RAMAI YG TAK TAU WAJIB MEMBERI SUSU MANUSIA KPD BAYI. iNI ADALAH SEPAKAT 4 MAZHAB.
Hukum menyusukan Anak
Ulama empat mazhab bersepakat wajib memberi susu manusia kepada bayi. Tempohnya ialah selagi bayi memerlukan dan tidak lebih 2 tahun.
INi disebut dlm kitab Mausuatul Feqhiah:
جاء في الموسوعة الفقهية (22/239) : ” لا خلاف بين الفقهاء في أنه يجب إرضاع الطفل ما دام في حاجة إليه ، وفي سن الرضاع ” .
Ulama berselisih pendapat tentang siapa yang wajib menyusukan bayi tadi. Adakah ibu atau orang lain.
Ada dua pendapat:-
Pendapat pertama: Tidak wajib ibu menyusu . Bapa wajib cari penyusu dikalangan ibu anak tadi atau dari perempuan lain. sekiranya ibu enggan menyusu, bapa wajib mencari penyusu lain.
Ini pendapat mazhab Syafie dan Hambali. Mereka mewajibkan ibu menyusu sekiranya ada salah satu sebab:
Bapa tiada duit mengupah penyusu lain. Ada duit tapi tiada penyusu yang mahu. Sianak tak mahu penyusu selain ibunya.
Pendapat Kedua: Wajib Ibu sendiri menyusu. Ini mazhab Hanafi dan Maliki.
Dalil wajib menyusu 233 surah al-Baqarah
والوالدات يرضعن أولادهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم الرضاعة
Hak ibu meminta upah susuan
Mazhab syafie dan Hambali memberikan hak kpd isteri yg menyusukan anaknya untuk meminta upah susuan mengikat harga semasa. Ini berdasarkan ayat Quran:
فإن أرضعن لكم فآتوهن أجورهن
“Sekiranya isteri2 menyusukan untuk anak2 suaminya hendaklah kamu (para suami) membrikan upahnya.” At-Talak ayat 6
*KESIMPULAN
WAJIB BAPA MENCARI SUSU MANUSIA UNTUK ANAKNYA. SUNATNYA IBU YANG MENYUSUKAN. MASANYA SAMPAI SI ANAK SUDAH TIDAK MAHU SUSU IBU ATAU DAH LEBIH UMUR 2 TAHUN (YANG MANA SATU DULU). SIIBU YANG MENYUSU BERHAK MEMINTA UPAH SUSU MENGIKUT HARGA SEMASA
No comments:
Post a Comment