Setiap orang tahu bahawa tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral untuk menjalankan fungsinya dengan sempurna dan mengekalkan kesihatan. Diet seimbang yang sempurna dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin yang diperlukan, tetapi masalah akan timbul jika anda gagal membekalkan tubuh anda dengan vitamin yang diperlukan. Simptom-simptom akan mula kelihatan jika kekurangan vitamin berada pada tahap yang serius.
Mereka yang tidak mendapat cukup vitamin A, B1 dan B2 sebagai contoh akan mudah letih dan diikuti dengan kurangnya selera makan. Simptom lain termasuklah mental dan emosi yang mudah stress, bibir pecah-pecah dan badan selalu terasa sakit atau lenguh.
Penyebab utama kekurangan vitamin adalah gaya pemakanan yang buruk, pengambilan alkohol yang berlebihan, stress, atau pengambilan ubatan yang mengganggu penyerapan vitamin. Jika anda selalu keletihan atau berasa kekurangan tenaga anda mungkin kekurangan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk kegunaan harian. Jika anda berjumpa doktor dan beritahu masalah anda, doktor mungkin akan memberi anda vitamin dan suplemen yang akan memberikan badan anda apa yang diperlukan. Apa saja yang anda lakukan janganlah melakukannya secara berlebihan dan cuba menambah dengan banyak sekali gus kerana ianya akan mendatangkan lebih keburukan dari kebaikan.
Walaupun mungkin anda mengamalkan diet yang sihat anda masih perlu mengambil vitamin dan suplemen. Tidak kira sesihat mana anda makan, anda seharusnya mengambil vitamin yang betul untuk memberikan tubuh anda apa yang diperlukan. Vitamin adalah sumber "back-up" yang baik yang mana ia akan membekalkan tubuh anda dengan zat dan mineral jika diet atau pemakanan anda gagal melakukannya.
Sebelum atau selepas setiap waktu makan anda seharusnya mengambil vitamin atau suplemen. Jika anda ada masalah kekurangan sesuatu vitamin, anda harus memastikan yang anda tidak tertinggal mengambil vitamin yang anda perlukan. Walaupun mungkin anda tidak menyedarinya kekurangan vitamin akan menyebabkan prestasi anda akan menurun dan ia akan mempengaruhi tahap kesihatan seluruh badan anda.
Jika anda mencari suplemen anda haruslah mencari yang mengandungi vitamin B6, B12, D, E dan asid folik. Selain daripada dikenali dengan 'dietry supplements', vitamin ini juga akan bertindak melawan kanser dan membantu jantung anda kekal sihat. Kombinasi vitamin ini akan membuatkan tubuh anda kekal sihat, menambahkan tenaga, meningkatkan imun sistem dan membuat anda sentiasa berasa segar.
Untuk kekal sihat dan memastikan tubuh anda menjalankan tugasnya dengan sempurna, anda haruslah melabur dalam vitamin dan suplemen. Anda boleh mendapatkan vitamin secara online atau kedai farmasi yang kebanyakkannya tidaklah mahal jika dibandingkan dengan kesihatan anda. Tidak kiralah berapa umur anda, anda harus memastikan anda mengambil diet yang betul. Fahamilah bahawa anda tidak harus menggantikan makanan dengan vitamin.
Bila anda menghadapi masalah tidak dapat mengambil makanan yang betul, anda seharusnya mengambil vitamin suplemen untuk memberikan tubuh anda apa yang diperlukan. Suplemen dan vitamin adalah pelaburan terbaik yang anda harus lakukan. Tidak dinafikan kosnya mungkin akan meningkat dari masa ke semasa, ianya lebih berbaloi jika anda memikirkannya. Apa yang anda laburkan dalam membeli vitamin dan suplemen, anda akan dapat mengekalkan kesihatan tubuh anda dan mengelakkan masalah kekurangan vitamin. Walaupun kekurangan vitamin menjadi perkara biasa pada hari ini, ia tidak sepatutnya berlaku.
info kredit to : pawangmoden
No comments:
Post a Comment