Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 1 October 2014

BAHAYA KAFEIN PADA KANAK-KANAK

Entry ini saya kongsikan atas sebab saya telah memberi anak saya minum kopi petang tadi, dan saya telah nampak kesannya. Kafein bukan hanya ada pada Kopi dan Nescafee. Banyak lagi yang anda perlu tahu demi kesihatan anak-anak anda.

Saya nak kongsikan kesan kafein pada kanak-kanak.



Kebanyakan ibu bapa tidak akan akan memberi air kopi kepada anak-anak secara langsung, namun secara tidak perasan, sebenarnya anak anda minum minuman berkafein. Sekiranya anak anda penggemar minuman ringan, anda patut tahu yang minuman ringan sebenarnya mengandungi kafein. Makanan dan minuman yang mengandungi kafein ada di mana-mana. Anda adalah seorang yang bijak sekiranya anda menghadkan pengambilan kafein terutama pada anak kecil anda. 

coffee


Bagaimana KafeinMemberi kesan tidak baik pada Kanak-kanak 

Kafein merupakan perangsang yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kafein dihasilkan secara semula jadi dari dalam daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Kafein juga dibuat secara tiruan dan ditambah kepada makanan tertentu. Kafein ditakrifkan sebagai dadah kerana ia merangsang sistem saraf pusat. Pada tahap lebih rendah, ia boleh membuat orang berasa lebih peka dan bertenaga. 


Untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa, terlalu banyak kafein boleh menyebabkan: 


  • rasa berdebar dan cemas 
  • sakit perut 
  • sakit kepala 
  • kesukaran menumpukan perhatian 
  • sukar untuk tidur 
  • meningkat kadar jantung 
  • tekanan darah meningkat 
  • Pada kanak-kanak, kuantiti kafein yang diperlukan tidak banyak untuk mendapatkan gejala-gejala diatas. 



Berikut adalah beberapa sebab-sebab lain untuk menghadkan penggunaan kafein pada kanak-kanak: 


  • Bagi kanak-kanak penggemar minuman ringan yang mengandungi kafein, pengambilan lebih 12-auns sehari adalah 60% lebih cenderung untuk menjadi gemuk (obesiti). 
  • Minuman berkafein sering mengandungi kalori kosong (kalori yang tidak memberikan apa-apa nutrien), dan anak-anak yang kenyang dengan kalori kosong ini tidak mendapat vitamin dan mineral yang mereka perlukan, dan ini meletakkan mereka pada risiko untuk kekurangan nutrisi. 
  • Khususnya, anak-anak yang minum terlalu banyak soda, boleh terlepas dari mendapat kalsium yang diperlukan daripada susu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. 
  • Minum terlalu banyak minuman manis yang mengandungi kafein boleh menyebabkan kaviti gigi dan hakisan enamel gigi. 
  • Kafein adalah diuretik yang menyebabkan badan untuk menyingkirkan air (melalui air kecil), yang boleh menyumbang kepada dehidrasi. 
  • Berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba boleh menyebabkan gejala sakit kepala, sakit otot, kemurungan sementara, dan cepat marah, terutamanya bagi mereka yang sudah biasa mengambil kafein dengan banyak. 
  • Kafein boleh membuat masalah jantung atau gangguan saraf teruk, dan biasanya kanak-kanak tidak tahu akibat buruk ini. 



Makanan dan Minuman yang Mengandungi Kafein 


Selain kafein daripada soda, kanak-kanak juga mendapat kafein daripada kopi, teh, coklat, ais krim kopi atau yogurt beku, dan juga ubat penahan sakit. Sesetengah ibu bapa memberi anak-anak mereka teh ais bagi menggantikan soda dan berfikir bahawa itu alternatif yang lebih baik. Tetapi teh ais boleh mengandungi lebih banyak gula dan kafein daripada soda.


Tahap Sensitiviti Kafein

Sensitiviti kafein merujuk kepada jumlah kafein yang akan menghasilkan kesan dalam seseorang, yang berbeza-beza dari seorang ke seorang. Secara purata, lebih kecil orang itu, kafein yang diperlukan adalah kurang untuk menghasilkan kesan sampingan. Bagaimanapun, sensitiviti kafein yang paling terjejas bila pengambilan kafein setiap hari. 

Orang yang kerap minum minuman yang mengandungi kafein, lama-kelamaan tahap kepekaannya akan berkurangan. Ini bermakna mereka akan memerlukan dos kafein yang lebih tinggi mencapai kesan yang sama seperti seseorang yang kurang mengambil kafein. 

Kafein bergerak melalui badan dalam tempoh beberapa jam dan kemudiannya disalurkan melalui air kencing (kencing). Ia tidak disimpan dalam badan, tetapi kanak-kanak mungkin merasa kesannya sehingga 6 jam jika mereka sensitif kepada kafein. 



Sebagai ibu bapa, kita perlu menjaga pemakanan anak-anak kita yang tidak tahu akibat buruk sesuatu makanan.

Kalau sayang anak, jagalah pemakanan mereka..Dan ianya bermula dari kita sendiri..


---------------------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"



HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA






















* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. FB : Ummi Hanifah Abd Halim Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com * COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN HANYA ONLINE SAHAJA DENGAN HANYA MENDAFTAR AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"

No comments:

Post a Comment