Hari ni saya nak catitkan disini panduan untuk memarahi anak.
Hendak marah anak pun ada panduan ke? Iye..wahai ibu bapa...
Memarahi anak secara mendadak, tiba-tiba dan tanpa berfikir jernih akan mendorong anak menjadi kebal hukuman. Ia tidak lagi takut terkena herdikan, cubitan atau bahkan pukulan yang paling keras sekalipun..Boleh marah anak tetapi bukan untuk menuruti emosi kita...
Ada cara bijak untuk memarahi anak.
Cara Bijak Memarahi Anak
Part 1
Kekadang kita harus memarahi anak, ini bukan bererti kita meninggalkan kelembutan, sebab memarahi dan sikap lemah-lembut bukanlah dua hal yang bertentangan.Kita selalunya tidak mampu meredakan emosi tatkala berdepan perilaku anak yang kurang sopan. Kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahan tetapi kerana ingin meluahkan rasa marah.
Memang bukan mudah untuk menahan tatkala berhadapan situasi ini, namun kita PERLU TERUS MENERUS BELAJAR MEREDAKAN EMOSI saat menghadapi anak, terutama semasa menghadapi perilaku mereka yang membuat kita ingin berteriak dan melalak. Jika kita tidak berjaya menahan emosi itu, teguran kita tidak akan efektif. Bahkan anak kita akan semakin menunjukkan "kenakalannya"..Betul tak?
Walau sesulit mana dan masih sering gagal untuk menahannya...kita perlu berusaha untuk MENENANGKAN EMOSI saat menghadapi anak sebelum menegur mereka, SEBELUM kita MEMARAHI mereka..
Part 2:
Ajarkan kepada mereka konsekuensi (akibat/kesan), bukan ancaman
Anak-anak belajar dari kita. Mereka suka mengancam kerana kita sering mengancam. Mereka melihat bahawa dengan cara mengancam, apa yang diinginkannya dapat tercapai.. Dari kita, mereka juga belajar meluapkan kemarahannya untuk menunjukkan "kenakalannya". Namun begitu ada juga banyak faktor luar seperti rakan sebaya yang mempengaruhi yang boleh mengubah tingkahlaku anak.
Cara ancaman pada anak seringkali tidak menghasilkan perubahan yang baik. Ancaman tidak banyak memberi manfaat untuk menghentikan kenakalan anak atau perilaku yang membuatkan sejuk mata memandangnya.
Sebaliknya ancaman akan membuatkan anak merasa ibu bapanya tidak menyayangi ketika kita meneriakkan ancaman di telinga mereka. Kita asyik memberi ancaman kepada mereka kita sering lupa menunjukkan apa yang seharusnya dilakukan oleh anak...
"Adik jangan kacau abang nak buat kerja sekolah"
"Jangan melompat nanti tumpaaaahh!!!kan abah tariiiiiiiikk telinga ni"
Apa yang sepatutnya kita lakukan?
1. Pegang pada prinsip adalah buruk menghukum tanpa memberikan penjelasan(qubhunal 'iqab bila bayan). Berbual dan bercerita tentang peraturan/adab, semasa duduk bersama dengnan anank-anak dalam SUASANA YANG MESRA.
2. Dalam anak nak mematuhi peraturan/adab kita boleh berkerjasama dengan anak-anak. Contohnya minta anak agar tenang ketika ada tetamu, jika anak meninginkan sesuatu hendaklah dia sampai kan kepada ibu bapanya dengan baik-baik dan bersabar apabila permintaan anak belum dipenuhi.
Kita boleh menceritakan pada anak tentang akibat/kesan apa yang akan berlaku apabila anak-anak mengamuk semasa ada tetamu. Ini disampaikan dengan nada yang sangat mesra dan rapat. Bukan secara nada ancaman.
Bila anak melakukan hal negatif yang sangat mengganggu, ibubapa boleh meningatkan kembali anak tentang peraturan dan sekali lagi dalam nada yang bukan ancaman. Ibu bapa perlu berusaha untuk konsisten melakukan ini...walaupun ia sangaaaaaat susah.
Di sinilah sangat sukar...kita seringkali mudah hilang kawalan emosi. Kita lebih mudah melalak/menjerit dan sewaktu denganya saat marah, tetapi LUPA untuk KONSISTEN...
Astagfirullahal a'zim....
Part3:
" Kan ummi dah cakap banyak kali"Tingkahlaku yang kurang sopan mudah diingat, lebih memberkas dan cenderung menggerakkan kita segera bertindak. Sebaliknya tingkahlaku positif cenderung untuk kita kurang memberi komen/balasan, kecuali jika tingkahlaku tersebut benar-benar mengesankan kita...Kita mudah ingat tingkahlaku negatif anak, sementara anak mungkin tidak boleh melupakan tindakan kita yang menyakitkan hatinya...
Salah satu kebiasaan umum kita yang menyakitkan hati anak sehingga melemahkan jati dirinya adalah ungkapan,"Kan ummi dah cakap banyak kali, tapi kamu tak nak dengar"
Ungkapan ini memang berkesan untuk membuatkan anak duduk diam. Tetapi dia diam kerana harga dirinya jatuh, bukan kerana menyedari kesalahan.
Jika ini sering terjadi, anak akan memiliki jati diri yang buruk. Kesan seterusnya, konsep diri dan harga diri (self esteeem) anak akan lemah. Anak belajar memandang dirinya secara negatif, sehingga lupa dengan kebaikan dan kehebatan yang dia miliki...
Begitu juga kesan pada kita, semakin sering kita berkata seperti itu kepada anak, kita akan semakin mudah berreaksi secara impulsif. Kita telah menanam dalam separa minda kita bahawa anak-anak kita memang degil dan susah nak dengar cakap dan dinasihati.
Ayuh bermula saat ini kita DELETE ungkapan seperti...
"Tu lah kan abah dah pesan"
"Padan muka"
"Rasakan"
"Kan ummi dah cakap banyak kali"
dan sewaktu denganya...
Kuatkan TEKAD untuk berkata yang lebih positif..
"Bertuahnya anak ni...""Solehnya anak ni...""Hebatnya anak ni..."
Ingatlah Allah SWT setiap masa
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
DENGAN HANYA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
FB : Ummi Hanifah Abd Halim
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp)
Email : tollgategirl@yahoo.com
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment