Jika anda tidak ada masa untuk ke gym, aerobik, zumba, berjogging atau apa juga yang seangkatan dengannya, tidak mengapa. Saya juga seorang ibu yang mempunyai anak kecil, memang agak sukar untuk kita tinggalkan anak kecil semata-mata untuk perkara tersebut.
Ada cara lain untuk membakar kalori, tanpa perlu meninggalkan anak kecil sendirian dirumah.
Anda boleh membakar kalori dengan melakukan kerja-kerja rumah, terutamanya bila anda melakukannya dengan kerap. Semakin bersungguh-sungguh anda melakukan kerja-kerja rumah, lebih banyak kalori yang akan terbakar. Itulah antara sebabnya ibu yang duduk dirumah ni kurus je..Banyak kalori dia terbakar rupanya..
Untuk mengekalkan berat badan yang seimbang, Kalori yang masuk hendaklah sama dengan kalori yang keluar dari badan kita.
Untuk menurunkan berat badan pula, Kalori yang masuk hendaklah lebih sedikit dari Kalori yang keluar.
Jadi, kalau nak kurus, jangan makan banyak, tapi lakukan aktiviti-aktiviti yang bleh membakar kalori dengan banyak.
Mari kita tengok kerja-kerja rumah yang boleh membakar kalori.
Membasuh pinggan mangkuk
Jangan risau dengan longgokan pinggan mangkuk, kuali dan periuk di sinki dapur anda. Menyental kotoran degil akan membakar kira-kira 160 kalori setiap setengah jam. Jadi, jangan cuba untuk beli mesin basuh pinggan mangkuk pulak ye..
Mengemop Lantai
Sememangnya kerja anda jadi mudah bila menggunakan mop untuk mencuci lantai dapur. Namun, cuba anda tolak mop itu ke tepi dan anda turun ke lantai dan memberus lantai dengan bersungguh-sungguh. Bukan sahaja lantai anda akan kelihatan lebih bersih, tetapi anda juga akan membakar lebih banyak kalori. Menyental lantai dapur atau mana-mana lantai, anda membakar kira-kira 400 kalori sejam. Menarik kan? Kalau nak bakar lebih kalori, buat la...
Memvakum permaidani akan membantu lengan dan kaki anda membakar kalori, terutamanya jika vakum anda berat. Satu jam memvakum membakar lebih kurang 180 kalori. Jika anda vakum hanya menggunakan satu tangan sahaja, anda tidak mendapatkan lebih senaman. Jadi, setiap sesi tukar kan tangan yang bekerja. Dengan cara ini, kedua-dua tangan anda bekerja bersama-sama.
Dobi
Kerja mendobi dijalankan seminggu sekali bagi yang sibuk bekerja. Anda hanya sumbatkan baju kotor kedalam mesin. Sekiranya mesin anda tidak secanggih mesin saya yang memerlukan saya untuk sidai, maka anda berpeluang untuk membakar lebih kalori berbanding mereka yang menggunakan mesin basuh siap hingga ke kering yang hanya membakar 200 kalori. Selepas kering, pakaian perlu digosok. Jangan cuba berpikir untuk hantar ke dobi untuk digosok, sebaiknya anda gosok baju anda sendiri. ini menambah lagi pembakaran sebanyak 140 kalori untuk setiap jam. Menarik kan..
Mengelap cermin
Habuk dan debu biasanya tidak ambil berat ketika menjalankan kerja harian, tetapi ia masih boleh membantu anda membakar kalori. Jika anda membersihkan debu selama setengah jam berterusan, anda akan membakar kira-kira 50 kalori.
Mencuci tingkap bukan sahaja akan membawa lebih banyak cahaya matahari ke dalam rumah anda, ia juga akan membakar kalori. Mengelap dari belah atas tingkap ke bawah tingkap, akan membakar kira-kira 250 kalori sejam. Sebaiknya gunakan kedua-dua belah tangan secara bergilir-gilir.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya banyak kerja-kerja rumah yang boleh menyumbang kepada berat badan yang sihat. Hanya kita yang bijak memilih ataupun tidak..
Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil, lebih banyak kalori anda akan terbakar. Tidak banyak yang boleh mereka lakukan sendiri ataupun menolong kita. Anak-anak kecil menyumbang kepada berat badan yang sihat. hehehehe
No comments:
Post a Comment