Apa yang Anda Cari ?

Tuesday, 20 August 2013

VITAMIN UNTUK LELAKI

Jun adalah Minggu Kesihatan Lelaki termasuk juga Hari Bapa, dengan matlamat sekaligus meningkatkan kesedaran kepada lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki mengenai masalah kesihatan boleh dicegah.
Saya menyokong dengan sepenuh hati untuk semua lelaki hidup dalam SIHAT! Supaya dapat menjaga isteri, anak-anak, ibu bapa...
vitamin untuk lelaki
Perkara-perkara mudah yang boleh kita lakukan untuk membantu mencegah masalah kesihatan lelaki antaranya kekal aktif secara fizikal, tidur dan rehat yang mencukupi, makan makanan yang sihat, mengekalkan berat badan yang sihat serta pandai menguruskan tekanan.

Kita semua suka makan, jadi mari kita fokus pada pemakanan yang baik dan berat badan yang sihat di kalangan kaum lelaki. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebarangkalian obesiti di kalangan lelaki di seluruh dunia telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 1980. Ramai di antara kita telah selesa dalam gaya hidup 'overweight' yang boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat tekanan darah tinggi, rintangan insulin, diabetes, dan penyakit jantung.

Satu faktor dalam wabak obesiti moden hari ini adalah saiz hidangan makanan di rumah dan restoran sejak 40 tahun yang lalu yang semakin meningkat "supersizing". Kita perlu mengurangkan jumlah pengambilan kalori, dan ini melibatkan makan makanan yang sihat dan mengurangkan kuantiti pada masa yang sama.

Berikut adalah beberapa tips untuk orang lelaki supaya dapat mengekalkan berat badan yang sihat:
• Makan sarapan sihat yang termasuk protein, karbohidrat gandum, dan buah-buahan. Bijirin gandum, susu, dan pisang, atau protein yang sihat dicampur dengan beri adalah pilihan yang baik untuk memulakan hari anda.
• Jangan takut untuk berkongsi hidangan yang besar dengan rakan kongsi makan anda. Ini kemungkinan dapat mengurangkan makan berlebihan serta menjimatkan wang.
• Banyakkan makan makanan yang berasaskan tumbuhan. Penulis Michael Pollan mencadangkan bahawa kita Makan makanan, Tidak terlalu banyak. Banyakan tumbuh-tumbuhan. Nasihat yang hebat kerana makanan daripada tumbuhan kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, dan fitonutrien, dan boleh membantu mengurangkan pengambilan lemak dan kolesterol. Dapatkan 7 hingga 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
• Elakkan snek berkalori tinggi seperti kentang goreng dan lain-lain makanan yang diproses.
• Pilih snek bijak, termasuk buah-buahan segar dan kering seperti epal, pisang, anggur, kismis  atau lain-lain pilihan sihat seperti batang lobak merah atau kacang bergaram.
• Elakan pengambilan minuman berkalori yang tinggi kandungan gula. Cuba minum lebih banyak air kosong atau teh.
Dapatkan makanan tambahan. Terutamanya Multivitamin, vitamin D, dan Asid Lemak Omega-3
SHAKLEE menyarankan : Omega Guard, Vita-E Complex dan Zinc Complex dimana ia membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. 
Vitamin untuk Lelaki

Kebaikannya : 
 1) Memelihara kesihatan prostat
 2) Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
 3) Memelihara jantung yang sihat
 4) Membantu mengekalkan tekanan darah normal
 5) Mengawal tahap kolestrol yang sihat.

Hari ini pendekatan sebenar adalah untuk makan mengikut keperluan dan memberi tumpuan kepada makanan yang menyihatkan dan saiz hidangan. Bersama-sama dengan senaman yang konsisten, makanan boleh membantu kita untuk menjadi orang-orang yang layak dipanggil sihat dan menjadi seperti apa yang kita inginkan.

Dapatkan makanan tambahan dari SHAKLEE dengan harga istimewa dari saya. SMS ke 0173725667 atau email ke tollgategirl@yahoo.com

No comments:

Post a Comment