Apa yang Anda Cari ?

Tuesday, 23 September 2014

KEBAIKAN VITAMIN E PADA KULIT

Minyak Vitamin E serba boleh. 


Vitamin E
Ia menggalakkan penyembuhan dan merupakan bahan aktif dalam kebanyakan produk untuk kulit dan kuku. Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang menghalang penuaan pra-matang (proses penuaan yang tidak semula jadi, seperti pendedahan cahaya matahari yang berlebihan dan gaya hidup yang tidak sihat)
Dalam diet harian anda, perlu ada Vitamin E. Anda boleh beli minyak Vitamin E yang terbaik dari saya. Kapsul Vitamin E boleh dicucuk bagi mengeluarkan minyaknya untuk disapu pada kulit. 



Faedah Vitamin E


Kedutan 

Kedutan berpunca dari umur, kerosakan radikal bebas, penjagaan kulit yang tidak betul dan tabiat buruk seperti merokok dan minum arak. Menurut buku "Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease" minyak vitamin E menghalang pembentukan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Ia merawat kedutan dengan meningkatkan pengeluaran kolagen, penyambungan tisu yang menganjalkan kulit. Miyak Vitamin E juga merawat kedutan dengan menyokong pertumbuhan sel kulit baru dan mempercepatkan pertumbuhan semula sel. 


Rawatan malam 

Minyak Vitamin E memberikan kelembapan pada kulit dan antioksidan untuk proses penyembuhan kulit. Walau bagaimanapun, ada yang tidak selesa menjadikan minyak Vitamin E ini sebagai pelembap kerana ia tebal dan melekit. Menjadikan minya Vitamin E sebagai pelembap ketika tidur adalah sesuai untuk memelihara kulit. Campurkan minyak vitamin E dengan minyak zaitun untuk sapuan yang lebih licin dan lebih kebaikan untuk kulit. Minyak zaitun mengandungi 'Oleic Acid' yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.


Parut 

Tisu parut adalah kulit degil yang berpunca dari luka akibat melecur, luka akibat pembedahan ataupun luka-luka kecil. Minyak vitamin E membantu untuk merawat parut dan mencegah parut menjadi teruk akibat sebarang jenis luka, dengan cara masuk ke bawah permukaan kulit bagi menghalang radikal bebas. Radikal bebas berbahaya kepada parut kerana ia menghalang kepada penyembuha tisu parut. Diane Irons, pengarang "911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget," menerangkan bahawa kuasa antioksida yang kuat dalam vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen, yang memberikan keanjalan kulit dan sekaligus tiada tisu parut.


Tompokan perang/hitam 

Tompok perang pada kulit disebabkan oleh penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Minyak Vitamin E menghalang dan membaiki kerosakan akibat radikal bebas. Apabila disapu pada tompok perang pada kulit, ia membantu untuk mencerahkan dan melicinkan kulit kasar dengan melincirkan membran sel dan menggalakkan pertumbuhan semula sel. 


Kutikel 

kutikel
Minyak vitamin E adalah satu rawatan yang paling berkesan untuk Kutikel kering dan retak. Dengan meletakkan beberapa titik minyak vitamin E kepada kuku dan kutikel, ia dapat membantu 'rehydrate' dan melicinkan kuku serta mencegah ianya daripada berlaku lagi.. 







Ini hanya sebahagian manfaat Vitamin E. Untuk lebih lanjut tentang Vitamin E anda boleh lihat di KEBAIKAN VITAMIN E PADA WANITA dan RAHSIA DISEBALIK VITAMIN E




"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

HUBUNGI SAYA
Email: tollgategirl@yahoo.com
H/P no: 017 3725667
FB: Ummi Hanifah Abd Halim
Instagram: mamaummi


 COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

No comments:

Post a Comment