Apa yang Anda Cari ?

Saturday 13 September 2014

JENIS-JENIS VITAMIN DAN FUNGSINYA

Sebelum ni saya telah kongsikan apakah itu Vitamin. Pengambilan vitamin-vitamin yang mencukupi setiap hari penting dalam memastikan tubuh badan kita sentiasa ‘tip-top’ dalam menjalankan fungsi-fungsi dalaman yang penting. Kekurangan vitamin-vitamin tertentu sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit serius seperti Skurvy (Vitamin C), Rickets (Vitamin D), dan penyakit berkaitan rabun malam (Vitamin A).


Kali ni saya nak berkongsi pula jenis-jenis Vitamin, fungsi serta sumber daripada makanan. 


Secara umumnya, Vitamin boleh dikelaskan kepada 2, iaitu vitamin larut lemak, dan vitamin larut air



1 – Vitamin Larut Lemak


Vitamin A (perkusornya, Beta Carotene)
Fungsi: pertumbuhan normal, integriti kulit, penglihatan, dan perkembangan tulang.
Sumber: Lepa susu, kuning telur, buah-buahan tertentu (prunes, nanas, oranges, limau, and cantaloupe), tumbuhan berdaun hijau, dan lobak merah.

Vitamin D
Fungsi: Pertumbuhan tulang dan gigi, membantu penyerapan Calcium ke dalam tulang
Sumber: Cahaya matahari (kulit akan menghasilkan Vitamin D), susu, minyak ikan kod, salmon, kuning telur, mentega

Vitamin E
Fungsi: antioxidant, melindungi dinding sel, dan pembaikan luka
Sumber: Hampir dalam semua buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak sayuran

Vitamin K
Fungsi: Pembekuan darah
Sumber: Lemak, oat, gandum, rye, alfalfa, juga dihasilkan oleh bakteria di usus



2 – Vitamin Larut Air


Vitamin B1 (thiamine)
Fungsi: pertumbuhan, selera makan, dan metabolisma karbohidrat (pembebasan tenaga).
Sumber: Gandum penuh, kekacang, kuning telur, buah-buahan, kebanyakan sayur-sayuran

Vitamin B2 (riboflavin)
Fungsi: pertumbuhan dan metabolisma sel (pembebasan tenaga).
Sumber: Hati, daging, ayam, telur, susu, dan sayuran hijau

Vitamin B3 (niacin)
Fungsi: fungsi neurological (saraf), sistem pencernaan, kesihatan kulit
Sumber: Hati, daging, ayam, sayuran hijau

Vitamin B6 (pyridoxine)
Fungsi: metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber: Daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan

Vitamin B12 (cobalamin)
Fungsi: fungsi neurological (saraf), pembentukan DNA dan sel baru, serta pencegahan anemia
Sumber: Sayuran hijau, makanan organ binatang, daging, dan makanan laut. Tidak terdapat dalam tumbuhan.

Vitamin C (ascorbic acid)
Fungsi: pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak
Sumber: Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.

Folic Acid
Fungsi: pembentukan DNA dan sel baru, terutamanya sel darah merah
Sumber: Sayuran hijau, legum, biji (kuaci, labu), jus oren, hati.

Vitamin B5 (Pantothenic Acid)
Fungsi: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan

Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus.


Senarai vitamin-vitamin di atas memang sukar dan leceh untuk dihafal satu-persatu. Dalam dunia yang serba moden sekarang ini, persekitaran yang sibuk mengehadkan kita untuk mengenal pasti, apakah makanan yang bakal diambil itu mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan, atau sebaliknya. 

Dalam situasi seperti ini, supplemen Multivitamin amat membantu dalam melengkapkan nutrisi diet harian seseorang individu. Sebiji pil multivitamin sudah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient (bukan sahaja vitamin, tetapi mineral) yang diperlukan untuk fungsi-fungsi penting tubuh badan.


Satu lagi yang satu nak ambil perhatian. Makanan segera menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat. Dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Namun, saya tidak mengamalkan pengambilan makanan segera dalam apa bentuk ke dalam keluarga saya.



Elakkan mengambil makanan segera


Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu.
Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.
Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.



Kesan mengambil makanan segera



1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan padaplastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
4. Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?




Senarai makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan



Apa? Anda baru lepas makan mi segera? Mesti sedap kan? Tapi anda kena ingat, mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai makanan harian. Hendak tahu kenapa? Perencah mi segera itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.
Kalau anda hendak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:
Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi.



Makanan yang boleh menggantikan vitamin



Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.

ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Sekiranya anda tidak suka untuk mengambil makanan tambahan, maka dapatkanlah daripada sumber-sumber sayuran dan buahan.







"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN, ONLINE SAHAJA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

No comments:

Post a Comment