Apa yang Anda Cari ?

Saturday 16 August 2014

MEMAHAMI BACAAN PARAS KOLESTEROL


Siapa yang tidak tahu bagaimana nak tahu paras kolestrol kita tinggi atau rendah? Ye...kalau anda nak tahu, teruskan baca supaya yang tidak tahu jadi tahu, dan dapatlah kita menaiktaraf tahap kesihatan kita dan keluarga.


Kolestrol sebenarnya memang sangat diperlukan oleh badan kita. Tetapi kita harus mengawal paras kolestrol tersebut agar tidak memudaratkan badan kita. Tinggi rendah paras kolesterol pada badan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya Pemakanan, Merokok, Minuman keras, Tekanan dan Penyakit hati.


punca kolestrol tinggi

Anda perlu membuat pemeriksaan setiap 3 bulan sekali sekiranya berumur 30 tahun untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Terutamanya jika anda cenderung dengan faktor-faktor yg mempengaruhi peningkatan kolestrol seperti diatas. Bacaan kolestrol boleh dibuat melalui ujian darah. Maksudnya darah anda perlu diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian. Anda boleh terus ke klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta ataupun terus ke makmal seperti Pathlab untuk membuat pemeriksaan. Kebiasaanya 3 bacaan asas akan di berikan oleh doktor (jika di KKM) iaitu bacaan paras kolesterol, bacaan ALT (liver function test) dan bacaan Triglyceride.

Bacaan paras kolesterol ialah untuk mengetahui sama ada paras kolesterol dalam darah anda berada di paras selamat atau tinggi, bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan low-density lipoprotein cholesterol (LHL). Normal bacaan untuk Paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.

Bacaan ALT pula adalah untuk mengetahui ketoksidan hati ataupun tahap kerosakan pada hati anda. Jika bacaan kolesterol anda tinggi, melebihi 5.2mg/dl, bacaan ALT juga akan turut naik kerana ia berkait langsung dengan hati anda yang membekalkan LDL dan HDL. Bacaan Normal untuk ALT ialah 40 IU/L

Di dalam darah terdapat 3 jenis lemak utama iaitu Kolesterol, Triglyceride dan fosfolipid. Oleh kerana darah kita komponen utamanya ialah air, maka 3 jenis lemak ini memerlukan sejenis protien untuk menjadikan ia larut dan dipanggil Apoprotien. 3 jenis lemak dan Apoprotien ini dipanggil Lipoprotien dan bergerak didalam salur darah kita bersama2 dengan darah. Walau bagaimanapun Triglyceride adalah jenis lemak yg melekat pada bawah sel kulit dan mudah teroksida hingga menyebabkan kerosakan pada LDL dan HDL kemudian membebankan dinding salur darah. Makanya, jika bacaan Triglyceride tinggi, juga sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah. Bacaan normal Triglyceride mestilah tidak melebihi 2.0md/dl.




Sekarang boleh la memantau paras kolesterol anda yer...Bila paras kolesterol baik, ALT dan Triglycerides juga akan normal. Dan jangan lupa amalkan Phytocol-st, dan Omega Guard untuk memastikan kolesterol anda berada di paras normal! 

Anda mungkin nak tau Tips2 untuk menurunkan paras kolesterol..


Untuk Maklumat lanjut mengenai Produk Shaklee dan Harga, sila berhubung terus dengan saya di tollgategirl@yahoo.com atau boleh SMS/Whatsapp saya di 017 372 5667. Nak call pun boleh...

No comments:

Post a Comment