Apa yang Anda Cari ?

Thursday 23 October 2014

SIMULASI SI CILIK CERDIK HAJI


Pada 2 oktober yang lepas, eh dah lama dah tu, baru nak cerita kat sini.....Along pergi program Simulasi Si Cilik Cerdik Haji yang diadakan di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 

Pada mulanya, Along tak nak pergi sebab dia ingat kena pergi haji betul-betul. Bila kat sekolah buat latihan dan teacher bagi penerangan, baru dia tau dan nak pulak pergi. Tapi masa tu tarikh untuk penyertaan dah pun tutup. Atas jasa baik penasihat SSIP iaitu Puan Zulia, akhirnya dapat jugak along menyelit masuk program tu.


Ini lah dia para peserta program dari SSIP
Dari pakaian, passport, sling bag, flight ticket, rambut tahallul pun ada... seperti betu-betul pergi haji. 

 Sampai ke tempat simulasi dari SSIP










Program tersebut mendapat liputan dari medial elektronik dan media cetak. Wajah along tak terkecuali dari masuk ke kaca skrin TV. 




 Semoga Along dapat pergi Haji cepat-cepat, tak perlu nak tunggu dah berusia baru jejak kaki ke tanah suci..


No comments:

Post a Comment