Apa yang Anda Cari ?

Wednesday, 1 May 2013

TIP DAN PETUA KENAPA WANITA KURUS

Hari ni saya nak kongsikan satu tips yang sangat berguna tetapi tidak ramai yang mengamalkannya...

Ramai pengguna memilih untuk terus mengambil produk makanan dari pasaraya tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu...

Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram. WOW!!!!! hebat bukan...

tips nak kurus wanita tips dan petua kenapa wanita kurus

Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya
Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki
Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan.

Jadi, lihat dahulu label pada produk makanan yang anda ingin beli. Anda tentu tahu apa yang bagus dan apa yang tak bagus. Amalkan juga pada anak-anak kita. Supaya dalam masa lagi 20 tahun, anak kita tidak sibuk nak cari produk pelangsingan badan ataupun terpaksa berjumpa doktor tiap2 bulan kesan daripada tabiat makan yang tidak sihat sejak dari kecil.

No comments:

Post a Comment