Apa yang Anda Cari ?

Tuesday, 28 October 2014

KUNJUNGAN 40 ORANG ANAK-ANAK SYURGA KE RUMAH SAYA.

Hari ni saya menerima kunjungan 40 anak-anak dari Smart Soleh Integrated Pre- School (SSIP). Bulan Oktober punya tema untuk SSIP adalah adab bertandang ke rumah Jiran. 


Dan saya adalah jiran kepada SSIP. Perancangan untuk bertandang kerumah saya telah diberitahu oleh Pengurus SSIP, Puan Zulia sejak 2 bulan yang lepas. Maka hari ini, dengan suka hati saya menerima kunjungan mereka.


Pukul 9 pagi, anak-anak bergerak dari SSIP siap dengan buah tangan dari SSIP untuk tuan rumah.


Sampai dirumah saya, ucapan oleh Teacher Sha, Pengurus SSIP dan saya juga dijemput untuk bercakap. ish ish ish. Kemudian anak-anak membaca surah Ya Siin ayat 1 hingga ayat 15, dan juga bacaan doa.

Selesai bacaan doa, diteruskan pula dengan upacara sambutan hari jadi untuk anak-anak yang menyambut hari lahir bulan September dan Oktober. Banyak pula kek diorang ni. Makanan pun banyak. Tuan rumah cuma sediakan air Ribena je..Kelas kau Jah.....

Dan setiap anak-anak yang menyambut hari lahir, dapat hadiah dari SSIP termasuk la anak Tuan Rumah. 

Tepat pukul 11 pagi, anak-anak bergerak balik ke SSIP dan tinggal Teacher dan Tuan rumah mengemas rumah. 


Saya ringkaskan sikit apa yang teacher tu ajar kat anak-anak ketika bertandang ke rumah jiran.

  1. Tidak boleh bising
  2. tidak boleh berlari
  3. Minta izin jika hendakkan sesuatu
  4. diam ketika orang sedang bercakap
Tapi tadi teacher tak cakap pun kena bawa buah tangan..
Saya dapat sebekas bahulu, sebakul buah-buahan dan juga satu set pinggan & cawan.
Rejeki..rejeki...

Smart Soleh Integrated Pre-School terbaik!!!!!