Sesuatu kebaikan memang susah untuk kita mulakan. Ianya memerlukan paksaan samaada dari orang lain ataupun dari diri sendiri.
Semalam dalam keadaan terpaksa, saya memerah otak untuk buat satu entry blog. Memang ketandusan idea saat itu. Perah punya perah, saya terpikir pasal anak-anak yang tidak boleh duduk diam dan apakah yang harus kulakukan supaya sikap mereka yang tidak duduk diam tu boleh mendatangan faedah.
Maka, saya pun google info berkaitan kanak-kanak yang aktif. dan saya jumpa apa yang saya mahukan. Maka siaplah satu entry malam tadi berkaitan dengan anak-anak aktif. Dan info tersebut sangat berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak yang jenis tidak boleh duduk diam.
Saya rasa satu kepuasan. Sekiranya tiada paksaan untuk saya menyiapkan satu entry malam tadi, maka saya juga tidak dapat info berguna tersebut.
Bercerita lagi tentang paksaan.
Saya ni jenis yang pemarah dan bukan seorang yang penyabar. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang sedang membesar dan semestinya banyak ragam. Tapi saya dapat rasakan saya lebih tenang bila saya mulakan hari saya dengan solat tahajjud dan solat dhuha dan al-mathurat. Pada permulaan, memang saya paksakan diri untuk buat amalan-amalan tersebut. Alhamdulillah sekarang saya sudah melakukannya dengan rela dan seronok sekali.
Paksa diri untuk melakukan kebaikan..
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
FB : Ummi Hanifah Abd Halim
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp)
Email : tollgategirl@yahoo.com
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment