Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 10 September 2014

METABOLISME MEMPENGARUHI BERAT BADAN

TAHUKAH ANDA METABOLISMA MEMPENGARUHI DALAM PROSES UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN?

Ketahui bagaimana metabolisme memberi kesan kepada berat badan, kebenaran di sebalik metabolisme perlahan dan bagaimana untuk membakar lebih banyak kalori.


Pernah tak anda dengar orang menyalahkan 'metabolisme rendah' bila mana berat badan mereka bertambah ataupun berat badan mereka susah nak turun? Apa maksud sebenarnya? Betulkah metabolisme yang bersalah? Jika betul, patutkah mereka meningkatkan tahap metabolisme untuk membakar lebih banyak kalori? 

Benar..... metabolisme sememangnya berkait dengan berat badan. Tapi ia bukanlah faktor utama yang menjadikan berat badan anda bertambah dan bertambah. Metabolisme yang rendah juga adalah jarang menjadi penyebab kepada peningkatan berat badan yang berlebihan. Pengambilan makanan, minuman dan aktiviti fizikal yang akhirnya menentukan berapa berat badan anda..



Metabolisme: Menukar makanan kepada tenaga 


Metabolisme adalah proses di mana badan anda menukarkan apa yang anda makan dan minum kepada tenaga. Semasa proses ini, kalori dalam makanan dan minuman digabungkan dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda untuk berfungsi. Walaupun anda sedang berehat, badan anda masih memerlukan tenaga untuk semua fungsinya yang tersembunyi, seperti pernafasan, peredaran darah, penstabilan hormon,  perkembangan dan juga pembaikan sel-sel.

Jumlah kalori dalam badan yang digunakan untuk menjalankan fungsi-fungsi asas tadi dikenali sebagai 'basal metabolic rate', lebih mudah disebut sebagai 'metabolisme'. Ada beberapa faktor yang menentukan kadar metabolisme anda: 

Saiz badan. Tubuh mereka yang lebih besar ataupun yang mempunyai lebih banyak otot akan membakar lebih banyak kalori, walaupun semasa rehat. 

Jantina. Lelaki biasanya mempunyai lemak badan yang lebih sedikit dan mempunyai otot yang lebih daripada wanita (untuk usia dan berat badan yang sama). Maka, lelaki membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Umur. Apabila usia meningkat, jumlah otot semakin berkurang sementara lemak semakin bertambah yang menyebabkan pembakaran kalori semakin sedikit. Jadi, kalau ada rasa nak kurangkan berat badan, bertindakla sekarang, jangan tunggu umur bertambah.



Kesimpulannya, berat badan anda yang terlebih itu adalah hasil daripada pengambilan kalori yang lebih banyak berbanding kalori yang dibakar. Untuk menurunkan berat badan, maka, anda perlu mengurangkan pengambilan kalori atau meningkatkan pembakaran kalori melalui aktiviti fizikal ataupun kedua-duanya sekali. 

Semakin anda aktif, semakin banyak kalori yang anda bakar. Jadi, jangan malas untuk bergerak aktif. Sesetengah orang yang dikatakan mempunyai metabolisme yang tinggi, kemungkinan mereka lebih aktif berbandig mereka yang lain.


Untuk menurunkan berat badan, jangan hanya melihat kepada produk yang membantu pembakaran kalori atau mengurangkan berat badan. Berhati-hati dengan produk yang tidak mendapat kelulusan FDA. Ada produk yang berbahaya dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.  

Tidak ada cara pantas untuk mengurangkan berat badan. Anda mestilah lebihkan fokus kepada aktiviti fizikal dan diet. Mengambil kalori yang lebih sedikit berbanding kalori yang yang dibakar. 

Selamat menurunkan berat badan!




CINCH ENERGY TEA TINGKATKAN METABOLISME DAN TENAGA




"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN HANYA ONLINE?
DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 
FB : Ummi Hanifah Abd Halim 
Phone : 017-3725667 (sms/whatsapp) 
Email : tollgategirl@yahoo.com 
* COD - Saujana Utama; Puncak Alam; Alam Budiman; Sri Pristana; Sungai Buloh; Desa Coalfield; Sunway Kayangan; sepanjang jalan batu Arang dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA 

No comments:

Post a Comment