Apa yang Anda Cari ?

Monday, 22 December 2014

KELAS AEROBIK SAUJANA UTAMA 3 MEMBAKAR LEMAK DAN MEMBUANG SELULIT

Baru balik dari kelas aerobik. Start pukul 8.30pm habis pukul 10pm. Kutingglkan anak-anak dengan babah mereka kat rumah.
kelas aerobik saujana utama
kelas aerobik wanita

Seronok rasanya dapat mengeluarkan peluh. Dah lama tak bersukan, berjogging dan bersenam. Bukannya takde masa, tapi lebih kepada malas. Bila ada orang ajak terus bersemangat, tanpa pikir 10 kali.

Lokasinya kat Saujana Utama 3, atas kedai khat (sebelah burger Lava). Sampai-sampai terkejut gak, mak ai ramainya. Semua perempuan, tempat tertutup dan selesa. Inipun katanya takde la ramai sangat, biasanya lagi ramai. Tak boleh nak upload gambar kat sini nanti mendedahkan aurat kaum wanita lain pulak.

Dengan coach yang maybe dah nak masuk umur 50an, tapi badan cergas dan body pun mantap. Ye la, orang dah biasa beraerobik tak sama la dengan orang yang tidak. Rata-rata kat dalam tu adalah mak-mak orang yang nak dapatkan kembali kecergasan dan bentuk badan yang langsing. 

Biasanya aerobik ni ambil masa sejam je, tapi hari ni dia lanjutkan dekat ke sejam  setengah. memang puas hati. Yang lagi puas hati adalah masuk secara percuma. Bukan untuk semua orag ye. Tapi untuk mereka yang baru pertama kali datang.

Step orang pertama kali datang? Pasti la ke laut...Ada aku kisah? Janji peluh keluar. 1 jam lebih non-stop. Lepas tu tak pulak bawa bekal air. Padan muka aku.


Bayaran dia ada dua pilihan. Sama ada walkin dan bayar atau sign up. Untuk yang walk-in sekali masuk RM10. 
Dan untuk yang sign up ada 3 pilihan:

  1. 8 sessi RM69
  2. 12 sessi RM99
  3. unlimited up to 42 sessi RM120.
Bagi aku bayaran ni okey la memandangkan aku yang tak reti nak aerobik sendiri.

Yang lagi best adalah masa aerobik. Kalau orang tak boleh datang malam, ada pilihan untuk datang sessi pagi atau petang. Sehari ada 3 sessi. Mula anak sekolah nanti, aku nak pergi sessi pagi lepas hantar anak-anak pergi sekolah. Malam-malam boleh la menghadap anak-anak dan pelajaran mereka. kan kan kan..

Orang Saujana Utama, jom la sama-sama kita mengeluarkan peluh selama sejam. Dapat seminggu sekali pun ok la..

Penghargaan buat kak Iz yang telah memberi peluang pada aku untuk keluarkan peluh.