Apa yang Anda Cari ?

Saturday 27 September 2014

KENAPA IBU MENGANDUNG MEMERLUKAN VITAMIN



Apakah vitamin ibu mengandung? 


Makan makanan yang sihat adalah satu perakara yang sangat bagus dan merupakan pilihan yang bijak, terutamanya semasa mengandung. Mengambil Vitamin tambahan semasa mengandung juga merupakan satu idea yang baik untuk membantu mengimbangi sebarang kekurangan nutrisi dalam diet ibu. 

Vitamin untuk ibu mengandung terdiri daripada vitamin dan mineral. Umumnya, semua ibu tahu tetang kepentingan Asid Folik, zat besi, dan kalsium.




Asid folik 


Asid folik membantu mencegah kecacatan kelahiran tiub neural, yang memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang. 


Kecacatan tiub neural berkembang di dalam 28 hari pertama selepas persenyawaan, iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu yang mereka mengandung. Kira-kira separuh daripada kehamilan adalah tidak dirancang, mala dengan itu disyorkan wanita yang subur dan merancang untuk hamil mengambil 400mcg asid folik setiap hari, bermula sebelum persenyawaan lagi dan berterusan untuk tempoh 12 minggu pertama kehamilan. 


Makanan yang mengandungi asid folik termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, kacang, buah-buahan sitrus, dan banyak lagi makanan yang kaya dengan asid folik. Anda melakukan pilihan yang bijak sekiranya mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik dengan jumlah yang betul sebagai sokongan. 



Kalsium



Kalsium juga penting untuk ibu yang mengandung. Bayi yang semakin membesar di dalam rahim ibunya memerlukan banyak kalsium untuk membina tulang. Kalsium semakin perlu semasa 3 bulan terakhir kehamilan. Jika ibu tidak mendapat kalsium yang cukup, bayi akan menarik apa yang diperlukan daripada tulang ibu. Kalsium membantu menghalang daripada kehilangan kepadatan tulang ibu. 



Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah..ketika hamil si ibu mempunyai kelebihan yang membantu melindungi kalsium si ibu dalam beberapa cara: 

  • Ibu yang mengandung menyerap kalsium daripada makanan dan makanan tambahan yang lebih baik daripada wanita yang tidak hamil. Ini terjadi pada separuh terakhir kehamilan, apabila bayi berkembang dengan cepat dan memerlukan kalsium yang banyak. 
  • Semasa mengandung, wanita menghasilkan lebih estrogen iaitu hormon yang melindungi tulang. 
  • Kehilangan jisim tulang semasa mengandung biasanya akan dikembalikan dalam masa beberapa bulan selepas bersalin atau beberapa bulan selepas penyusuan bayi dihentikan.



Zat Besi


Mengapa ibu mengandung memerlukan zat besi? 

Walaupun ketika tidak hamil, badan anda tetap memerlukan zat besi kerana:

  • Ia adalah penting untuk membuat hemoglobin, protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel lain. 
  • Ia merupakan satu komponen penting dalam myoglobin ( protein yang membantu membekalkan oksigen ke otot anda), kolagen (protein dalam tulang, rawan dan tisu penghubung yang lain), dan juga enzim-enzim lain. 
  • Ia membantu untuk mengekalkan sistem imun yang sihat. 

Ketika hamil anda memerlukan lebih banyak Zat besi. Sebabnya: 

  • Jumlah darah dalam badan anda bertambah semasa mengandung sehingga anda mempunyai darah hampir 50 peratus lebih daripada biasa, jadi anda perlu lebih banyak zat besi untuk membuat lebih banyak hemoglobin. 
  • Anda memerlukan zat besi tambahan untuk plasenta dan juga bayi yang semakin membesar, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. 
  • Ramai ibu hamil memerlukan lebih zat besi kerana diet makanan meraka yang kurang mineral penting ini. 
  • Anemia-kekurangan zat besi semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran pramatang, berat kelahiran rendah, dan kematian bayi.





Diatas adalah 3 vitamin dan mineral yang paling penting untuk ibu yang sedang mengandung. Jangan ambil mudah pada 3 perkara ini. Walaupun anda memang jenis yang tidak suka, tidak biasa ataupun tidak boleh makan vitamin/pil, nasihat saya anda cuba lah sedaya upaya demi kebaikan anda dan juga bayi.  Saya dulu juga bukan jenis yang makan makanan tambahan, tapi bila pikir tentang kesihatan, saya gagahkan juga telan Vitamin. Pada permulaan memang agak sukar, lama-kelamaan dah menjadi rutin. 

Sayangi diri dan bayi anda








"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"





HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi





COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA


















* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. FB : Ummi Hanifah Abd Halim Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com * COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN HANYA ONLINE SAHAJA DENGAN HANYA MENDAFTAR AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"

No comments:

Post a Comment