Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 27 June 2012

VITAMIN UNTUK WANITA

WANITA DAN KESIHATAN
WANITA SIHAT
Kesihatan merangkumi aspek-aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan saikologi serta jiwa dan rohani. Setiap aspek ini patutlah dititikberatkan sama-rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita.Malah ramai di kalangan kita yang mengabaikan, tidak mengambil berat atau tidak peduli langsung tentang kesihatan diri sendiri.
1. Isu- isu utama kesihatan wanita
2. Beberapa langkah untuk mengawal kesihatan wanita
2.1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita 


2.2 Amalan pemakanan - 
Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.
Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganyatetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.


 2.3 Riadah dan gerak tubuh - 
Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidret dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.
Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.
Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.
Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.


 2.4 Menangkis tekanan jiwa atau stress - 

Berhubungan dengan kesihatan wanita, kita sering kaitkan wanita dalam perananya untuk penzuriatan atau kelahiran bayi, kesuburan dan kemandulan, hubungan seksual antara suami isteri, penyakit-penyakit ginekologi, atau penyakit yang melibatkan organ-organ peranakan dan lain-lain alat yang dikaitkan dengan reproduksi manusia.
Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalah tinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.

Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentukpada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal. Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.

Setelah mengetahui janganlah kita mengambil sikap sambil lewa, kita patut mengambil langkah-langkah positif untuk menjaga dan mengesan penyakit di peringkat awal.Jika langkah-langkah penjagaan kesihatan dilakukan terus-menerus dan sempurna, Insya-Allah penyakit tidak akan menyerang kita. 
VITAMIN UNTUK WANITA
Di SHAKLEE kami menyarankan GLA Complex, Ostematrix dan OmegaGuard untuk Wanita.
Kebaikannya adalah : 
1) Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
2) Menggalakkan kulit yang cantik
3) Menggalakkan tulang yang kuat
4) Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
5) Melegakan sakit-sakit sendi.

Tidakkah anda sayang akan diri anda???
Jika anda sayang akan diri anda, SMS saya ke 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan harga yang istimewa.


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment