Apa yang Anda Cari ?

Tuesday, 11 November 2014

GAMBAR KAWASAN TANAH RUNTUH KETIKA DALAM PERJALANAN KE CAMERON HIGHLAND

Nak kongsi dengan korang gambar-gambar tanah runtuh sepanjang perjalanan pergi dan balik kami ke Cameroh Highland hujung minggu lepas.


Kami sekeluarga bersama 4 biji kereta geng-geng Silat Cekak ke Cameron Highland. Perancangan telah dibuat sejak 1 bulan yang lepas. Walaupun berita mengatakan terdapat banjir di Tanah Rata namun hasrat kami tetap diteruskan.


Bergerak pada hari Jumaat pagi, Along pun ponteng sekolah. 


Dari Sungai Buloh, keluar kat Exit Tapah dan lalu jalan yang berliku-liku. Sepanjang jalan yang berliku tersebut, terdapat banyak kesan tanah runtuh di lereng-lereng bukit. Sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ni. Perasaan saya seakan teruja. 

Sempat jugak la bercerita dengan Along bagaimana kejadian tanah runtuh boleh berlaku.









Di jalan-jalan yang berliku tu terdapat beberapa pondok buloh tempat orang asli berniaga. Dan kelihatan beberapa budak memakai pakaian sekolah sedang menunggu bas untuk ke sekolah. 


Sampai di Cameron semuanya berjalan lancar. Tak pergi pun tempat yang dikatan banjir tu. Sebab kawasan banjir tu adalah kawasan penginapan diorang dan bukannya tempat untuk dilawati. 


Sepanjang di Cameron Highland, cuaca boleh dikatakan baik. Hanya gerimis sahaja dan tidak pun mengganggu program kami disana.



Perjalan balik pun kami gunakan jalan yang sama. Perjalan kali ni disertai dengan hujan, kabus, jalan licin dan juga tanah runtuh menjadikan perjalanan kami lebih mencabar. Walaupun sekadar menjadi co-pilot, namun mata tetap fokus kepada jalan. 


Apapun yang kita buat, kita mesti FOKUS..FOKUS..FOKUS..



 Dalam keadaan hujan dan keadaan yang berisiko tu,  operasi pembersihan tanah runtuh tetap dijalankan. Terharu gak melihat mereka yang bekerja ditengah-hujan macam tu. Kalau kita rasa kerja kita susah, ada lagi yang lebih susah dari kita.



Sepanjang perjalan hanya satu sahaja kemalangan, lori kecil terbalik.



Apapun, seronok dapat merasai pengalaman tersebut, sesuatu yang baru dalam hidup saya. 

Cerita tentang Cameron Highland dan gambar-gambar menarik disana akan saya kongsikan di lain artikel ye.


No comments:

Post a Comment