Apa yang Anda Cari ?

Saturday, 20 September 2014

Kisah Jannah (part 2)

Joget di depan SOGO.


Itulah gelagat Jannah dan Soleh hari ni.

Sementara menunggu ayahnya buat kerja kat Sheraton Hotel, aku pun berjalan kaki dari Sheraton Hotel ke Sogo. Memang tiada niat nak shopping mahupun masuk ke dalam Sogo..hanya nak bersantai kat luar tu je..ye la, bawa cash pun tak sampai RM10.

Duduk ditangga Sogo yg berhampiran dengan orang cacat penglihatan yang menyanyi. Lagu pulak sedap-sedap. Apa lagi Soleh dan Jannah turun ke tempat laluan orang ramai dan mula berjoget. Datang pula seorang budak lebih kurang sebaya dgn Jannah pun join sekali joget. Menjadi-jadi la mereka berjoget dari satu lagu ke satu lagu.

Setiap orang yang lalu,pasti akan senyum tengok mereka berjoget dan sambil senyum kat aku. Diorang tau la kot yang aku ni mak kepada budak-budak yang berjoget tu.

Setelah sejam lebih duduk di tangga Sogo, aku dan anak-anak berjalan kaki ke surau ke masjid ntah yang ada kat dalam ibu pejabat polis berhampiran dengan Sogo tu. Macam biasa kat dalam tu pun dia berlari dan berguling sakan. Nasib baik masa tu dah dekat pukul 3 dan tempat solat tu dah lengang.

Memang mencabar jaga anak-anak yang tidak boleh duduk diam. Dimana-mana pun mereka tidak akan boleh duduk diam di satu-satu tempat untuk tempoh lebih dari satu minit melainkan atas arahan babah mereka.

Penat tapi seronok..