Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 27 June 2012

SUSU IBU MERUDUM DIBULAN PUASA?


SUSU IBU MERUDUM?

Bagaimana agaknya keadaan ibu-ibu menjelang bulan puasa yang akan datang? Adakah masih lagi dapat meneruskan penyusuan dan sesi mengepam seperti biasa? Kebiasaan di bulan Ramadhan, ramai ibu-ibu akan mengeluh kerana pengeluaran susu mereka akan menurun berbanding biasa. Seperti biasa, saya akan pastikan dahulu adakah ibu-ibu ini benar-benar telah melakukan apa yang patut dilakukan, iaitu :

1. Kekerapan mengosongkan payudara - sama ada kerap menyusukan si kecil atau mengepam 
2. Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3L

Ada terdapat ibu-ibu yang mengurangkan sesi mengepam mereka. Katanya sebab mahu cepat pulang ke rumah. Sudah dikurangkan, tidak pula diganti. Oleh itu, saya selalu mencadangkan kepada ibu-ibu berkenaan supaya mengganti semula sesi mengepam mereka pada malam hari. Sekiranya sebelum ini hanya mengepam 3 kali di pejabat dan 2 kali di rumah, cuba untuk melakukan sebaliknya, iaitu 2 kali di pejabat dan 3 kali di rumah.
Ataupun, tambahkan satu sesi lagi apabila di rumah. Pengurangan satu sesi mengepam menyebabkan stok susu tidak lagi sama seperti sebelum. Contoh : setiap sesi pam dapat 3oz, jadi jumlah keseluruhan untuk hari itu ialah (3oz x 5) 15oz. Bila satu sesi tidak dibuat, jumlah susu ialah 12oz. Bukan itu sahaj, lama kelamaan, susu pada waktu sesi yang dilompat/dikurangkan itu tidak lagi terhasil. Jadi, ibu-ibu, fikirkanlah yang mana terbaik untuk ibu-ibu ya!

Bulan puasa macamana nak minum 3L air? Kan kita hanya ada waktu berbuka dan sahur sahaja? Boleh ke nak minum sampai 3L? Ini adalah soalan-soalan yang sering diutarakan kepada saya. Pasti boleh! Walaupun hanya dengan waktu berbuka dan sahur. Kebiasaannya ibu-ibu yang menyusukan lebih haus berbanding lapar. Jadi, pada waktu berbuka sehingga malam, pastikan ibu-ibu minum ~2L. Jadi pada waktu sahur nanti tinggal ~1L lagi.

Namun begitu, masih ada ibu-ibu mengeluh untuk menghabiskan jumlah air ini. Disebabkan itu, saya cadangkan kepada ibu-ibu untuk minum energy booster iaitu Performance Drink (Performance Orange). PD mempunyai OptiCarb yang membantu mengekalkan kandungan hidrolit dalam badan. Jadi, badan tidak terlalu kering dan produksi susu tidak terganggu dengan banyak. InsyaAllah, sekurang-kurangnya ibu-ibu tidak lagi stress sepanjang bulan Ramadhan ini.

Dapatkan Performance Drink dengan harga yang istimewa , *free postage untuk pelanggan disekitar lembah klang. SMS saya 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com

*tertakluk kpd terma dan syarat

No comments:

Post a Comment