Apa yang Anda Cari ?

Monday, 1 October 2012

MASALAH KETIKA MENGANDUNG


Adakah anda sedang hamil? Ada tak anda mengalami masalah kesihatan? Biasala tu, adat orang mengandung...badan anda dah berubah, hormon anda dah berubah, namun itu satu nikmat..

Mari kita tengok masalah yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung dan apakah jalan penyelesaiannya..


Berikut adalah beberapa masalah yang MUNGKIN dihadapi oleh bakal ibu.


Sakit Pinggang

PUNCA
  • Tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; sperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik.
  • Bahu yang tegang atau belakang dan oto-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Kuatkan otot-otot anda dengan gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang perlahan.
  • Tidurlah di atas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun.
  • Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut tersebut akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung. Ini akan mengakibatkan kedudukan tubuh dan menyebabkan ketegangan. 

LANGKAH PENYELESAIAN
  • Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya. Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang.
  • Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.
  •  Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (girdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. Menggerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.


Sembelit


PUNCA
  • Hormon yang melembutkan otot-otot usus menyebabkannya kurang cekap bekerja.
  • Pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan.
  • Rahim yang semakin membesar menekan usus besar. 

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti dengan memakan salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang ditumbuk bersih hingga putih.
  • Meminum banyak air, yakni antara enam hingga lapan gelas sehari.
  • Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran.

PENAWAR
  • Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.
  • Letakkan kaki di atas baldi yang diterbalikkan dan renggangkan kaki ketika membuang najis. Kedudukan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir.
  • Jika usaha ini gagal, ada baiknya segera menemui doktor.


Kejang


PUNCA
  • Peredaran darah yang kurang baik
  • Kekurangan kalsium
  • Terlalu banyak fosforus.
  • Perkara tersebut boleh menyebabkan kejang betis @ kaki. 

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, beras ceruh, hati.
  • Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu, tetapi jika terlalu banyak minum susu MUNGKIN akan menyerap banyak fosforus. Sederhanakanlah dalam pengambilan pemakanan tersebut.
  • Anda juga mungkin kekurangan garam ( terutamanya dalam cuaca yang sangat panas ) jadi makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.

PENAWAR
  • Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari ( terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring ). Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai


Pening dan Pitam


PUNCA
  • Berdiri lama, bilik yang terlalu panas, kekurangan udara, kurang darah, tekanan darah rendah.
  • Ini boleh berlaku bila-bila masa ketika hamil, tetapi biasanya tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap bayi.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Pakailah baju yang tidak menyimpan hawa panas.
  • Bawalah kipas tangan.
  • Pindahkanlah berat tubuh dari satu kaki kepada kaki yang satu lagi, sekiranya terpaksa berdiri lama.
  • Elakkan daripada berbaring di atas belakang kerana berat rahim menekan salur-salur darah yang utama dan melambatkan pengambilan darah ke jantung. Sebaliknya, letakkanlah bantal di atas belakang anda. Bangun perlahan-lahan, kerana tekanan darah anda menjadi rendah apabila anda berkeadaan santai atau relax.

 PENAWAR
  • Apabila kepala anda mula terasa ringan, cuba tekan tapak kaki ke lantai dengan kuat.
  • Baringlah dengan mengiring, di atas sisi sehingga rasa pening hilang.


Buasir


PUNCA
  •  Saluran darah tersimpul (vena varikos). Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit-birit.

PENCEGAHAN
  • Cuba jangan meneran ketika membuang najis.
  • Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman lantai. Ketatkan dan kendurkan otot-otot di celah kaki anda sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggalkan paha anda di atas bantal, atau berlutut dengan cara bersujud untuk beberapa ketika 

PENAWAR
  • Penggunaan krim daripada doktor.
  • Mengambil seulas bawang putih yang telah dikupas, kemudian letakkan di anus pada waktu malam.
  • Untuk mengecutkan vena yang bengkak, cuba basahkan bahagian yang sakit dengan ais. Insya-Allah rasa sakit akan berkurangan.


Pedih Ulu Hati


PUNCA
  • Hormon yang melembutkan pencerut yang menutup perut anda, membenarkan makanan separa hadam kembali ke gulet di mana asid-asid perut menyebabkan kesakitan. Setiap kali ini berlaku, kesakitannya seperti menitiskan air limau ke atas jari yang luka.
  • Tambahan pula, apabila usia kehamilan meningkat, kedudukan dan saiz bayi turut menambahkan lagi tekanan ke atas pencerut 

PENCEGAHAN
  • Apabila anda mula terasa terbakar di dada anda, cuba elakkan ia daripada terus melarat.
  • Makanlah makanan secara kerap tetapi sedikit-sedikit.
  • Hindari makanan berminyak dan kunyahlah makanan berulang-ulang kali.
  • Minumlah susu sejuk selepas makan untuk meneutralkan asid perut.
  • Hindari daripada berbaring lurus atau membengkokkan tubuh daripada pinggang kerana ia meletakkan di atas injap jantung yang telah menjadi lembut 

PENAWAR
  • Tegakkan belakang anda di atas bantal ketika tidur untuk beberapa malam ATAU tinggikan bahagian kepala katil supaya bahagian pedih dapat pulih kembali.
  • Gunakanlah kaedah-kaedah pencegahan yang telah dinyatakan di atas.



Urat Bersimpul


PUNCA
  • Hormon melembutkan pembuluh (vena) di kaki dan faraj anda.
  • Begitu juga bayi yang membesar di dalam kandungan menambah tekanan ke atas vena tersebut. Vena verikos cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan.
  • Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan berwarna biru, merupakan tanda-tanda berlakunya gejala ini.

 PENCEGAHAN
  • Amalkan diet yang baik. Makanlah makanan yang mengandungi banyak vitamin.
  • Berjalanlah untuk memperbaiki peredaran darah anda.
  • Ketatkan dan longgarkan lutut anda secara berselang-seli ketika duduk.
  • Pindahkan dari kaki kiri ke kaki kanan atau sebaliknya apabila anda terpaksa berdiri lama.
  • Elakkan tekanan seperti memakai pakaian ketat, cth; jeans, tights
  • JANGAN berdiri sekiranya adan boleh duduk dan berbaringlah apabila berpeluang.

PENAWAR
  • Amalkan pencegahan yang disenaraikan di atas.
  • Tinggikan paha dan kaki di atas bantal.
  • Vena verikos pada vulvu akan hilang selepas kelahiran bayi, manakala pada kaki, ia akan bertambah bail apabila hormon berkurangan.


Anda mungkin berminat dengan -->> MAKANAN TAMBAHAN IBU MENGANDUNG bagi meningkatkan tahap kesihatan ketika hamil supaya tempoh 9 bulan anda itu adalah satu detik yang indah bukan menyeksakan..


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA


Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?
INGIN SERTAI KAMI MENJADI SURIRUMAH BERDUIT?
Anda ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Anda mahu tahu kelebihan jadi Ahli Shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


No comments:

Post a Comment