- Pastikan tekanan darah anda dibawah 140/90 mm Hg. Jika tekanan sistolik anda (nombor atas) melebihi 140, tanya doktor anda apa yang anda perlu lakukan untuk merendahkannya.
- Ambil ubat darah tinggi anda. Jika ada soalan tanya doktor anda.
- Sasarkan berat badan yang sihat. Jika anda obesiti, membawa berat yang berlebihan meningkatkan risiko darah tinggi. Satu cara untuk menghapuskannya jika anda ingin mengurangkan berat badan ialah dengan mencari berat yang ideal dengan ketinggian anda dengan menggunakan BMI. Jika BMI anda dibawah tahap sihat (cth 25 dan keatas) atau ukuran pinggang anda lebih dari 35 inci (wanita) atau 40 inci (lelaki) anda mungkin mendapat faedah dari penurunan berat badan terutamanya jika anda menghadapi risiko kesihatan yang lain. Tanya doktor anda adakah anda berisiko untuk mendapat darah tinggi dan perlukan penurunan berat badan.
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Lakukan aktiviti pergerakan sederhana selama 30 minit seperti berjalan, anda boleh lakukan dalam tiga bahagian 10 minit setiap satu.
- Pilih makanan yang rendah garam dan sodium. Anda tidak sepatutnya mengambil lebih dari 2.4 gram sodium sehari atau tidak lebih 6 gram garam yang bersamaan satu sudu teh sehari. Pada anda yang ada darah tinggi, doktor mungkin menasihati anda untuk mengurangkannya.
- Baca label makanan. Hampir semua makanan yang di bungkus mengandungi sodium. Setiap kali anda menyediakan atau memakan makan bungkus, ketahui berapa banyak sodium dalam satu hidangan.
- Buat "sodium diary". Anda mungkin terperanjat berapa banyak sodium yang anda makan setiap hari dan diary ini akan membantu anda membuat keputusan mana satu makanan yang harus dikurangkan atau dielakkkan.
- Gunakan rempah dan herba berbanding garam untuk merencahi makanan yang anda sediakan dirumah.
- Makan lebih buah-buahan, sayuran, bijirin dan produk susu rendah lemak.
- Jika anda mengambil alkohol, ubah jumlah yang diambil. Bagi lelaki ianya hendaklah kurang dari 12 oz/ hidangan untuk beer atau dua 5 oz gelas wain, atau 2 oz/hidangan 1 1/2 alkohol "keras" sehari. Wanita atau orang yang berat lebih ringan harus mengambil tidak lebih daripada hidangan tunggal mana-mana salah satu daripada minuman ini dalam sehari.
Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah, ID 869481. Beroperasi dari rumah di Saujana Utama. Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia. Supplement Shaklee untuk semua peringkat umur dan jantina. Nak sihat, cantik, kurus dan macam-macam lagi saya sediakan termasuk Free Consultation. Penghanataran percuma,(C.O.D) untuk kawasan berhampiran.
Apa yang Anda Cari ?
Monday, 10 December 2012
10 TIP MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI ANDA
Posted by
Ummi Hanifah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment