, "Kalau sihat buat apa nak makan ubat" bukannya supplement. 


Kita rasa kita sihat tu sebab tak nak makan supplement. Nanti terlebih racun dalam badan. Bila sakit makan ubat klinik/hospital yang dah terang-terang dibuat dari bahan kimia dan dadah. Boleh pulak? Tak pulak risau terlebih bahan kimia dalam badan. Macam mana tu?


Bagi yang blur tentang pemakanan sihat, tentang nutrisi, dan tak tahu tentang apa-apa tentang supplement, mungkin akan rasa.."Oh ye la..betul la apa dia komen tu. nasib baik aku tak makan supplement"

Tapi sekiranya yang membaca tu ada sedikit banyak tentang ilmu pemakanan seimbang, nutrisi, maka kita akan senyum je bila baca apa yang dia tulis.

Kasihan...., mungkin yang menulis tu tidak dapat pendedahan tentang nutrisi ataupun telah disogokkan dengan kata-kata yang negatif tentang supplement.. 

Supplement tak sama dengan ubat ye. Sebelum sakit la kita kena amalkan supplement. Yang kena ambil masa sakit adalah Ubat..

Supplement berperanan membantu melengkapkan apa yang kurang dalam badan kita supaya sel, tisu dan organ dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik. 

Kita memerlukan supplement kerana makanan harian kita tidak lagi mengikut piramid makanan dan tidak dapat memenuhi keperluan tubuh badan. Lagi-lagi dengan zaman sekarang ni yang makanan banyak diproses, diawet untuk tahan lebih lama, tumbuhan yang banyak diubahsuai genetiknya, kawasan persekitaran yang semakin tercemar, asap rokok merata-rata, maka lebih mudah la badan kita tercemar dan akibatnya bermacam-macam la penyakit yang datang.

Anda takut nak makan supplement? Sebabnya selalu dengar orang kata produk A bahaya, produk B tiada kelulusan KKM, produk C ada streoid, produk D boleh bebankan buah pinggang dan produk E pulak beracun.

Maka, kaji dulu produk tersebut sebelum kita membuat keputusan untuk mengambilnya. Sebaiknya ambil suplement yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi, bukan bahan kimia atau dari bahan yang telah diubahsuai genetiknya.

Hairan, tak nak makan supplement sebab racun, tapi guna produk pencuci muka, krim muka dari bahan kimia boleh pulak? Makan sosej, nugget, maggi, sardin, KFC, McD..tak risau ke bahan pengawet tu meresap dalam badan dan akan menjejaskan sel-sel dalam badan? Ce pikir.

Lepas tu, bila dah sakit makan pulak ubat. Ubat klinik, farmasi, hospital rata-ratanya adalah dari bahan kimia. Lagi kerap kita makan ubat-ubat, maka lagi banyak la bahan kimia termendap dalam badan kita. 

Mana lagi bagus, makan supplement dari bahan semulajadi atau ubat dari bahan kimia?

Penyakit kita sekarang adalah berdasarkan pemakanan kita sebelum-sebelum ni dan juga gaya hidup kita. 

Jadi, ajar la anak-anak kita untuk mendapatkan makanan yang sihat supaya kesihatan mereka kelak lebih terjaga.

Sukar mencari supplement yang betul-betul selamat untuk dimakan? Klik Sini -->>SUPPLEMENT YANG DIUJI SECARA KLINIKAL UNTUK MEMASTIKAN KEBERKESANAN DAN SELAMAT.

No comments:

Post a Comment