Apa yang Anda Cari ?

Thursday, 26 September 2013

Penyusuan susu ibu bukan lah satu fenomena atau satu trend.

Ingat!!! Penyusuan susu ibu bukan lah satu fenomena atau satu trend.

Jangan terlalu taksub hanya disebabkan ramai wanita di sekeliling anda yang menyusukan bayi. Tak salah jadikan mereka sebagai contoh, namun jangan lupa anda harus mendalami ilmu tentang penyusuan susu ibu. Tanpa ilmu, sukar untuk anda berjaya memberikan bayi anda sepenuhnya susu ibu.

Kebelakangan ini, saya jumpa beberapa orang yang baru bergelar ibu tak kurang juga yang sudah mempunyai beberapa anak tidak faham akan konsep sebenar penyusuan susu ibu.

Banyak yang perlu diketahu selain daripada KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU.
Apa lagi yang perlu anda tahu :

  • bagaimana untuk stimulate susu
  • posisi dan pelekapan yang baik
  • keadaan2 yang boleh menggangu penyusuan susu ibu
  • kaedah penyimpanan susu ibu
  • teknik memerah susu
  • teknik menggalakkan pengaliran susu
Jangan bergantung pada milk booster semata-mata dan akhirnya anda salahkan milk booster bila anda tidak berjaya memberi bayi anda susu badan.

Nak berikan yang terbaik untuk anak bukan lah mudah. Anda harus banyak bersabar, rajin, berusaha dan sanggup mempelajari sesuatu yang anda rasa tidak perlu..