Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 20 August 2014

Makanan yang membantu anda untuk kurus.

Daripada anda berlapar, menyekat selera makan anda semata-mata untuk kurus ataupun untuk mengurangkan berat badan, lebih baik anda makan. Tapi, pilih la makanan yang boleh menyihatkan sekaligus boleh mengurangkan berat badan.

APAKAH MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN.

1. TELUR
Telur kaya dengan Protein dan terbukti dapat mengurangkan selera makan dan memberi rasa kenyang lebih lama..

2. SUP
Sup kaya dengan nutrisi dan kurang kalori.

3. KULIT KAYU MANIS
Kayu manis boleh menurunkan paras gula dalam darah dan meningkatkan tahap insulin. Ia adalah faktor-faktor yang perlu untuk memerangi komplikasi kesihatan seperti kencing manis dan obesiti. Apa kata anda cuba taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis ke atas roti bakar ataupun ke dalam teh anda..

4. KACANG
Kacang seperti badam, pecans dan walnut bukan sahaja membantu menyingkirkan lemak perut dan dada, tetapi juga baik untuk jantung anda kerana mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi.

5. CUKA
Asid asetik dalam cuka dikatakan melambatkan laluan makanan ke dalam usus kecil daripada perut - oleh itu, perut terisi penuh untuk tempoh yang lebih lama.

6. SALAD
Mulakan sajian anda dengan Salad. Kajian menunjukkan mereka yg memulakan makanan dengan salad akan makan 12% lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil salad.

Selamat menikmati makanan yang menyihatkan..

SELAMAT MENURUNKAN BERAT BADAN!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
FB : Ummi Hanifah Abd Halim
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) Email : tollgategirl@yahoo.com
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment